Tipu Harta Pusaka – Adik Beradik Pun Nak Tipu Ke?

posted in: Hibah, Info Takaful | 0

Saya terbaca di akhbar baru-baru ini tentang kisah seorang kakak tipu harta pusaka yang ditinggalkan oleh arwah bapa mereka. Rasa sayu pun ada. Marah pun ada. Kadang-kadang rasa macam tak logik pula seorang kakak sanggup tipu adik beradik hanya kerana harta pusaka.

 

Ada pepatah melayu mengatakan air dicincang tak akan putus. Ini selalunya dikaitkan dengan hubungan kekeluargaan dan adik beradik. Tapi lain ini tak bermakna semua keluarga akan jadi bahagia. Bila masuk bab duit atau harta pusaka, mula lah konflik timbul.

 

Bukan kecik anak duit yang ditipu oleh kakak tersebut. Jumlah penipuan yang direkodkan mencecah ratusan ribu ringgit. Banyak tu. Memang kalau dapat semua duit tu, boleh duduk senang lenang tanpa payah bekerja lagik. Pakai duit tu je dah cukup.

 

Akan tetapi, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Banyak sangat jumlah tu. Jadi adik beradik lain dah pasti tak berdiam diri. Mereka juga mempunyai hak keatas harta peninggalan bapa mereka itu. Jadi bertambah “complicated” konflik keluarga ini.

 

Akhirnya adik beradik tersebut membuat tuntutan gantirugi melalui mahkamah. Dah macam drama pukul 7 dekat TV3. Tapi yang ni “real” punya kes. Dibawah adalah keratan berita mengenai kes tipu harta pusaka yang dipetik dari laman Sinar Harian.

 

Kakak Tipu Harta Pusaka Peninggalan Bapa

 

tipu harta pusaka

 

Seorang suri rumah diberi tempoh sembilan hari bagi memberi jawapan ke atas tuntutan ganti rugi berjumlah RM720,000 oleh lima adik-beradik kepadanya kerana didapati melakukan penipuan harta pusaka arwah bapa mereka.

 

Keputusan dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, hari ini selepas defendan memohon agar memberi sedikit masa kepadanya bagi mempertimbangkan semula tuntutan berkenaan.

 

Defendan sebelum ini didapati menjual enam lot tanah pusaka milik kelima-lima beradik itu tanpa pengetahuan dengan cara menipu tandatangan tiga daripada mereka semasa proses jual beli tanah di Kemasik, Kemaman.

 

Jabatan Kimia turut mengesahkan kesemua tandatangan yang dibuat di setiap dokumen jualan tanah berkenaan adalah palsu. Sebelum ini, plaintif, memfailkan pernyataan tuntutan berjumlah RM720,000 menerusi firma guaman tempatan.

 

Pernyataan difailkan pada 17 Januari lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang  mengandungi sembilan tuntutan itu mendapat persetujuan daripada Hakim Datuk Zainal Azman Ab.Aziz yang menghakimi tuntutan tersebut.

 

Dalam tuntutan tersebut, plaintif-plaintif turut menamakan Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian, selaku defendan kedua. Mahkamah bersetuju dengan kesemua tuntutan dibuat antaranya melibatkan bayaran kerugian jualan tanah pusaka dan kos guaman semua plaintif.

 

Seterusnya, mahkamah menetapkan 25 April depan sebagai tarikh rekod penghakiman.

 

Solusi Untuk Elak Kes Tipu Harta Pusaka

 

Tujuan saya kongsikan berita ini adalah untuk pengajaran serta peringatan kepada kita semua. Kita perlulah sentiasa beringat dan berwaspada. Tak boleh sewenangnya mempercayai orang lain terutama berkaitan dengan pengurusan harta.

 

Ada banyak solusi yang boleh kita buat untuk elak daripada berlakunya kes tipu harta pusaka ni. Tapi salah satu nya yang saya nak highlight adalah dengan perlaksanaan hibah. Sebab apabila harta telah dihibahkan, ianya akan menjadi milik penama.

 

Takkan ada orang lain yang boleh tuntut selain penama. Jadi ianya lebih “secure” berbanding ditinggalkan untuk pembahagian secara faraid. Tapi jika kita tak buat awal-awal hibah ni, nanti semua harta akan dibahagikan dengan cara faraid. Penjelasan mengenai hibah boleh baca di sini.

 

Itu kalau harta banyak. Kalau takde harta macam mana nak buat hibah? Masih boleh dilaksanakan dengan buat hibah dengan takaful. Nak tahu caranya? Hubungi saya. Saya akan kongsikan cara buat hibah dengan takaful dengan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *