Trip Percutian Menaiki Train KL Ke Bangkok

Alhamdulillah kali ini dapat merasai pengalaman menaiki Keretapi ke Bangkok. Di sini saya nak sharekan pengalaman dan iternary santai kami di sana.

 

HARI PERTAMA

 

Kami menaiki ETS di KL Central seawal 7.00 pagi. Saya cadangkan anda plan subuh di sana supaya kita tidak tergesa-gesa. Lagipun, ETS ini bukan macam naik grab nak tunggu kita. Kalau lambat memang tinggallah jawabnya. Selain itu kami target untuk sampai awal di Padang besar kerana nak kejarkan trip keretapi dari Hadyai ke Bangkok pula. Anda naik ETS pakej gold pun dah ok dan murah, serendah RM76 sahaja.

 

Di dalam train ada disediakan kafe menjual makanan ringan dan berat untuk penumpang. Jadi mana-mana penumpang yang lapar bolehlah membelinya di dalam train sahaja.

 

 

 

Selain itu train juga menyediakan ruang solat bagi musafir yang berjalan jauh. Ruang yang di sediakan pun luas.

 

 

 

Kami sampai di Padang Besar sekitar jam 12 tengah hari. Jadi dari Padang Besar kami ambil sewa 1 van untuk group 7 orang. Rate untuk ke Hatyai ;

1 van RM150 @ 1200 bath

1 orang RM25 @ 200 bath.

 

Van yang kami sewa dari Padang Besar ke Hatyai. Sesuai untuk 10-12  orang dewasa.

 

 

Sampai di Hatyai kami lunch dulu, kemudian cari simkad untuk data. Di sini murah je pakej internet dia. Saya ambil plan unlimited data, speed 6mbps untuk 7 hari hanya RM26 sahaja. Tu pun share 2 orang. Jadi sorang rm13 untuk sepanjang trip.

 

 

Train ke Bangkok kami dijadualkan jam 6.10pm. Tiket train boleh beli secara online. kami beli tiket awal-awal dari Malaysia takut habis. Sampai ke Hatyai kami jawabnya. Disebabkan masa kami pergi tu waktu Thailand cuti panjang, so gerabak untuk aircond da sold out. Kami dapat gerabak biasa sahaja. Harga tiket sekitar 535 bath.

 

 

 

Perjalanan kami ke Bangkok ambil masa hampir 17jam. Di dalam train juga ada orang jual makanan dan minuman. Saya nasihatkan anda beli makanan siap-siap bungkus untuk makan atas train. Saya tengok orang yang niaga agak tidak menyakinkan je.

 

 

 

Ruang solat tiada di sediakan. Tapi jangan risau kerana anda boleh nampak orang ramai solat di ruang yang ada. Malah di tempat duduk pun ada juga yang ambil kesempatan untuk solat.

 

 

Kami tiba di Bangkok Stesen pada jam 10.30 am. Bukan nak complain, tapi mungkin rasanya ini first and last trip la kot. Yang mana muda-muda remaja mungkin sesuai nak rasa pengalaman naik train. Tapi bagi saya 17 jam perjalanan atas train buatkan badan letih dengan keadaan yang bising dan tidur tak selesa. Namun, ruang kaki sit kami luas dan sangat selesa. Di sebabkan kami pergi masa cuti panjang di Thailand, so gerabak ber aircond penuh. Kami terpaksa duduk di tempat yang tiada tingkat, maka sepanjang perjalanan kami dengar bunyi bising. Nak tidur pun tak tenang.

 

 

 

 

KHAOSAN ROAD

 

Tempat pertama yang kami singgah adalah Khason Road. Juga dikenali sebagai syurga backpackers kerana dikatakan kemudahan yang lengkap tapi harga murah. Di sini anda boleh dapat hotel, restoran, travel agen, kedai jualan, kedai tatoo dan pusat urut keluarga. Dan anda juga boleh lihat mereka jual serangga seperti kala jengking untuk makan.

 

Khason Road antara tempat yang strategik kerana dekat dengan lokasi lawatan yang berhampiran. Malam juga happening. Cuma makanan halal di sini agak sukar ditemui.

 

 

 

 

Antara sebab utama saya ke sini sebab nak tempah suit pakai untuk kerja. 2016 dulu saya datang sini pun buat suit dengan dia. So kali ni saya datang dan terus berurusan dengan dia sebab dia sangat komited dengan kerja dan dia faham kehendak pelanggan.

 

He very profesional dan suit saya hanya sekali fitting sahaja dah ok. Harga yang di berikan untuk tailor made juga sangat murah berbanding kedai lain. 1 suit boleh dapat bawah RM450. Suit 2016 saya pon masih dalam keadaan baik kerana saya berpuas hati dengan kualiti yang diberikan.

 

Selain itu, suit boleh siap dalam 1 hari sahaja. Memang terbaik!

 

 

 

USMAN RESTAURANT

 

Badan pun dah penat, perut pun kosong. So dari Khaosan Road kami ambil grabcar terus ke Usman Restaurant. Kedai ini pernh viral dan masakan thailand dia juga terbaik! Malah senang nak order sebab mereka fasih berbahasa melayu.

 

 

 

Selepas makan, kami pulang ke homestay untuk cek in dan bersih diri. Rasanya dah 2 hari tak mandi. Selepas siap mandi dan solat, kami keluar jalan-jalan di sekitar homestay sahaja. Suai dengan group kami 7 orang. Rumah juga bersih dan selesa

 

HARI KEDUA

 

GRAND PALACE

 

Kami mulakan trip hari ini dengan melawat Grand Palace. Grand Palace tempat yang harus dikunjungi saat pergi ke Bangkok, itu adalah Grand Palace (Istana Raja, menyilau dan mempersonakan).

 

 

 

 

Tidak diragukan lagi bahawa ini adalah tempat yang memiliki pemandangan terbaik di Bangkok City. Dibangun pada tahun 1782 dan selama 150 tahun dijadikan rumah Raja Thailand, mahkamah Royal dan pusat pentadbiran pemerintahan. Grand Palace Bangkok adalah bangunan yang besar dan anggun, seni akutektur banyak daripada senibina Buddha yang detailnya rumit.

 

 

 

 

 

Semuanya memberikan rasa hormat dan bangga akan kreativiti orang Thailand. Hingga hari ini, kompleks Grand Palace ini tetap menjadi pusat spiritual dari Kerajaan Thailand.

 

 

 

 

Kemudian kami ke DAVE FASHION TAILOR di Khason Road semalam untuk fitting, dia kata dah siap dah. Saya galakkan anda buat fitting at least sekali, jika tak ok at least masih boleh alter. Tapi Alhamdulillah sekali fitting saya berpuas hati, perfectly mine.

 

TUK TUK KHASON ROAD TO BOAT PIER.

 

Kali ini nak rasa pengalaman naik tuk tuk pula. Kami rancang untuk ke Wang Lang Market, ianya dekat sahaja dari Khason Road, cumanya kena naik bot atau ferri untuk cross sebelah sana. Jadi driver tuk tuk offer naik dengan dia bayar 40 bath sahaja untuk ke pier. Jarang naik tuk tuk dapat harga murah macam ni. Was was pulak jadinya. Tapi Alhamdulillah memang betul kami bayar 40 bath sahaja.

 

 

WANG LANG PIER

 

Alang-alang dah sampai sini, Kami decide untuk ambil bot private jalan-jalan selama sejam melihat kawasan sekitar dahulu sebelum ke Wang Lang Pier. Kos 1 bot 2500 bath. Kalau pandai tawar boleh dapat lagi murah. So pandai-pandailah korang bodek.

 

 

Wang Lang market ni terkenal dengan pasar jualan yang murah, barang second hand dan pelbagai barang. Malah makanan halal juga mudah di dapati di sini. Waktu kemuncak tempat ini pada tengahari.

 

 

NIGHT TRAIN MARKET RACHADA

 

Sebelum balik homestay, last tempat kami singgah di night market. Harga barang kat sini memang murah dan unik. Banyak benda menarik yang kita boleh dapat di sini. Dan recommended place to shopping. Saya banyak juga beli barang di sini.

 

HARI KETIGA

 

Hari terakhir kami hari ini kami menyewa sebuah van kerana perjalanan hari ini agak jauh dan juga untuk memudahkan perjalanan kami ke airport.

 

MAEKLONG STATION

 

 

Pagi ini kami mulakan trip singgah ke satu lagi tempat popular iaitu pasar atas train. Tempat ini agak jauh daripada homestay kami dengan ambil masa lebih kurang sejam 30 minit. Kami wajib bertolak seawal 7.00 pagi sebab train tu sampai jam 8.30 pagi dan bertolak semula 9.00 pagi. Kalau terlambat tak dapatlah nak tengok orang niaga kuak khemah diorang niaga masa train tu bertolak.

 

 

FLOATING MARKET

 

Jika nak rasa suasana Venice di Asia, cubalah pergi ke Floating Market. Barang barangan Thailand dan survinor yang cantik-cantik di sini. Masa nak singgah membeli bagitau je boatman untuk berhenti. Nanti dia adjust bot kita sebelah kedai. Tapi pandai-pandailah tawar ye.. harga dia buka boleh pergi 3x ganda.

 

 

ELEPANT RIDE

 

Lepas dah puas shopping kat Floating market, dia terus bawa ke kawasan Gajah dengan menaiki boat yang sama.

 

Ini adalah pengalaman saya yang pertama menaiki gajah. Nama dia Lamjai berusia 25 tahun. Kami pusing merentas hutan dalam 30 minit.

 

 

Selepas itu kami pergi makan ke kedai restaurant muslim yang berdekatan dan terus ke airport. Perjalanan dari Elepant Ride ke Airport ambil masa sejam 30 minit juga. Disebabkan flight kami pada 6.00 petang. Jadi kami terus ke airport dan solat di sana.

 

 

Sekian sudah trip backpackers kami pada kali ini.  Alhamdulillah trip kali ini adalah percuma dan fully sponsored by my Agency Manager.

 

Antara yang paling saya syukuri dalam bisnes takaful ini adalah saya diaturkan oleh Allah secara tidak sengaja untuk berada di dalam group takaful terbaik Malaysia di bawah mentor yang hebat.

 

Mentor saya Hj. Hafizul Hamdi Hassan bukan sahaja mengajar berkaitan bisnes, malah urusan kehidupan dan juga agama. He not just being a mentor, he such a very humble leader with attitude that I can follow.

 

Amat jarang sekali saya temui Agensi Manager seperti beliau sanggup reward trip contest ke oversea untuk bagi motivasi pada ejen takaful dalam group beliau supaya dapat merasai reward berjalan di luar negara.

 

 

Terima kasih tidak terhingga juga Hj Hafizul Hamdi sponsor kami pada trip kali ini. Thank you for always keep inspiring people.

 

If you want to do takaful business, I recommend you 200% to join our team. InshaAllah you in a good hand and we can work together to win together!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *