Takaful Untuk Bayi Dalam Kandungan

posted in: Info Takaful, Medical Card | 0

Sejak kebelakangan ini ramai pulak kawan-kawan yang bertanya tentang takaful untuk bayi dalam kandungan. Pelbagai persoalan timbul mengenai topik tersebut. Antaranya :

 

Kenapa perlu ambil takaful untuk bayi dalam kandungan?

Apa beza kalau ambil polisi takaful dalam kandungan dengan yang biasa?

Tak boleh tunggu sampai bayi lahir ke?

 

Memang terdapat banyak reaksi dan pandangan tersendiri berkenaan isu ini. Ye lah kan. Lain orang, lain cara pemikiran. Akan tetapi, saya akan cuba jelaskan kenapa anda harus pertimbangkan untuk mengambil takaful untuk anak anda seawal masih didalam kandungan.

 

takaful untuk anak dalam kandungan

 

Seperti yang anda sedia maklum, mengandung bukan lah suatu perkara yang mudah. Terdapat pelbagai risiko yang harus ditanggung oleh para ibu. Malahan risiko tersebut bukan sahaja pada bayi, tetapi juga boleh membahayakan nyawa ibu tersebut.

 

Namun hidup mati itu ketentuan illahi. Kita sebagai hamba hanya mamp berusaha sebaik mungkin untuk mengelakkan perkara yang tidak diinggini berlaku. Di bawah adalah antara risiko yang biasa untuk bayi dalam kandungan:

 

1. Kelahiran Pra-Matang

 

Mungkin ada yang belum tahu apa itu kelahiran pra-matang. Perkara ini terjadi apabila bayi lahir kurang daripada usia kandungan 36 minggu. Kalau orang-orang tua cakap ‘lahir tak cukup bulan’. Tiada tanda-tanda khusus bagi menentukan kelahiran pra-matang. Risiko berlaku pada setiap kandungan tetap ada.

 

Jadi apa kaitan kelahiran pra-matang dengan polisi takaful?

 

Bagi menerangkan lebih jelas tentang perkaitan tersebut, saya senaraikan dibawah beberapa situasi bagi memudahkan anda faham. Kita lihat situasi permohonan polisi sekiranya bayi dilahirkan pra-matang.

 

Ambil Polisi Selepas Lahir

 

Sekiranya anda bercadang untuk ambil polisi bagi anak yang dilahirkan dalam keadaan pra-matang, anda terpaksa menunggu selepas anak tersebut berusia 2 – 3 tahun. Tapi belum tentu permohonan diluluskan. Ianya bergantung kepada tahap kesihatan anak anda.

 

Risikonya adalah bayi sememangnya terdedah kepada bermacam-macam penyakit. Adalah lebih mudah sekiranya anda boleh menggunakan manfaat kad perubatan. Jadi terpaksa tunggu selepas 2 tahun baru boleh cuba memohon.

 

Ambil Polisi Sebelum Lahir

 

Jika polisi PruBSN Smartlink diambil semasa bayi masih lagi berada didalam kandungan, manfaat kad perubatan boleh digunakan walaupun berlaku kelahiran pra-matang. Tidak perlu menunggu tempoh 2-3 tahun untuk ambil selepas kelahiran seperti yang saya nyatakan pada contoh diatas.

 

Maka, anak kecil ini boleh guna manfaat kad perubatan seperti bayi lahir normal dan tertakluk kepada waiting period selama 120 hari bermula pada usia 15 hari bayi. Jadi memang berbaloilah bagi ibu bapa yang ambil untuk bayi mereka semasa dalam kandungan.

 

2. Penyakit Kongenital

 

Tiada ibu bapa yang mahukan anak mereka cacat. Kalau boleh semua nak yang cantic-cantik. Tapi semua itu takdir illahi. Kita tidak mampu mengelak apa yang telah tersurat dalam takdir. Dalam terpaksa, kita kena rela untuk tempuh semua ini.

 

Penyakit kongenital atau lebih dikenali sebagai kecacatan kelahiran adalah keadaan yang wujud semasa proses kelahiran. Ia juga boleh berlaku semasa didalam kandungan. Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyakit ini sila layari laman ini.

 

Dibawah adalah contoh sekiranya berlaku kes penyakit kongenital pada bayi dan anda ingin memohon polisi takaful untuk anak tersebut:

 

Ambil Polisi Selepas Lahir

 

Jika permohonan polisi selepas kelahiran, secara amnya TIADA penawaran polisi diberikan oleh syarikat. Bergantung kepada jenis kecacatan. Namun jika anda ingin mencuba untuk pemilikan dan permohonan polisi akan menjadi SANGAT SUKAR dan kemungkinan untuk ditolak adalah sangat tinggi.

 

Ambil Polisi Sebelum Lahir

 

Sekiranya anda memohon polisi sebelum kelahiran dan bayi tersebut masih dalam kandungan, anak kecil ini masih layak diberi kad perubatan dengan pengecualian terhadap penyakit kongenital yang ada. Manfaat masih sama cuma tidak boleh digunakan bagi penyakit kongenital sahaja.

 

Pentingnya Takaful Untuk Bayi Dalam Kandungan

 

Apa yang saya dapat katakan, memang penting untuk para ibu bapa untuk menyediakan perlindungan takaful untuk anak mereka. Walaupun anak tersebut masih belum lahir yakni ada dalam perut ibunya. Sebab perlindungan takaful ni memang banyak kelebihan nya.

 

Ditambah dengan dua kondisi yang saya nyatakan di atas, ini membuatkan polisi takaful untuk bayi dalam kandungan kini menjadi satu keperluan. Dibawah ini adalah perlindungan yang ditawarkan oleh PruBSN Takaful kepada para ibu diluar sana untuk kondisi yang dinyatakan diatas.

 

 

 

 

 

Untuk makluman, pelan asas bagi takaful untuk bayi dalam kandungan ini adalah PruBSN SmartLink. Dengan penambahan vital care & baby care, ia menjadikan pelan tersebut lebih lengkap dan perlindungan yang lebih menyeluruh khusus untuk para ibu dan bayi dalam kandungan. Bagi yang ingin tahu lebih lanjut mengenai pelan ini, hubungi saya untuk konsultasi percuma.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *