Tips Bisnes Takaful – Permulaan Ejen Baru Kontrak

Perkongsian kali ini adalah berkenaan sedikit tips bisnes takaful. Ianya mungkin berguna untuk para ejen takaful diluar sana yang tengah struggle. Dan ianya juga sesuai bagi yang baru bermula. Ini hanya perkongsian pengalaman saya sepanjang saya menjadi ejen takaful.

 

Kipidap, Don’t Give Up

 

Yang pertama sekali adalah jangan mudah putus asa. Terutamanya untuk New Agent ye. Untuk yang baru nak bermula, mungkin ada yg rasa kecewa bila kita approach tak dapat response. Betul tak? Nak tau apa sebabnya?

 

 

Sebabnya adalah sebelum ni kita tak pernah approach mereka pasal takaful. Lepas tu tiba-tiba sekarang secara mendadak kita promote takaful. Prospek sedang memerhati kita sebenarnya. Sebab sekali tengok, mereka  tak akan terus ambil.

 

Teruskan approach mereka sebab untuk yg awal-awal ni adalah hanya sekadar ingin memperkenalkan diri dan pelan takaful yang kita nak cadangkan. Jangan target nak terus close sale, pasti anda kecewa.

 

 

Branding & Trusted

 

Ini adalah kesinambungan kepada tidak berputus asa. Sebab sekiranya kita membuat sesuatu perkara secara berterusan, insyaallah hasil nya akan datang kemudian. Sebagai contoh, bila approach orang sekali mungkin tak lepas. Cuba lagi approach dengan cara lain.

 

Begitu la proses seterusnya tanpa putus asa. Ini menunjukkan komitmen kita yang benar-benar ingin membantu. Bukan sekadar nak kejar sale semata-mata. Bila prospek dah selalu kita approach, baru keyakinan akan timbul. Dari keyakinan itu lah akan convert kepada close case.

 

 

Ini adalah sebab dia dapat rasakan yang kita memang betul ejen takaful yang boleh dipercayai. Jika kita approach beberapa kali sahaja, kemudian lepas tu stop (sbb frust kononnya) orang lagi tak percaya dekat kita.

 

Jadi untuk permulaan ni, approach sekerap mungkin, smpai 1 tahap bila org nmpk nama kita je org dah tau kita ni ejen takaful. Tp nk smpai tahap tu kena buat dan terus buat secara konsisten dan istiqamah. Hasilnya pasti tak mengecewakan….

 

Berikut adalah 14 cara nak berjaya yang saya ingin kongsikan:

 

  1. Buat bisnes (knowledge)
  2. Sentiasa fokus pada matlamat
  3. Kuasai suara kecil dlm diri anda
  4. Menguasai kepercayaan/keyakinan (tukar sistem kpercayaan kita)
  5. Tukar persekitaran/suasana hidup yg lebih positif
  6. Perhatikan dgn siapa kita bergaul/berkawan
  7. Konsisten
  8. Follow sistem 100% dan rancang strategi
  9. Kuasai ilmu yg khusus
  10. Komitmen dgn mentor
  11. Tingkatkan nilai diri anda
  12. Tulis platform/skill tahun ni dan pergi belajar
  13. Siapkan satu-satu impian anda.
  14. Sumbangan (setiap bulan bagi sumbangan pada sesiapa saja walaupun sikit)

 

Cara Menguasai Diri Sendiri

 

 

Semua tips diatas tidak akan berkesan jika kita sendiri gagal menguasai diri kita sendiri. Kita perlu jadi diri kita dan menjadi orang yang mengawal masa depan kita sendiri. Berikut adalah sedikit tips untuk menguasai diri sendiri:

 

  1. Persoalan diri (bisikan2 negatif)
  2. Lawan balik suara hati yg negatif
  3. Follow n tambah lagi dgn idea yg lebih baik

 

Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan kita gagal untuk menguasai diri dan menghalang kita untuk berjaya. Antaranya adalah:

 

  1. kurang energy
  2. tiada fokus
  3. kurang sihat
  4. tak minat
  5. Takut, Was-was, Ragu-ragu.
  6. Bisikan/Hasutan orang yg negatif disekeliling kita.

 

Tips Bisnes Takaful

 

tips bisnes takaful

 

Sedikit perkongsian tips dalam buat bisnes yang pernah dikongsikan oleh Dr Irfan Khairi. Manusia akan lebih mengingati jika dia nampak dan baca promosi kita 6 kali sehari…..

 

1 kali tgk baru dia buat derkk

2 kali tgk dia rasa nk baca

3 kali tgk dia rasa berminat

4 kali tgk dia rasa teruja

5 kali tgk dia rasa tk tahan

Yg ke 6 kali dia akn buat keputusan utk PM @ WHATSAPP kita

 

 

Jangan give up kawan-kawan. InsyaAllah. Ada la rezeki. Bila dah ada yg pertama apply, insyaAllah yg ke 2 Allah permudahkan. Tawakal dan Usaha. Moga  Allah pandang usaha kita dan doa-doa kita. Diharap tips bisnes takaful saya yang tak seberapa ini mampu memberi impak kepada sales anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *