Tuntutan MRTT – Bukanlah Automatik Loan Boleh Setel

posted in: Info Takaful, MLTT | 0

Baru-baru ini viral tentang kisah seorang adik membuat tuntutan MRTT terhadap pinjaman perumahan abang beliau. Proses tuntutan tersebut memakan masa berbulan-bulan untuk setel. Selain itu baki loan masih perlu bayar. Pening kepala dibuatnya.

 

Sudah menjadi kebiasaan kini ramai yang buat pinjaman. Tidak kiralah loan untuk kereta, rumah mahupun personal loan. Selalunya setiap loan ini akan disertakan MRTA / MRTT. Sebab kononnya sekiranya berlaku kematian, loan akan jadi “FREE”.

 

Itulah diantara perkara yang sering diperkatakan. Tapi hakikatnya tidak semudah itu. Memang boleh loan tu jadi free. Tapi ianya bukanlah secara automatik. Kena buat tuntutan MRTT terlebih dahulu. Nak tahu macam mana? Baca kisah yang saya kongsikan dibawah.

 

Tuntutan MRTT – Bukanlah Automatik Loan Boleh Setel

 

tuntutan mrtt

 

Perkongsian dari seorang sahabat. Jom kita sama-sama ambik pelajaran :

 

Saya nak buat tuntutan MRTT dengan sebuah syarikat insurans untuk arwah abang saya yang meninggal pada 8 Ogos 2017.

 

Asalnya saya percayakan Bank Pembangunan (arwah ambil staff loan, walaupun dah resign, tapi ada skim untuk bekas staff) untuk proses tuntutan MRTT.

 

First saya call, mereka begitu concern dan terkejut atas berita kematian yang secara tiba-tiba akibat sakit jantung.

 

Namun setelah berkali-kali follow up, staff HR yang in-caj cakap pihak peguam akan contact keluarga terdekat untuk minta dokumen kematian.

 

Setelah tiga bulan, tak minta-minta dokumen untuk proses MRTT, dalam nada sinis dia beritahu saya, sepatutnya isteri arwah yang call follow up sebab waris terdekat, bukan saya sebagai adiknya.

 

Malu betul seorang AVP cakap macam tu.. huuhu.. korang kalau kerja company kalau nak bagi alasan delay tak perlu la nak cakap macam tu. Zaman cyber ni jarang orang bagi alasan tak logik.

 

Saya ambil keputusan untuk deal direct dengan syarikat insurans, rupanya memang betul saya tak boleh buat claim direct, memang kena melalui Bank Pembangunan, dan antara checklist yang saya kena bagi adalah Surat Pentadbir @ Sijil Faraid.

 

Saya kemudian call Bank Pembangunan untuk minta pihak lawyer yang uruskan itu segera call saya @ bagi saja contact number untuk saya contact. Tapi tak dapat jugak. huhuhu…

 

Hari ini adik saya hadir ke Mahkamah Syariah untuk dapatkan sijil faraid, dan juga perlu ke Pejabat Pusaka Kecil untuk permohonan Surat Kuasa.

 

Dekat tiga bulan juga baru dapat tarikh untuk dapatkan keputusan/perintah. Harap tak ada delay.

 

Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul…

 

Ini adalah prosedur biasa tuntutan MRTT selepas kematian. Kita kena betulkan pemahaman orang ramai bahawa MRTT bukanlah sesuatu proses yang automatik. Yakni menjadikan semua loan boleh setel selepas berlaku kematian.

 

Tuntutan masih perlu dibuat melalui bank. Dan dalam sepanjang tempoh tuntutan ini, bayaran ansuran rumah tetap kena bayar bulan-bulan. Sekiranya rumah disewakan dan penyewa bayar secara konsisten, mungkin tak jadi masalah. Ada la modal nak bayar duit bank.

 

Tapi bagaimana pula bagi rumah yang anak isteri kita tinggal di situ. Pening juga dibuatnya kalau urusan tuntutan tu makan berbulan tapi masih belum settle. Jadi lakukan perancangan kewangan dengan betul. Tak perlu bayar pun jika ingin ambil tahu.

 

MRTT vs MLTT

 

 

Mungkin ada dikalangan anda masih keliru tentang kedua-dua perkara ini. Tak kurang juga yang anggap kedua-dua ini adalah benda yang sama. Jadi saya akan terangkan sedikit mengenai apa yang dimaksudkan dengan MRTT dan MLTT

 

            MRTT – Mortgaged Reduced Term Takaful

            MLTT – Mortgaged Level Term Takaful

 

Bagi MRTT, coverage akan berkurangan seiring dengan pernambahan tahun polisi dan pinjaman anda. Sebagai contoh, loan rumah sebanyak RM 200,000. Coverage MRTT akan bayar jumlah loan sekiranya berlaku kematian.

 

Saya yakin yang anda sudah pasti faham yang loan rumah akan berkurang sebab kita bayar setiap bulan. Jadi coverage MRTT hanya akan cover balance loan sahaja. Tak lebih daripada itu. Cukup untuk langsaikan hutang sahaja.

 

Berbeza dengan MLTT. Coverage bagi MLTT akan kekal sebanyak RM 200,000 walaupun hutang loan anda sudah berkurangan. Dan jika berlaku kematian, duit RM 200,000 tersebut akan diberikan pada waris untuk setelkan hutang.

 

Balance duit tolak daripada jumlah hutang tersebut akan jadi milik para waris. Boleh la mereka guna duit tersebut bagi meneruskan kehidupan. At least ada la something yang ditinggalkan untuk mereka.

 

Bagi yang berminat nak tahu lebih lanjut mengenai MLTT dan cara perlaksanaan nya, anda boleh terus menghubungi saya. Saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu bagi mendapatkan satu pelan MLTT yang sesuai untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *