Takaful Untuk Anak – Pelan Terbaik Pilihan Ramai

posted in: Info Takaful, Medical Card | 2

Saya sering menekankan zaman kini takaful untuk anak adalah sangat penting. Sudah menjadi keperluan bagi pasangan yang baru mendapat cahaya mata untuk menyediakan yang terbaik untuk masa depan anaknya.

 

Sepanjang saya menjadi ejen, masih ramai lagi di luar sana yang tidak tahu akan kepentingan untuk anda buat perlindungan takaful khusus untuk anak. Ini kerana mereka memikirkan yang takaful hanya penting untuk orang dewasa.

 

Ianya tak salah. Kesedaran tentang kepentingan takaful itu sudah ada. Cuma kepentingan takaful untuk anak juga adalah elemen penting dalam ilmu perancangan kewangan.

 

Syarat Untuk Memiliki Pelan Takaful Anak

 

Sekiranya anda adalah pasangan suami isteri yang sudah menerima cahaya mata, saya minta berikan sedikit masa apa yang saya cuba sampaikan pada kali ini. Luangkan sedikit masa, buka minda dan hati.

 

Cuba untuk ambil perkara yang disampaikan dari sudut positif dan cuba sesuaikan dengan tahap kewangan keluarga kita. Untuk permulaan, anda perlu tahu syarat apply takaful untuk anak.

 

1. Berusia 14 hari dan ke atas.

 

Anda boleh menyediakan pelan perubatan anak  dari seusia 14 hari dari tarikh ibunya bersalin. Jika kelahiran premature harus menunggu bayi tersebut berusia 2 tahun. Kemudian barulah boleh membuat permohonan.

 

2. Dalam Kandungan.

 

Anda jangan terkejut pulak. Pelan takaful untuk anak ini juga boleh dibuat ketika bayi berada di dalam kandungan. Anda boleh mula ‘apply’ pada usia kandungan 20-30 minggu.

 

3. Mempunyai penjaga/keluarga.

 

Pelan takaful ini harus didaftarkan diatas nama ibubapa / penjaga yang sah.

 

4. Dokumen Kelahiran dan IC Pembayar.

 

Dokumen ini diperlukan semasa pendaftaran.

 

5. Sihat.

 

Bayi mestilah dalam keadaan sihat dan tidak pernah ada sejarah sakit di klinik mahupun hospital. Namun anda masih boleh mencuba untuk memohon dan kemungkinan juga pihak takaful anda terima permohonan anda sekiranya penyakit bayi tidak begitu serius.

 

Kepentingan Takaful Untuk Anak

 

Sudah pasti perlindungan takaful untuk anak ini bukan lah suatu yang wajib. Tidak seperti insurans kenderaan anda. Dimana jika tiada, tak boleh nak renew roadtax kereta. Tapi cuba anda nilaikan antara anak dan kereta. Yang mana anda rasa lebih berharga?

 

Pada saya sudah tentulah anak lebih berharga. Anak adalah anugerah yang tidak ternilai kurniaan Illahi. Jadi berikanlah yang terbaik dengan menyediakan perlindungan takaful mereka. Berikut adalah kenapa anda perlu ambil takaful untuk anak:

 

A. Perbelanjaan Perubatan

 

 

Mungkin saya perlu ‘recap’ semula sedikit mengenai Pelan Takaful 5 Dalam 1. Salah satu elemen didalam 5 komponen tersebut adalah Kad Perubatan. Komponen ini adalah yang terpenting sekiranya dikaitkan dengan takaful untuk anak.

 

Ini kerana kanak-kanak terutamanya pada umur bayi, terdedah kepada pelbagai penyakit. Tambahan pula zaman sekararang ni, macam-macam jenis penyakit yang pelik. Yang tak pernah dengar pun ada. Tu yang buat kita sebagai ibu bapa jadi risau.

 

 

Berikut adalah penyakit yang biasa menyerang kanak kanak bawah dari 2 tahun. Ini adalah sebab immune sistem yang masih dalam proses pembinaan. Sistem pertahanan yang lemah dan belum matang.

 

Risiko ni ada pada semua budak. Sama sama berjaga jaga. Kalau berlaku kita mesti nak rawatan yang cepat dan terbaik bukan? Jadi dengan adanya kad perubatan, ianya sedikit sebanyak akan membuatkan kita ‘stress free’ sedikit.

 

Bukan bermakna anak anda tak akan sakit kalau ada medical card. Cuma tidak lah membebankan sekiranya anak terpaksa dimasukkan ke hospital. Dengan ‘coverage’ yang ditawarkan oleh Kad Perubatan, insyaallah dapat meringankan beban.

 

B. Tempoh Menunggu Kad Perubatan

 

Bagi yang belum tahu, setiap kad perubatan ada tempoh menunggu sebelum ianya boleh digunakan. Tempoh menunggu adalah selama 120 hari daripada tarikh polisi anda diaktifkan.

 

 

Tempoh menunggu ini adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada ‘fraud case’. Iaitu ambil medical card dan terus guna untuk rawatan penyakit. Jadi tak adil lah pada yang dah lama ambil tapi tak claim apa-apa. Betul tak?

 

Seelok-eloknya, takaful untuk anak jangan ditangguh. Sebab kalau dalam masa tempoh menunggu tersebut anda guna kad perubatan, kemungkinan untuk ‘reject’ adalah sangat tinggi. Kecuali kes kemalangan sahaja diterima.

 

C. Panel Hospital Pakar

 

 

Seperti yang sedia maklum, bagi mendapatkan rawatan di hospital swasta dan pakar memerlukan bayaran yang tinggi. Akan tetapi, bagi setiap ibu bapa sudah pasti akan mahukan anak mereka sembuh dari penyakit.

 

Tidak kira dengan cara apa sekalipun. Pasti akan berusaha untuk merealisasikan impian mereka. Tapi tidak semua ibu bapa yang mampu untuk membayar kos rawatan yang tinggi tersebut. Tambahan pula dengan keadaan ekonomi kini yang tidak menentu.

 

Sudah pasti menjadikan ianya lebih sukar. Jadi kad perubatan adalah jalan penyelesaiannya. Anda boleh menggunakannya apabila perlu. Dengan adanya manfaat tersebut, anda ada kuasa untuk memilih rawatan yang lebih baik untuk anak anda.

 

D. Keselesaan Menerima Rawatan

 

Satu faktor yang sering dipertitikberatkan adalah keselesaan semasa menerima rawatan. Selalunya orang sakit ni kena banyak berehat. Jadi keselesaan di hospital juga penting dan mempengaruhi proses penyembuhan seseorang.

 

Begitu juga dengan anak anda. Kalau sakit, mereka perlu lebih rehat. Jadi jika anda dapat memberikan yang terbaik untuk mereka, insyaallah akan cepat sembuh. Ibu bapa mana yang senang tengok anak mereka sakit.

 

Saya amat galakkan ibu bapa meletakkan anak bilik seorang kerana mahu mengelakkan anak kita berjangkit dengan penyakit lain pula. Maklumlah anak kecil ini immune badan masih belum kuat.

 

 

Malahan, bagi ibu yang menyusu masih dapat menjaga aurat ketika menyusukan anak. Tak perlu ibu menyorok daripada pelawat lelaki pesakit lain di bucu atau pelosok untuk memberi anak menyusu.

 

Jadi dengan manfaat kad perubatan, anda boleh memilih bagi menempatkan anda di wad yang mana. Sama ada bilik seorang, berdua dan sebagainya. Bergantung kepada manfaat kad perubatan dan bilik hospital.

 

E. Simpanan untuk Pendidikan

 

 

Sebagai ibu bapa, anda pasti memikirkan tentang masa hadapan setiap anak-anak. Selain kesihatan, pembelajaran mereka juga amat penting. Dah tentulah anda mahukan mereka melangkah ke peringkat tertinggi iaitu ke universiti.

 

Seperti yang anda sedia maklum, perbelanjaan bagi mereka menempuh alam pendidikan tinggi bukan lah kecil anak punya belanja. Ada ibu bapa yang bergolok bergadai untuk menjadikan anak mereka berjaya ke sana.

 

Walaupun lulusan universiti bukan lah suatu jaminan untuk anak anda berjaya dalam hidup. Tapi sekurang-kurangnya dapat memudahkan mereka untuk memohon pekerjaan nanti. Mahu atau tidak, anda perlu menyediakan wang secukupnya untuk mereka.

 

Dengan mengambil takaful untuk anak anda, bukan setakat dapat coverage kad perubatan. Malahan ianya juga akan menjadi simpanan untuk pendidikan anak anda nanti. Bak kata orang ‘sambil menyelam minum air’. Dua faedah dalam satu.

 

F. Warisan untuk Anak Anda

 

Pepatah Cina ada menyebut :

 

Keranda bukan untuk orang tua, atau orang muda. Keranda adalah untuk orang mati

 

Mati itu pasti. Cuma yang kita tidak ketahui adalah bilakah masanya. Itu semua rahsia dimana hanya tuhan yang tahu. Namun tidak bererti kita tidak boleh membuat persediaan bagi menghadapi sesuatu yang tidak dijangka.

 

Seperti yang saya nyatakan di point 1 – 5, jika anda berkemampuan tak perlu ambil takaful pun boleh. Kos perubatan, simpanan untuk anak semua boleh setel. Tapi macam mana kalau anda meninggal dunia suatu hari nanti.

 

 

Apa yang ditinggalkan kepada anak anda? Bagaimana dengan Pendidikan mereka nanti?

 

Sekurang-kurangnya jika anda carumkan takaful, mereka masih boleh gunakan manfaat tersebut walaupun selepas anda tiada. Ini kerana terdapat dalam satu term takaful dipanggil ‘parent contributor.

 

Dimana sekiranya apa-apa berlaku kepada ibu bapa (pembayar polisi untuk anak), polisi tersebut akan ‘waive’. Ini bermakna, anak anda tidak perlu menyambung  bayaran lagi dan boleh terus gunakan manfaat yang ada. Sila rujuk rider tambahan untuk maklumat lanjut.

 

Kesimpulan

 

Secara ringkasnya, 6 perkara diatas menjadi sebab utama kenapa anda perlu ambil takaful untuk anak anda. Jangan bertangguh kerana masa tidak akan menunggu kita. Setiap yang berlalu tidak mungkin akan kembali. Jadi ambil peluang semasa ianya masih ada.

Biar awal seminit, Jangan lambat sesaat

 

Jika anda mahu mengetahui Pelan Takaful terbaik untuk anak anda, sila isikan maklumat seperti dibawah:

 

Sila isi nama anda
Isikan Tel No Anda
Isikan Email Anda
Isikan Alamat Anda
Isikan Pekerjaan Anda
Isikan Tarikh Lahir Anda
Status Merokok Anda
Pilihan Pelan Takaful untuk anda. Sila pilih 'Tak Pasti' jika anda belum tahu senarai pelan yang ada.
Anggaran bayaran bulanan mengikut bajet anda.
Isikan Tarikh Cadangan untuk temujanji

 

Penerangan lebih lanjut mengenai pelan takaful untuk anak, sila layari laman PruBSN SmartLink. Saya ada kongsikan dengan jelas kepada anda tentang apa perlindungan yang ditawarkan untuk anak anda. Diharap anda mendapat manfaat dari perkongsian kali ini.

2 Responses

  1. Khairil Hazri

    Terimakasih sara, mohon hubungi saya dengan tekan simbol whatapps di page ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *