Takaful Untuk Simpanan Ok Ke Tak?

Sekarang Viral mengenai “Simpanan” takaful tidak betul. Saya pasti ramai ejen takaful di luar sana mempraktikkan idea jualan takaful untuk simpanan. Namun akhirnya bila cek nilai simpanan tidak sama dengan jumlah yang telah disumbangkan.

 

Benarkah apa yang dikatakan itu? Kenapa?

 

Pernahkah seorang ejen belek ringkasan projected “savings” dan menjanjikan ribu raban? Dari segi theoretically dan by book memang itu kita akan dapat. Cuma, dunia tak selalunya indah kawan. There’s No Guranteed Return in Investment except Skim Sontot. Mari Kupas satu per satu:

 

Sebelum kita beralih kepada Jenis Takaful, ada dua jenis (setakat pengetahuan saya) yang ada dalam industry bisnes takaful. Investment Link dan Stand-Alone. Oleh kerana saya tergolong dalam naungan “Takaful Sum Assured puluh ribu”, saya akan ceritakan apa yang saya faham mengenai takaful yang saya wakilkan dan MILIKI yang tercinta ini,iaitu jenis INVESTMENT LINK (Takafulink).

 

ANDAIKATA KITA MENCARUM KE DALAM TAKAFUL SEBANYAK RM 210/BULAN DAN MENYIMPAN BANK RM 210/BULAN, MANA LEBIH BAIK?

 

 

 

Mungkin anda pernah dengar salah satu ejen berceritakan perkara tersebut bukan? Secara kasarnya dari segi menyimpan:

 

1) Menyimpan dalam bank (abaikan dividen bank):

 

210/bulan X 12=RM 2,520.00

10 tahun = RM 25,200.00

20 tahun = RM 50,400.00

2) Menyimpan dalam Takaful (100% PUA)

Lihat dalam gambar pertama:

1 Tahun: RM 32.00

10 Tahun: RM10,787.00

20 Tahun= RM 34,850.00

 

Jadi? Mana lagi untung? Bank atau Takaful? Semestinya la bank kan? Ini konsep mudah untuk simpan duit. Jadi, kenapa masih banyak orang cakap “Saya mahu Takaful yang ada Savings?”

 

PEH! PASAL APA KURANG SANGAT ‘SAVINGS’ SAYA NI? SAYA NAK TERMINATE LA!

 

Jangan terminate bang! Rugi! Rugi sebab abang sudah ada Medical Card yang sudah disaring tahap kesihatan abang oleh Underwriter. Underwriter garang dan jahat bang wa tell you….  Kalau dah pernah sakit lagi payah nak apply takaful semula. Mari saya terangkan abang satu persatu:

 

Kalau kita tengok Gambar 1, Caj-caj yang dikenakan ada baaaaanyak untuk Takaful. Setakat dalam gambar ini, ada 4 potongan yang dikenakan oleh Client iaitu:

 

1) Caj Wakalah Pendahuluan (Berbeza ikut sijil) refer: Gambar 2

 

Untuk akaun PUA:

 

1st year: 60% daripada caruman setahun

2nd Year: 60% daripada caruman setahun

3rd Year: 50% daripada caruman setahun

4th Year: 30% daripada caruman setahun

5th Year: 20% daripada caruman setahun

6th Year: 20% daripada caruman setahun

 

Untuk akaun IUA:

 

Kekal 5% sehingga tamat polisi daripada caruman setahun

2) Konsep Tabbaru’

 

Ingat, kita adalah Takaful. Setiap apa yang kita carum harus disimpan ke dalam tabung. Tabbaru’ ni terpulang daripada percentage Kemasukkan Tabarru’ untuk rider-rider yang kita langgan. Boleh rujuk dalam polisi untuk Unjuran Tabbaru’ untuk rider yang kita ada.

 

3) Caj-Caj Lain (Caj Perkhidmatan)

 

Kadar tetap atau fix RM 60.00 setiap tahun

 

4) Caj Pengurusan Aset

 

Oleh sebab kita “Investment Link”, kita bermain dengan konsep pelaburan dalam takaful kita. Pernah dengar Dana Bon? Dana Ekuiti? Dana Ekuiti Dinasti? Dana Urus? Hah….itulah terma pelaburan yang harus faham. Rujuk gambar 3 untuk Caj setiap dana-dana tersebut.

 

Jadi, Rumusannya (Rujuk Gambar 1):

 

1) Nilai Tunai (“savings”) tanpa keuntungan pelaburan= (Sumbangan Diperuntukan- Jumlah Tabbaru’- Caj Perkhidmatan)

 

2) Nilai Tunai (“Savings”) dengan Keuntungan Pelaburan= Nilai Tunai (“savings”) tanpa keuntungan pelaburan + % kenaikan nilai unit.

 3) Nilai Tunai (“Savings”) bersih= Nilai Tunai (“Savings”) dengan Keuntungan Pelaburan – % Caj Pengurusan Aset.

 

Cuba kita kirakan untuk tahun pertama dalam Gambar 1:

 

1) Nilai Tunai (“savings”) tanpa keuntungan pelaburan= RM 1,008.00-918.00-60.00= RM 30.00

 

2) Andai kata saya ambil dana Ekuit 100% dengan kenaikan nilai unit sebanyak 9%= RM 30.00 + (RM 30.00 * 0.09) = RM 32.70 (INGAT! Pelaburan tidak pernah guaranteed!)

 

3) Jangan lupa ada kos pengurusan asset. Untuk Dana Ekuiti, 1.5% dikenakan. So,

 

4) Nilai Tunai (“Savings”) bersih untuk tahun pertama = RM 32.70- (RM 32.70 * 0.015) = RM 32 (anggap sahajalah ambil nilai besar…alaaa 20 sen pon nak berkira ka? Hahaha…)

 

BANG….TAHUN PERTAMA RM 32.00 JA BANG…..

 

Cuba buat dalam spreasheet dan tengok hasilnya. Semakin banyak nilai tunai, semakin besar caj yang dikenakan!

 

JADI? KALAU RUGI KENAPA COMPANY AGUNG-AGUNGKAN TERMA SAVINGS?

 

 

Pernah tak ejen declare “Bang, kalau abang lupa bayar saya akan tolak daripada savings abang boleh?” dan anda mengangguk. Haaaaa….. itulah salah satu sebenarnya fungsi saving kita.

 

Produk takaful yang ada nilai simpanan (cash value) yakni pelan jenis investmentlink tetap ada kelebihan tersendiri, terutamanya apabila berada dalam keadaan seperti dibawah:

 

  1. Terlupa bayar.
  2. Kurang mampu bayar atas terpaksa tambah komitmen baru.
  3. Kegagalan auto debit/credit (contoh renew card, terlupa nak bank in, gaji lambat.)
  4. Pelanggan menghadapi masalah kewangan serius (contoh dibuang kerja).

 

 

Kalau tengok pada list diatas, semuanya dalam keadaan yang kita tak sengaja dan bukanlah suatu yang kita rancang atau inginkan. Jadi apabila terjadi perkara seperti diatas, kelebihan cash value adalah:

 

    • Walaupun tak terbayar (atas sebab tertentu), polisi akan TETAP AKTIF selagi mana nilai tunai mencukupi untuk membayar sumbangan tabarru’.

 

    • Kadar sumbangan (bayaran) bulanan kekal sama – (seolahnya) tak naik ‘harga’ – kerana (sebenarnya) kadar tabarru’ ditampung sedikit dengan nilai tunai yang ada sehinggalah kadar tabarru’ tak mampu nak tampung, barulah ada kenaikan. Tak perlu risau bayar lebih setiap bulan ketika umur meningkat (waktu itu anak, komitmen lain pun bertambah).

 

  • Jika ada nilai tunai yang mencukupi boleh keluarkan untuk kegunaan personal macam buat kenduri, pergi umrah, deposit rumah(terutamanya waktu kecemasan).

 

Oleh itu, anda masih boleh menikmati faedah medical kad (jangan lama tak bayar dan lapse sudehhh). Jadi, kita ada sandaran Nilai Tunai dalam Pelan Medikal Kad kita.

 

Selain itu, dalam simpanan takaful ada rider yang tertulis “Contributor”, “Parent Contributor” dan “Spouse Contributor”. Jika rider ni dimasukkan ke dalam pelan dan terjadi 36 Jenis Critical, Kematian atau TPD keatas diri, pasangan atau ibu/bapa bawah tangungan, “Simpanan” anda akan waive sehingga tamat pelan. Ibarat company carumkan takaful dan simpanan untuk anda for FREE. Cuma rider ini ada kos diperlukan.

 

 

Kesimpulannya…

 

Nilai tunai ini tak lain dan tak bukan untuk jaga kepentingan anda juga. Pelanggan bebas memilih apa jua bentuk pelan perlindungan yang sesuai dengan keperluan sendiri. Duit anda adalah hak mutlak anda. Pilihan seharusnya bijak.

 

Anda juga yang memberitahu ambil sahaja pelan takaful standalone yang tiada ‘simpanan’ kerana jauh lebih murah. Anda boleh ambil medikal kad stand alone dengan syarat anda cekap uruskan kewangan dan faham ada kenaikan harga berjadual.

 

 

Maksud cekap disini adalah anda sudah ada karektor disiplin saving yang tinggi kerana medikal kad stand alone murah di peringkat permulaan,tapi akan berlaku kenaikan berskala mengikut jadual dan peringkat umur client tersebut.

 

Jika anda ambil polisi sewaktu muda iaitu 20an, bulanan medikal kad stand alone usia 60 an lebih jauh mahal daripada investmentlink usia 60an. End up banyak polisi stand alone yang lapse kerana tidak mampu bayar.

 

Malah lebih teruk lagi tiada nilai tunai yang dapat menampung polisi stand alone untuk aktif lebih lama. Anda harus sedar sewaktu usia 60an lah banyak penyakit datang. Jadi fahami apa yang diambil. Tak jelas tanya ejen takaful untuk penerangan yang lebih lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *