SmartSaver300 – Menambah Nilai pada Kad Perubatan Anda

Jika anda perasan, di setiap pilihan kad perubatan PruBSN HealthEnrich+ ada saya nyatakan tentang SmartSaver300. Tapi saya langsung tidak menerangkan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan smart saver ni. Disebabkan ramai orang yang bertanya, jadi terpaksalah saya buat satu artikel berkenaannya.

 

Mengikut istilah ‘smart saver’ adalah bermaksud ‘penjimatan bijak’. Itu kalau di ‘translate’ secara teruslah kan. Pada zaman sekarang ini semua orang akan bercakap tentang penjimatan. Kalau boleh semua nak jimat tapi dapat lebih manfaat. Jadi itu lah yang sebenarnya PruBSN Takaful nak bagi pada anda.

 

Apakah yang dimaksudkan dengan SmartSaver300?

 

smartsaver300

 

Sudah pasti anda rasa teruja untuk tahu SmartSaver300 tu apa kan? Baca nama sahaja pun dah rasa teruja. Macam alat penjimat pertol pun ya juga. Tapi yang pastinya ianya berkaitan dengan pelan takaful dan kad perubatan anda.

 

Seperti yang anda lihat pada laman PruBSN HealthEnrich+, kad perubatan ini dilancarkan pada April 2016 sebagai produk terbaru menggantikan yang sebelum ini iaitu PruBSN Health Enrich. SmartSaver300 adalah salah satu daripada pembaharuan yang diperkenalkan.

 

Memang menjadi motto kepada PruBSN untuk menjadi peneraju syarikat takaful. Jadi produk yang dilancarkan adalah sesuatu yang belum pernah ada dalam produk lain. Sudah pasti ianya menjadikan kad perubatan ini lebih ‘advanced’ daripada yang lain.

 

Ciri-ciri istimewa pada SmartSaver300.

 

Kad perubatan sebelum ini menawarkan pilihan ‘full coverage’ dan ‘co-takaful’. Manakala PruBSN HealthEnrich+ pula memberikan pilihan ‘ful coverage’ dan ‘smartsaver300’. Untuk pilihan full coverage masih sama. Yang berbeza adalah co-takaful dengan smartsaver300.

 

Konsep co-takaful adalah sekiranya dimasukkan ke hospital, 10% daripada jumlah bil akan ditanggung sendiri oleh pemegang kad perubatan. Tertakluk kepada jumlah bil pada setiap kemasukkan ke hospital. Manakala bagi Smart Saver 300 pula, anda hanya perlu membayar RM 300 sahaja. Tidak kiralah berapa jumlah bil anda, bayaran tetap RM 300 dan selebihnya dibayar menggunakan manfaat kad perubatan.

 

SmartSaver300 vs Full Coverage

 

Selepas membaca penerangan diatas, sudah pasti anda berfikir untuk mengambil perlindungan penuh (full coverage). Memang itu adalah pilihan yang terbaik. Macam orang putih cakap pilihan yang ‘peace of mind’. Masuk hospital dan tak payah fikir nak bayar.

 

Tapi anda harus ingat. Sekiranya anda memilih pilihan perlindungan penuh, jumlah sumbangan bulanan akan menjadi lebih tinggi. Secara jujurnya, ingin saya bertanya pada anda. Berapa kali kah anda dimasukkan ke hospital setiap tahun? Kebanyakkan orang kurang dari 2 kali setahun. Ada juga yang belum pernah dimasukkan ke hospital langsung.

 

Jadi untuk apa anda bayar lebih untuk sesuatu yang tidak anda gunakan? Sedangkan ada pilihan lain yang dapat menjimatkan serta mengurangkan jumlah sumbangan bulanan anda. Masih tak jelas tentang apa yang saya cuba sampaikan? Lihat gambar dibawah. Ini adalah contoh ilustrasi bagi kedua-dua pilihan.

 

SmartSaver300
SmartSaver300

 

Jika dilihat pada gambar diatas, jumlah yang dibayar oleh Fairuz selepas 5 tahun adalah sebanyak RM 15,000 manakala Daniel pula RM 12,300. Jadi siapa lebih untung dan jimat? Daniel atau Fairuz? Sudah tentu Daniel mendapat lebih nilai dengan apa yang beliau bayar.

 

Adakah anda inginkan penjimatan seperti yang dilakukan oleh Daniel dalam contoh diatas? Saya yakin dan percaya, semua orang pun nak jimat. Didalam contoh itu saya mengambil 5 tahun sebagai ukuran.

 

Bagaimana jika 10 tahun? Dah tentulah berganda penjimatan tersebut. Hubungi saya jika anda teruja bagi mendapatkan kad perubatan PruBSN HealthEnrich+ berserta dengan pilihan SmartSaver300. Saya akan memberi konsultasi yang terbaik untuk anda.

2 Responses

  1. Izwan

    Adakah daily surgey perlu bayar smartsaver300 (deposit 300 itu)?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *