Tips Pilih Medical Card – Perkara Penting Yang Perlu Diketahui

posted in: Info Takaful, Medical Card | 0

Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Sebelum Pilih Medical Card

Kita ketahui terlalu banyak medical card yang berada dipasaran sekarang ini. Oleh  itu, saya terpanggil untuk share tips pilih medical card. Anda boleh ambil tips ini sebagai panduan bagi anda memilih medical card yang bersesuaian untuk anda.

 

Banyak syarikat insurans dan takaful yang ada dalam Malaysia. Untuk takaful sahaja pun hampir 7 atau 8 syarikat yang menawarkan kemudahan medical card. Itu belum kira setiap syarikat ada beberapa produk medical card. Jadi bila dah banyak pilihan, sudah pasti anda sebagai pengguna yang bercadang nak memiliki medical card ni pening nak pilih.

 

Saya yakin dan pasti, semua ejen takaful mesti akan cakap yang syarikat beliau wakililah yang menawarkan medical card yang terbaik. Namun adakah semua yang mereka perkatakan benar? Oleh itu, saya ingin kongsikan pada anda tentang tips memilih medical card bagi memudahkan anda untuk membuat pemilihan.

 

Tips Pilih Medical Card

 Tips Pilih Medical Card

 

1. Jenis Coverage (Tahunan / Seumur Hidup)

Jika anda berhadapan dengan ejen, anda harus tanya dengan jelas apakah jenis coverage dan berapakah jumlah coverage yang ditawarkan. Selalunya ejen akan cakap jumlah yang besar contohnya RM 1,000,000.

Jangan salah faham. Kebiasaannya jumlah yang besar itu adalah jumlah perlindungan seumur hidup. Perkara penting yang anda wajib tahu adalah had tahunan. Anda perlu tahu berapakah jumlah coverage untuk tahunan. Ada juga syarikat yang menawarkan tiada limit untuk tahunan. Jadi pastikan anda faham sebelum pilih.

 

2. Ko-Takaful / Full Coverage

Seperti yang umum ketahui, medical card adalah untuk anda gunakan manfaat ketika dimasukkan ke hospital atas sebab sakit ataupun kemalangan. Manfaat tersebut adalah dalam bentuk pembayaran bil hospital untuk anda. Anda perlu faham apa maksud ko-takaful dan full coverage.

Dimana ko-takaful bermaksud berkongsi menanggung risiko. anda perlu membayar sebahagian daripada bil anda setiap kali masuk hospital. Jika full coverage, anda tidak perlu membayar apa-apa jika guna manfaat medical card. Pilih yang betul. Jangan nanti kena bayar, salahkan ejen pulak. Lazimnya full coverage lebih sedikit sumbangan bulanannya berbanding ko-takaful.

 

3. Renewal (Guaranteed or not)

Ramai yang tidak sedar dan tidak ambil kisah tentang point ini. Ini mungkin point terpenting dalam tips pilih medical card ini. Sebab medical card ini anda bukan nak guna setahun dua, mungkin anda mahu gunakannya seumur hidup.

Jadi guaranteed renewal adalah pilihan yang terbaik. Ini kerana sekiranya anda pernah claim, anda tidak perlu menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tahun untuk renew polisi medical card. Walaubagaimanapun, pilihan ditangan anda. Malah anda masih boleh menggunakan medikal kad ini dengan ketenangan minda.

 

4. Room & Board

Caj harian kemasukkan ke wad adalah berbeza mengikut hospital. Ia juga berbeza mengikut jumlah pesakit didalam wad tersebut. Ada yang satu bilik 4 orang, 2 orang dan sebagainya. Jadi lain bilik, dah tentu lain caj nya. Biasanya medical card akan ada limit pada caj harian room & board. Jadi pilih mengikut kesesuaian anda.

Saya ingin mencadangkan anda memilih medikal kad yang memberi nilai bilik RM200 dan ke atas kerana kebanyakkan rate hospital ini mencukupi.

 

5. Investment Linked / Stand Alone

Ringkasnya jika stand alone hanya menawarkan manfaat medical card sahaja. Manakala investment linked pula akan ada menawarkan pelbagai perlindungan lain dalam satu polisi. Faktor lain yang mungkin mempengaruhi anda untuk memilih sama ada investment linked atau stand alone adalah bayaran sumbangan dan tempoh lapsed polisi.

Untuk stand alone medical card, bayaran sumbangan lebih rendah tetapi sekiranya anda tidak membayar sumbangan, polisi akan lapsed dalam jangka masa yang pendek. Sebaliknya untuk investment linked. Bayaran lebih tinggi tapi jangka masa untuk polisi lapsed lebih panjang.

 

6. Had Tahunan Fleksibel untuk Penyakit Berbahaya

Penyakit berbahaya ini bolehlah dikategorikan sebagai penyakit kritikal. Contohnya seperti sakit kanser, buah pinggang dan sakit jantung. Sekiranya anda disahkan menghidap salah satu daripada penyakit ini, rawatan kerap perlu dilakukan. Kos untuk rawatan tersebut juga sangat tinggi.

Dapatkan medical card yang memberi fleksibiliti kepada penyakit yang saya senaraikan diatas. Dimana had tahunan terus meningkat sekali ganda bagi rawatan penyakit berbahaya tersebut.

 

7. Rawatan Kecederaan Kemalangan

Ini mungkin salah satu dari perkara yang penting dalam tips pilih medical card ini. Seperti yang anda ketahui, kebanyakkan medical card menawaran manfaat untuk kemasukkan ke hospital dan wad sahaja. Jika anda mengalami kemalangan yang teruk, sudah pasti anda dimasukkan ke wad dan hospital.

Tapi bagaimana jika anda mengalami kemalangan biasa dan mendapat rawatan pesakit luar? 

Walaupun anda tidak dimasukkan, anda boleh terima rawatan di klinik berdekatan dan membuat tuntutan semula kepada takaful. Jadi pilihlah medical card yang anda ‘cover’ sekali kemalangan walaupun kemalangan biasa.

 

8. Komplikasi Kehamilan

Kini komplikasi kehamilan bukanlah suatu perkara yang asing lagi bagi kita. Ini adalah suatu simptom yang terjadi pada wanita yang hamil. Dimana setiap komplikasi kebiasaanya akan menyebabkan keguguran malah ianya juga mampu membahayakan nyawa.

Mungkin anda rasa manfaat ini kurang penting. Tapi fikirkan jika anda mempunyai isteri dan dia mengalami komplikasi tersebut. Untuk pengetahuan anda, komplikasi tersebut memerlukan rawatan segera. Jika tiada manfaat ini, anda perlu bayar sendiri kos rawatan terhadap isteri anda.

 

9. Pemindahan Organ

Ini juga adalah salah satu manfaat yang penting dalam tips pilih medical card. Ada sesetengah medical card tiada manfaat ini. Jadi sekiranya anda memiliki ‘coverage’ ini, sudah pasti ianya menjadi salah satu kelebihan untuk anda.

       

       10. Jenis Polisi Medical Card

Ini point penting dalam tips medical card. Anda perlu ketahui ini secara jelas sebelum anda ‘decide’ mana-mana pelan medical card. Terdapat 2 jenis polisi bagi medical card iaitu NCC dan PWC. Apakah NCC & PWC? Saya explain dibawah:

a. NCC – Non Cancellable Clause

Polisi jenis ini adalah syarikat tidak boleh membatalkan sebarang manfaat perubatan yang tertakluk pada polisi asal. Selagi pelanggan masih membayar dan tidak ada berlaku penipuan (fraud).

b. PWC – Portfolio Withdrawal Clause

Bagi polisi jenis ini pula, syarikat boleh menarik balik mana-mana manfaat yang dikehendaki dengan notis 30 hari kepada pelanggan.

Tak menjadi masalah jika anda mahu pilih polisi jenid PWC. Tapi anda perlu faham maksud yang dijelaskan diatas. Supaya tidak timbul nanti isu kata syarikat takaful penipu atau sebagainya.

 

Saya cuba sebaik mungkin untuk menerangkan tips pilih medical card ini tanpa bias kepada mana-mana syarikat pengeluar medical card. Ini kerana sebenarnya tiada instilah ‘medical card terbaik’ bagi mana-mana syarikat. Sebab lain orang, lain citarasa dan lain keperluan yang mereka rasakan terbaik. Ikut keperluan dan perancangan kewangan masing-masing.

 PILIH MEDIKAL KAD UNTUK KETENANGAN MINDA, BUKAN MENYUSAHKAN ANDA KEMUDIAN HARI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *