Takaful StarNite Award 2018 – Anugerah Industri Takaful

Pada 23 Mac 2018 baru-baru ini, satu majlis berkaitan dengan takaful telah berlangsung. Majlis yang saya maksudkan adalah Takaful StarNite Award untuk tahun 2018. Mungkin ada yang langsung tak pernah dengar pasal award ni. Ataupun ada yang pernah dengar tapi tak tahu award tu untuk apa.

 

Sememangnya anugerah ini tak lah popular macam anugerah skrin, juara lagu dan anugerah industri muzik. Sebabnya ianya hanya untuk industri takaful sahaja. Jadi kali ni saya akan kongsikan serba sedikit mengenai Takaful StarNite Award untuk pengetahuan anda semua.

 

Takaful StarNite Award 2018

 

Anugerah Takaful Starnite Award ini adalah suatu anugerah yang dianjurkan oleh Malaysian Takaful Association atau lebih dikenali sebagai MTA setiap tahun. Anugerah ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada yang terlibat dengan industri takaful.

 

 

Edisi kali ini yakni Takaful Starnite Award 2018 adalah merupakan tahun yang ke 7 penganjuran anugerah ini. Secara am nya, terdapat banyak kategori yang dipertandingkan. Ianya juga terbahagi kepada beberapa bahagian. Detail boleh semak di laman Malaysian Takaful.

 

PruBSN Takaful adalah antara yang menyertai anugerah ini. Sebabnya adalah hanya takaful operator yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sahaja layak bertanding. Sebelum ini. PruBSN pernah memenangi anugerah ini beberapa kali. So macam mana pula tahun ini? Boleh menang ke?

 

PruBSN Takaful – Best Takaful Operator Agency Family Takaful Business 2018

 

Takaful StarNite Award 2018

 

Kalau lihat gambar diatas, PruBSN Takaful telah memenangi salah satu anugerah utama dalam Takaful StarNite 2018 yakni Best Takaful Operator Agency Family Takaful Business. Selain itu, terdapat beberapa lagi anugerah lain yang dimenangi.

 

 

Berikut adalah kenyataan yang dipetik daripada laman Facebook rasmi PruBSN:

 

“Alhamdulillah, #PruBSN sekali lagi diiktiraf sebagai Pengendali Takaful Keluarga Terbaik untuk Agensi Perniagaan Takaful Keluarga malam tadi di majlis Anugerah Takaful Starnite 2018. Prubsn Turut menerima anugerah untuk Tanggungjawab Sosial Korporat, Pengurus Muda Takaful dan pelbagai anugerah bagi ketegori ejen, agensi dan bankatakaful. Setinggi-tinggi penghargaan buat kesemua pekerja, ejen, rakan kongsi serta para pelanggan kami yang terus membei sokongan. Anda semua tunjang kejayaan kami hari ini dan masa hadapat. Terima kasih semua!”

 

Wakil dari Agensi Al-Isra’ juga turut dijemput untuk menghadiri Majlis Takaful StarNite Award 2018. Berikut adalah beberapa shot yang sempat dirakamkan semasa majlis tersebut.

 

 

Teruskan Menyokong PruBSN Takaful

 

 

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada PruBSN Takaful kerana telah memenangi pelbagai anugerah dalam Takaful StarNite Award 2018. Selain itu saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua client saya.

 

Ini kerana tanpa sokongan dari anda, belum tentu lagi PruBSN berada pada tahap ini. Teruskan sokongan anda. Jika ada lagi di luar sana yang masih belum yakin dengan PruBSN, anda masih belum terlambat. Hubungi saya untuk kepastian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *