Trip ke Ho Chi Minh Contest untuk Group MF2

Baru-baru ini, group MF2 ada melancarkan internal challenge. Dimana ianya dinamakan sebagai Trip ke Ho Chi Minh Contest. Kebiasaannya, challenge ini adalah daripada pihak Prudential untuk menggalakkan para ejen takaful untuk berkerja lebih keras untuk mencapai hadiah challenge tersebut.

 

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Senior Agency Manager saya Hj. Hafizul Hamdi bin Hassan kerana amat bermurah hati mengadakan contest peribadi kepada unit MF2 iaitu trip percuma 3hari 2malam ke Ho Chi Minh, Vietnam.

 

trip ke ho chi minh contest

 

Seramai hampir 35 orang agen dan Alhamdulillah seramai 8 orang yang berjaya achieved contest ini.  Kami membuat keputusan untuk bertolak pada 23 april 2017 menaiki pesawat Air Asia dari KLIA ke Ho Chi Minh.

 

Hari Pertama

 

Setibanya kami di lapangan terbang Ho Chi Minh, kami terus menempah 1 van Hi Ace bersama pemandu di sana. Saya sangat-sangat mengesyorkan di sana anda ambillah pemandu kerana pemanduan di vietnam begitu menyeramkan.

Saya amat kagum dengan pemandu kami kerana beliau sememangnya pemandu yang kental. Kami juga bayangkan kalaulah kami yang membawa sendiri. Kemungkinan besar boleh terlibat dengan kemalangan. Oleh itu, lagi sekali saya mengesyorkan ambillah pemandu.

 

Masjid Musulman 1935

 

 

Selepas kami mendapatkan van, kami mulakan perjalanan trip dengan melawat kawasan bandar Ho Chi Minh atau City Tour. Tempat pertama lawatan kami adalah Masjid Musulman di tengah-tengah bandar. Masjid ini dibina 1935 dan yang terbesar di Saigon. Kemudian selesai solat zohor kami singgah makan tengah hari hanya bangunan berhadapan masjid tersebut sahaja.

Di situ terdapat pelbagai restoran makanan halal yang sedap dengan pelbagai pilihan. Malah menu makanan mereka juga ada menyediakan masakan melayu. Ini menunjukkan betapa ramainya rakyat Malaysia yang berkunjung ke Ho Chi Minh.

 

Independence Palace

 

 

Dahulunya merupakan kediaman rasmi presiden Republik Vietnam sewaktu zaman perang dan kini ianya telah dijadikan salah satu tarikan pelancongan yang lebih ke arah galeri bersejarah.

Di dalamnya anda boleh melihat keindahan bangunan ini dan menempatkan beberapa bahagian yang kelihatan sangat mewah. Bangunan ini sebenarnya juga menjadi tempat perjumpaan untuk kerajaan bagi acara-acara tertentu sahaja. Selain itu Terdapat juga beberapa replika ketenteraan di sini seperti kereta kebal dan juga helicopter. Dan Harga tiket sekitar 15,000 dong seorang.

 

Museum Of Ho Chi Minh City

 

 

Merupakan sebuah bangunan yang sangat unik yang menempatkan banyak kesan sejarah bandar Ho Chi Minh. Sebaik sampai di sini anda dapat melihat beberapa replika jet pejuang, meriam dan kereta klasik di sekeliling bangunan yang cantik ini.

Bangunan muzium ini sendiri sememang sangat unik dengan rekaan bentuk yang sangat klasikal dan dibina pada sekitar 1885 an. Di dalam bangunan ini menempatkan pelbagai frame gambar-gambar dan informasi mengenai sejarah bandar Ho Chi Minh.

 

Saigon Opera House

 

 

Pertunjukkan opera Vietnam yang bertempat di sebuah bangunan yang klasik dan dibina pada sekitar 1897 ketika era penjajahan Perancis.

Sehingga sekarang ianya menjadi salah satu tarikan kebudayaan pelancongan Vietnam untuk pelancong yang ingin melihat senibina bangunannya ataupun untuk melihat persembahan yang diadakan di sini. Harga-harga untuk masuk melihat pertunjukan yang diadakan di sini bergantung kepada tempat duduk anda dan jenis persembahan yang ditayangkan.

 

Ho Chi Minh City Hall

 

 

Kemudian di sebelah malam pula kami melawati Ho Chi Minh City Hall. Bangunan ini tidak di buka untuk public. Jadi kami hanya bergambar di kawasan taman sahaja.

Untuk pengetahuan, pada yang tak tahu siapa Ho Chi Minh tu inilah orangnya. tugu yang berada di balakang kami itu adalah tugu Ho Chi Minh, individu yang bertanggungjawab membawa kemerdekaan kepada rakyat Vietnam.

Jangan lupa datang semula ke kawasan ini pada sebelah malam. Anda akan dapat melihat pelbagai aktiviti riadah yang di lakukan oleh rakyat yang tinggal di HCMC pada sebelah malam.

 

Night Market

Night Market ni dekat je dengan hotel kami. Ia terletak di luar bangunan Ben Thanh Market. Harga barangan yang di jual di Night Market lebih kurang dengan harga barangan di jual di dalam Ben Thanh market. Cuma kurang sesak dengan orang ramai kalau di banding dengan kesesakkan di dalam Ben Thanh Market.

 

 

Ia di buka pada pukul 7.30 malam sehingga 11 tengah malam. Anda boleh tengok ada juga peniaga yang siang berniaga di Ben Thant Market turut berniaga di sini juga. Kuat betul mereka berniaga.

Suasana pasar malam ini seperti berada di Masjid India KL kerana anda boleh lihat banyak produk berjenama tempatan seperti Neelofa, Siti Khatijah, Bookita, Duck Skaf dan banyak lagi. Harganya juga jauh lebih murah dan sangat mengejutkan. Di sini juga ramai peniaga-niaga online borong dan jual di Malaysia.

 

Hari Kedua

 

Setelah selesai 6 tempat semalam, hari ini kami bersiap untuk pulang ke Malaysia. 6 tempat dalam 1 hari tu tak mustahil kerana kesemua tempat dekat-dekat.

Flight kami pulang ke Malaysia pada waktu petang. Oleh itu, kami mengambil kesempatan untuk melawat 1 lagi tempat iaitu Chu Chi Tunnel. Kami sengaja melawat ke tunnel hari kedua kerana tempat itu agak jauh dari hotel kami dan mengambil masa hampir 1 jam setengah untuk sampai.

 

Malaysian Street

 

 

Jalan ni popular dengan nama Malaysian Street. Nama sebenar adalah Nguyen An Ninh Street. Ia digelar Malaysian Street, sebab ramai rakyat Malaysia yang datang akan menginap kat sini kerana banyak hotel, dan restoran makanan halal. Selain itu, ia dekat sahaja dengan Ben Thanh Market. Hanya berjalan kaki sahaja ke sana. Itu pun belum sempat nak peluh dah sampai.

Kalau korang singgah sini, kena cuba kopi Vietnam yang ada di jual pada harga RM3 untuk satu cawan. sangat berbaloi dan sangat sedap. Dan 1 lagi anda perlu cuba adalah roti ayam. Rasa dia memang sedap sampai saya membelinya banyak kali.

 

Chu Chi Tunnel

 

Pada hari ke 2 memang kami sengaja memilih untuk pergi ke Chu Chi Tunnel untuk mengelakkan kerugian masa kerana lokasi Chu Chi Tunnel ni agak jauh dari Ho Chi Minh. Perjalanan ke sana juga mengambil masa hampir 1 jam setengah. Selain daripada Mekong Delta, Chu Chi Tunnel antara tempat lawatan yang popular dan wajib di lawati kalau datang ke Ho Chi Minh City Vietnam.

Chu Chi Tunnel ataupun Terowong Chu Chi ini adalah terowong yang di bina pada zaman era peperangan Vietnam ( Sekitar 1968) oleh pasukan komunis Vietnam (Vietcong) iaitu rangkaian yang besar menghubungkan terowong bawah tanah yang terletak 40km utara di pusat bandar Ho Chi Minh.

Mereka membina Cu Chi Tunnel ini adalah untuk perlindungan dan untuk menyelamatkan diri dari serangan musuh iaitu Amerika Syarikat. Nama Cu Chi ini sebenarnya di ambil dari nama pokok Chu Chi yang tumbuh di sekitar kawasan ini. Pokok ini jenis pokok beracun yang mana getahnya di gunakan tentera Vietcong sebagai racun untuk jerangkap samar.

 

 

Sampainya di kawasan Cu Chi Tunnel, kami di arahkan untuk berkumpul di bawah pondok untuk diberikan keterangan secara ringkas oleh tour guide kami mengenai sejarah Chu Chi Tunnel, dan menayangkan sejarah kesusahan dan kepayahan kehidupan rakyat Vietnam yang terperangkap dengan peperangan dengan Amerika pada ketika itu.

 

 

Selepas menonton sejarah berkaitan dengan kawasan di Chu Chi Tunnel ini. Kami terus di bawa melawat kawasan  dan diiringi oleh Tour Guide. Setiap kumpulan yang melawat ke Chu Chi Tunnel ini akan diiringi oleh Tour Guide di sini. Tour Guide ni sempoi. Walaupun cuaca panas dan memenatkan pun masih sempat bergurau senda bersama kumpulan kami.

 

 

Kemudian kami dibawa untuk melihat demonstrasi jerangkap samar (booby trap) yang telah di bina tentera Vietcong di sekitar kawasan Cu Chi Tunnel bagi memerangkap musuh. Semua perangkap yang di cipta nampak mengerikan.

 

 

Kami di bawa melihat jerangkap samar lain yang telah di cipta Vietcong. Satu persatu di demo oleh tour guide kami. Semua perangkap yang di cipta amat mengerikan.

Melihat kepada kepelbagaian perangkap yang ada, membuktikan yang tentera Vietcong adalah sangat bijak dan licik untuk menumpaskan musuh yang mereka hadapi pada waktu tu.

 

Lubang kecil Ini adalah tempat di mana tentera Vietcong dan rakyat Vietnam yang tinggal di dalam terowong Cu Chi menyorok dan untuk menyerang hendap musuh. Haizad cuba masuk memang boleh, tapi nak keluarnya makan masa. Lubang ini juga menunjukkan tentera dan rakyat Vietnam begitu kecil.

 

 

Anda patut rasai melalui terowong yang di cipta di sini dan anda boleh rasa betapa gelapnya keadaan dan sedikit lemas kerana ruang sempit dan ramai yang masuk dalam satu masa. Di khabarkan terowong ini dibesarkan daripada saiz bentuk asal untuk tujuan lawatan dan perlancongan.

Dalam Cu Chi tunnel ni ada banyak bahagian. Ada bahagian memasak, tempat simpan makanan, tempat mesyuarat, simpanan senjata, tempat buang najis, dan banyak lagi. Semuanya ada 3 lapisan.

 

 

Alang-alang anda dah sampai disini apa salahnya cuba menembak?

Boleh nampak Hj Hafizul Hamdi dah bersemangat dari pagi lagi dengan tema pakaian tentera beliau. Pakaian hasil tangkapan di Ben Than Market. Berikut adalah senarai harga mengikut senjata yang kita mahu cuba tembak. Setiap sesi akan dibekal kan 5 peluru. Maknanya kalau cuba AK47 50 Dong x 5 Peluru.

 

 

 

PERBELANJAAN SEPANJANG TRIP 2 MALAM

 

 

Sebenarnya kos ini boleh jadi lebih murah dan boleh banyak dijimatkan. Saya berikan anggaran yang saya pernah lalui untuk rujukan orang ramai yang bercadang untuk bercuti di Ho Chi Minh. Pandangan peribadi saya, percutian di Ho Chi Minh selama 2 malam mencukupi jika anda book hotel untuk tidur sahaja dan 3 malam bagi mereka yang mahu bersantai kerana anda boleh cover semua tempat ini dengan masa yang cukup.

 

Sekian sudah sedikit perkongsian saya berkenaan Trip ke Ho Chi Minh Contest. Ada yang teruja nak pergi trip yang di ‘fully sponsored’ macam saya tak? Ada banyak lagi challenge yang akan datang. Jadi sekiranya anda juga berminat pergi trip percuma, jom join #teamkhairilhazri. Lengkapkan borang online pada Kerjaya Ejen Takaful atau Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *