Syarikat Sediakan Kad Perubatan – Perlu Ambil Kad Perubatan Individu Lagi?

posted in: Info Takaful, Medical Card | 0

Ramai yang ambil ringan atas keperluan takaful peribadi. Lebih-lebih lagi pada mereka yang bekhidmat di syarikat swasta yang menawarkan coverage perubatan yang tinggi. Tidak kurang juga pada pekerja sektor kerajaan yang selesa dengan GL kerajaan.

 

Mereka berpendapat tak payah la ada takaful peribadi ni. Apa yang syarikat offer dah mencukupi kot. Buat apa bazir ambil personal takaful lagi?

 

Tidak dinafikan kebanyakkan majikan ada menyediakan benefit dari segi insurans dan perubatan. Akan tetapi setiap syarikat memberikan perlindungan yang berbeza kerana pokok utama coverage takaful yang nak diberi pada pekerja bergantung dengan budget syarikat.

 

Jadi kalau syarikat untung besar, benefits dia pun besar, kalau untung sikit, benefits jadi ciput. Dan lebih teruk lagi kalau syarikat rugi, kebarangkalian budget nak bagi staff insurans memang tak ada lah jawabnya.

 

Rasa ‘SELAMAT’ Dah Ada Kad Perubatan Daripada Syarikat?

 

Sebelum saya present tentang pentingnya takaful peribadi, saya suka tanyakan soalan

 

“Adakah perlindungan yang diperuntukkan oleh syarikat itu sudah mencukupi?”

 

kenapa saya tanyakan soalan tu? Kerana ramai yang tidak tahu betapa pentingnya soalan ini yang berkait rapat dengan senario medical inflation yang tinggi di Malaysia ni. Baik saya explain di bawah ni.

 

Takaful Peribadi??? Perlu atau Tidak?

 

 

Sepanjang pengalaman berjumpa dengan orang ramai, mostly akan jawab:

 

“Sorry company saya dah bagi medical cover. Thanks”.

Malahan ada juga yang jawab macam ni:

 

“Aku pakai medical card company je lagi senang. Semua cover. Tak nak lah ambik takaful atau lain-lain ni. Banyak menipu je. Satgi nak admit hospital dah tak boleh pakai!!”

 

Berpuas hati dengan memiliki medical cover daripada majikan sahaja adalah bagus. Cuma pada yang bijak sikit dia akan pastikan beberapa perkara:

 

a. Unlimited coverage satu family.
b. Coverage masih terus berjalan walaupun dah pencen atau berhenti berkhidmat.
c. Perlindungan untuk family kita masih cover jika staff tersebut sudah meninggal dunia.
d. Coverage untuk family masih valid walaupun dia dah tak kerja dengan company tersebut.
e. Pampasan untuk keluarga kita masih dapat walaupun dia dah resign mahupun sudah pencen.
f. Mendapat pampasan gaji selama 10 tahun jika diberhentikan kerja akibat sakit kritikal.

 

Jika company coverage syarikat anda tu boleh satisfy 6 keperluan seperti yang saya senaraikan diatas, maka “TIDAK LOGIK” untuk anda ambil Takaful. Tapi kalau sebaliknya, minta bincang suami isteri dapatkan nasihat ejen takaful yang anda percayai.

 

Usia bukan faktor anda cepat atau lambat ambil takaful, yang penting sihat walafiat. Kita semua sedar bahawa hukum alam ini tiada yang kekal termasuklah keluarga, kesihatan, tempat tinggal, kenderaan, pekerjaan, mahupun benefit company sediakan.

 

Perkongsian Berkenaan Keperluan Takaful Peribadi

 

Kisah 1

 

Salah seorang client saya yang kerja *ntel dan seorang yang pandai. *ntel cuma cover setiap pekerja rm10,000 saja setahun untuk rawatan. Jadi dia tahu yang rm10,000 ni hanya lah gula gula pemberian syarikat untuk menggemukkan keuntungan mereka.

 

Apa yang kawan saya buat adalah dengan bijaknya dia ambil Takaful sebagai langkah berjaga jaga. Takdir beliau diuji selepas membuat pemeriksaan di KPJ. Doktor sahkan beliau diagnose cyst 7cm tanpa sedar. Allahuakbar.. Kemudian Doktor bagitau perlu operate segera dan kos rawatan Rm10,000.00.

 

Alhamdulillah company boleh cover. Akan tetapi dengan syarat 15% daripada kos itu perlu ditanggung oleh pekerja sendiri. Kalau tak mampu bayar, company boleh bayarkan dahulu tetapi dengan cara tolak daripada gaji.

 

Syukur… Mujurlah kawan ni bijak. Dihulurnya terus medikal kad takaful. Selesai masalah dan peace of mind. Itu cerita 15% daripada RM10,000. Cuba anda bayangkan pula kalau kos rawatan tu RM 50,000?

 

Kisah 2

 

Seorang pemuda datang kepada saya dengan bersungguh-sungguh mahu apply takaful sekarang. Saya terkejut dan secara spontan saya tanya dah ada sakitkah ? Beliau sungguh-sungguh meyakinkan saya bahawa dia sihat alhamdulillah.

 

Namun apa yang menyebabkan beliau cepat-cepat mahu buat takaful kerana kawan di tempat kerjanya di Shah Alam di diagnose sakit jantung dan memerlukan RM30,000 untuk kos rawatannya.

 

Kawan tu pergilah ke hospital dengan yakin untuk buat rawatan kerana majikan ada bagi medical card. Kemudian doktor juga berikan tarikh yang sesuai untuk buat rawatan, sebelum masuk OT nurse bagitau sebelum masuk ni hospital perlukan RM10,000 lagi sebab company hanya cover RM20,000 sahaja.

 

Bila kawan dengar je kena tambah duit apa lagi, dia pakai baju semula dan terus balik. “Aku mana ada duit banyak tu.” Kini terpaksa la kawan buat personal loan sebab nak baik punya pasal.

 

Kisah 3

 

Saya melawat sahabat di Hospital swasta panel majikan beliau akibat kemalangan motorsikal. Dia kemalangan motor pun sebab slipdisk terlanggar lubang masa bawa motor. Dia punya sakit Ya Rabbi macam putus nyawa. Jadi bos pun bawa la ke hospital tu.

 

Masa sampai di bilik wad saya lihat dia tengah terlantar kesakitan. Dia bagitau dia tengah menahan sakit kerana doktor tak dapat bius penuh sebab medical limit company sikit. Jadi doktor terpaksalah inject steroid kat tulang belakang dia dengan separuh bius. Apa lagi menjerit-jerit lah dia menahan kesakitan yang bukan kepalang tu.

 

Dan selepas keluar wad ni dia plan nak sambung follow up di hospital kerajaan kerana limit syarikat dah habis. Cuba bayangkan dia terpaksa tunggu lagi 5 bulan untuk reset semula annual limit medikal beliau ?

 

Ya, setiap majikan tetap dengan janjinya. Tetapi puas hatikah dengan kemudahan yang diberikan pada pekerja ? Di luar sana ada yang terpaksa buat personal loan dan ada juga tidak mendapatkan rawatan yang sempurna untuk sembuh walaupun sudah ada perlindungan daripada syarikat. Masa tu kalau kita fikir takaful adalah jalan penyelesaian mungkin sudah terlambat.

 

Kenapa Masih Perlukan Perlindungan Peribadi Walaupun Majikan Sudah Payung Manfaat Kad Perubatan?

 

Berikut ada 4 perkara penting kenapa kini ramai memilih untuk memiliki kad perubatan sendiri:

 

1. Manfaat tidak mencukupi

 

Lazimnya majikan akan menyediakan manfaat perubatan mengikut jawatan. Jika kita jawatan non executive sudah tentu manfaat kita lebih rendah daripada executive. Lagi tinggi jawatan lagi tinggilah manfaatnya, takkan level manager atau boss dapat bilik kongsi 4 orang pula kan?

 

Malahan ada juga company hanya menyediakan perlindungan kemalangan sahaja dan tidak bagi kad perubatan. Tidak semua majikan mampu berikan kad perubatan kerana kosnya mahal berbanding perlindungan kemalangan sahaja. Sudah jadi “wajib” bagi anda untuk dapatkan perlindungan peribadi.

 

2. Tidak selamanya

 

Orang kata rumah sendiri lebih baik daripada rumah sewa. Begitu juga manfaat perubatan daripada majikan. Majikan boleh tarik bila-bila masa sahaja manfaat yang diberikan. Jika syarikat untung tak apa lah. Kalau sentiasa rugi, maka sikit demi sedikit manfaat pekerja dikurangkan. Akhirnya tiada langsung.

 

Malah kita bukan selamanya kerja di tempat sama. Jika bertukar tempat kerja, Kita tidak boleh bawa manfaat syarikat sekarang ke syarikat baru. Dan manfaat kita terhenti bila kita dah pencen.

 

Setidaknya jika kita ada kad perubatan peribadi, kita sudah tahu itu adalah hak kita. Tiada siapa yang boleh menarik balik manfaat kecuali diri sendiri.

 

3. Masih sihat

 

Kebiasaannya orang akan ada kesedaran untuk ambil takaful peribadi walaupun sudah ada company coverage bila dia dah sakit. Dan masa itu barulah ada kesedaran kerana selama ini tak pernah ditimpa ujian kesihatan seteruk ini. Namun nasi sudah menjadi bubur, ramai juga yang gagal dapatkan takaful kerana sudah sakit.

Saya selalu berpesan, ketika muda dan sihat ini buatlah takaful peribadi kerana sekali kita dah di masukkan wad, hampir mustahil untuk syarikat takaful luluskan permohonan anda walaupun anda mampu bayar RM1,000 sebulan.

 

4. Sumbangan bulanan tak masuk akal

 

Kira-kira 70% daripada pesara mampu menggunakan simpanan selama 10 tahun sahaja dan RM500juta di keluarkan dari Simpanan KWSP adalah kerana kos rawatan hospital.

 

Ramai orang amat menyesal tidak menyediakan takaful peribadi ketika muda kerana masih sihat dan murah. Tahukah anda, sewaktu usia 50-60, sumbangan bulanan takaful anda boleh mencecah sebanyak RM600 sebulan ? Ketika pencen dan tiada income mampukah kita bayar sebanyak itu?

 

Lebih merisaukan lagi apabila seusia pencen ini banyak permohonan tidak lepas kerana sudah mula berpenyakit. Terutamanya sakit tiga serangkai(darah tinggi, kencing manis, dan jantung)

 

Saya selalu tekankan hati-hati dengan gula gula syarikat, sediakan back up Takaful supaya di kemudian hari anda tak maki hamun syarikat yang kau bekerja tu dengan tuduhan “tak adil” atau “tak ada peri kemanusiaan” atau macam-macam lagi.

 

Hanya 15% Rakyat Malaysia Ada Takaful

 

 

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh RAM Rating Services Bhd pada Mac 2017, hanya 15% sahaja daripada rakyat Malaysia yang menyertai pelan perlindungan Takaful. Kadar ini adalah terlalu rendah jika dibandingkan 32 juta rakyat malaysia.

 

Jangan bertangguh…

 

Rancang kewangan anda dari sekarang. Carilah mana-mana ejen takaful untuk penerangan tentang pelan yang sesuai dengan anda. Boleh hubungi saya jika mahukan maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *