Terma & Syarat

Sekiranya anda melayari laman ini, anda perlu baca kesemua maklumat dibawah dengan teliti. Terma dan syarat berikut adalah tertakluk kepada semua pengguna laman web ini. Anda perlu memahami dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat bagi penggunaan laman web ini.

Maklumat yang dipaparkan pada laman ini adalah berdasarkan pengalaman saya sebagai ejen takaful, pengalaman rakan ejen lain dan daripada sumber-sumber yang terlibat dengan syarikat yang saya wakili iaitu PruBSN Takaful. Semua maklumat ini juga tertakluk kepada perubahan dan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Penafian

Sebagai langkah berjaga-jaga, saya akan memastikan bahawa maklumat yang dipaparkan dalam laman ini adalah terkini, tepat dan lengkap pada tarikh penerbitan. Namun begitu, saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda mengalami sebarang kerugian yang timbul secara langsung atau tidak langsung dari penggunaan atau apa-apa tindakan yang diambil dengan bergantung pada maklumat yang ada pada laman ini.

Saya juga akan berusaha bagi memastikan keselamatan para pengguna laman ini. Namun tiada jaminan diberikan bahawa laman ini adalah bebas dari sebarang kesilapan, kecacatan, malware atau lain-lain program yang berniat jahat atau makro.

Pautan (Link)

Pautan (Link) dari atau ke laman lain adalah bertujuan untuk kemudahan dan rujukan sahaja. Saya tidak akan bertanggungjawab atau bertanggungan dalam apa jua cara untuk kandungan dan maklumat di laman lain tersebut, termasuk produk, perkhidmatan atau barangan lain yang ditawarkan melalui pautan yang ada pada laman ini.

Notis Hakcipta

Saya dan team saya adalah yang bertanggungjawab menerbitkan kandungan dalam laman ini. Anda boleh memuat turun atau mencetak bahagian-bahagian individu laman ini untuk kegunaan peribadi dan untuk maklumat sahaja, dengan syarat bahawa anda mengekalkan hak milik semua hak cipta dan lain-lain notis.

Anda tidak boleh menghasilkan semula (secara keseluruhan atau sebahagian), mengubah suai, menyusun, membongkar atau menyiarkan atau menggunakan mana-mana bahagian maklumat yang terkandung di dalam laman ini untuk apa-apa tujuan komersial, tanpa perlu menghubungi saya dan mendapatkan persetujuan bertulis.