Team Takaful Al Isra Pulau Pinang

Hari ini saya dan sifu saya Hj. Hafizul Hamdi rancang untuk menziarahi Team Takaful Al Isra Pulau Pinang di Seberang Jaya. Perjalanan yang panjang yakni hampir 5 ke 6 jam pemanduan. Tapi amat berbaloi bagi saya. Sebab nak bertukar pengalaman dengan rakan seperjuangan di sana.

 

Seberang Jaya adalah salah satu cawangan Al Isra di Pulau Pinang. Jadi bila anda berminat untuk menjadikan ejen takaful sebagai kerier, antara perkara yang perlu di ambil berat adalah budaya dan banyak cawangannya sesebuah agensi tersebut.

 

 

Hal ini kerana ia memudahkan kita untuk grow dalam perniagaan di mana-mana sahaja di Malaysia. Antara agensi takaful terbesar yang saya maksudkan itu adalah Al Isra Associates. Berpusat di Petaling Jaya, Selangor. Memiliki banyak cawangan lain di seluruh Malaysia.

 

Kenapa Kita Mesti Pilih Agensi Yang Besar?

 

Kebanyakkan orang akan rasakan yang berada dalam agensi yang besar tiada beza nya dengan join agensi yang biasa-biasa. Malahan ada juga yang rasakan berada dalam agensi besar akan menjadikan seseorang itu lebih tertekan dan jadi tak “perform”.

 

Memang tidak dapat dinafikan, memang akan ada tekanan yang dirasakan. Akan tetapi, haruslah diingat bahawa batu yang paling berharga di dunia yakni berlian adalah terhasil daripada tekanan yang sangat tinggi. Jadi nak hasil yang bagus, kenalah tahan sikit “pressure”.

 

 

Sebenarnya agensi yang besar memberi kita banyak peluang untuk kita bersaing secara sihat, bertukar-tukar pendapat dengan ramai rakan seperjuangan dan juga terinspirasi dengan kejayaan yang di capai orang sekeliling.

 

Secara tidak langsung membuatkan kita lebih berdaya saing dan bersemangat untuk buat yang lebih baik. Itu lah semangat yang saya lihat ada pada Team Takaful Al Isra Pulau Pinang ni. Sewajarnya boleh dijadikan contoh buat cawangan al isra lain yang juga tidak kurang hebatnya.

 

 

Duit Bukanlah Segalanya…

 

Sepanjang perjalanan kami ke sana, pelbagai ilmu yang saya belajar daripada sifu saya. Antara topik yang membuka minda saya adalah kemanakah halatuju pasukan yang mahu kita bawa? Sesuatu yang sangat “deep” tapi amat penting. Kalau salah arah, karam lah jawabnya.

 

Semua orang tahu iaitu “money is the well known motivation in the world”. Semua orang mahu hidup senang, Lebih lebih lagi, kaya ketika muda. Pesan sifu saya, kita tidak boleh memotivasikan pasukan dengan duit dan duit yang banyak.

 

Percayalah,

Selepas 3 bulan penat menebas hutan,

Duit yang di-impikan masih belum tiba.

Mereka akan tinggalkan kapak dan bersiap.

Lalu mereka berputus asa untuk menanam kebun.

 

 

Dalam bidang perniagaan, Duit adalah fasa akhir untuk dicapai selepas kita melakukan kerja-kerja business yang betul. Antara kerja business yang betul adalah:

 

  1. Fokus dengan satu perkara dan buat sehabis baik sehingga kamu pakar tentang perkara yang kita niagakan.
  2. Sentiasa memberikan added value pada customer adalah bonus kita berbeza dengan peniaga lain.

 

Lalu duit akan mengalir ke akaun kita dengan sendirinya.

 

Kenapa Duit Adalah Fasa Terakhir?

 

Apabila kita install dalam team untuk mengejar duit sebagai BIG WHY mereka percayalah, mereka akan letih apabila duit masih belum muncul tiba. BIG WHY SANGAT PENTING DALAM MENGUBAH HIDUP KITA. Terapkan BIG WHY yang menimbulkan suatu inspirasi kepada mereka.

 

Contohnya:

Mengapa mereka mesti bangunkan bisnes ini sampai berjaya? Walaupun terpaksa ikat perut…

 

 

Buat Team Takaful Al Isra Pulau Pinang…. Tahniah atas pencapaian anda dan terus success membina empayar team takaful al isra Pulau Pinang. Bagi anda yang berada di sekitar seberang jaya dan pulau pinang yang berminat untuk join team takaful yang hebat ini, hubungi saya untuk sertai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *