Salah Anggap Tentang Takaful Dalam Masyarakat

Sepanjang saya jadi ejen takaful sejak 2013, terdapat banyak salah anggap tentang takaful di dalam masyarakat kita. Masyarakat masih memandang negatif terhadap takaful, salah anggap inilah yang menyebabkan jumlah pemilik polisi di Malaysia masih berada pada tahap yang minima.

 

Sehingga hari ini hanya sekitar 13% daripada 30 juta rakyat Malaysia sahaja kewangan yang telah dilindungi. Angka ini sangat rendah dan merisaukan. Ini menunjukkan masyarakat Malaysia tidak membuat perancangan kewangan.

 

Kebiasaannya salah anggap tentang takaful ini disebabkan oleh pengaruh daripada orang di sekeliling mereka. Kononnya mengatakan takaful ini adalah penipu dan tiada kepentingan. Malahan ada juga yang mengatakan bahawa rugi apabila ambil takaful.

 

Saya tak salahkan mereka. Mungkin mereka masih belum ada kesedaran tentang kepentingan takaful. Ataupun mungkin juga mereka masih belum faham konsep takaful itu sendiri. Tapi mereka telah membuat kesimpulan awal tanpa mengambil inisiatif untuk tahu.

 

Rasanya belum ada lagi ejen takaful yang caj sesi konsultasi tentang takaful. Semuanya percuma. Kerja mereka bagaikan menyampaikan dakwah kepentingan takaful kepada orang ramai. Cuma samaada anda nak atau tak nak dengar sahaja. Tak salah untuk tahu sebab ejen adalah pemudahcara, cuma anda yang perlu buat keputusan.

 

Top 7 – Salah Anggap Tentang Takaful Dalam Masyarakat

 

salah anggap tentang takaful

 

Pada perkongsian kali ini saya akan share berkenaan salah anggap tentang takaful yang selalu ada pada masyarakat kita. Di sini saya kongsikan TOP 7 salah tanggapan masyarakat terhadap takaful yang biasa kita jumpa. Boleh kata mereka gunakan alasan ini untuk menolak para ejen takaful.

 

Salah Anggap #1 : Saya Dah Ada Insurans Dari Company, So Tak Payah Takaful…

 

Ini adalah jawapan paling popular salah anggap tentang takaful dengan perancangan kewangan. Bila ejen approach atau bertanya dah ada perlindungan takaful atau tidak, ini lah jawapan nya. Syarikat tempat bekerja dah sediakan medical card dan perlindungan insurans untuk diri. Ada juga yang cover sekali satu family.

 

Soalan kedua yang saya suka tanya adalah, apa yang dilindungi? Tak tahu nak jawab. Anggapan saya kalau tak boleh nak jawab tu maknanya ada dua kemungkinan sahaja. Sama ada tak pernah ambil tahu ataupun sebenarnya tak ada pun company cover.

 

Memang benar, kebanyakkan majikan memang ada menyediakan perlindungan insurans/takaful untuk perkerja mereka. Ia adalah salah satu kebajikan pekerja.

 

Bila anda mengharapkan insurans company, anda perlu pertimbangkan beberapa perkara,

 

• Berapa besar limit company?
• Jika anda pindah company, adakah anda masih dilindungi?
• Sekiranya diberhentikan disebabkan sakit kritikal, adakah company masih berikan perlindungan?
• Company masih melindungi selepas pencen?
• Adakah company janji akan kekalkan insurans pekerja walaupun ekonomi teruk?
• Benarkah company akan terus membayar gaji sekiranya ditakdirkan tidak mampu brkerja akibat sakit kritikal atau lumpuh sepenuhnya?
• Adakah keluarga kita masih terima gaji daripada company kita sekiranya kita sudah meninggal dunia ?

 

Jika YA, adakah tidak logik untuk anda ambil takaful.

 

Jika TIDAK, cepat-cepat buat perancangan kewangan dengan ejen yang profesional. Sudah jadi wajib untuk anda sediakan perlindungan supaya ekonomi dan kualiti hidup keluarga kita tidak begitu terjejas walaupun di timpa sakit berat.

 

Salah Anggap #2 : Rugi Bayar Bulan-bulan Tapi Tak Guna Pun…

 

Mindset kebanyakkan orang adalah bayar sesuatu untuk guna. Ya memang tak di nafikan bahawa semua benda fizikal yang dibayar mesti la untuk guna. Tapi bila sebut pasal takaful, orang akan cakap yang ianya suatu pembaziran kerana bayar bulan-bulan, tapi tak guna pun.

 

Tahukah anda bahawa takaful adalah benda yang paling mahal kerana anda beli tetapi tidak mahu atau sanggup gunakannya.

 

Oleh itu, disebabkan bayar tapi tak guna, datang pula minda negatif menganggap takaful adalah pembaziran. Daripada bayar takaful, baik buat simpanan ataupun perlaburan ?

 

Tapi macam mana kalau korang tiada takaful ? Pernah tak kita lihat di surat khabar atau online kos rawatan hospital kini menjadi berpuluh ribu ? Katakanlah hospital Kerajaan adalah percuma, kenapa masih ada lagi yang meminta derma ?

 

Ditakdirkan tiba-tiba kena masuk hospital. Bil rawatan mencecah puluhan ribu, agak-agak anda sanggup tak gunakan duit simpanan yang penat lelah kumpul 20 atau 30 tahun untuk bayar? Semestinya anda sanggup kerana orang penting nyawa daripada duit. Mana lebih bijak anda bayar bill hospital rm50,000 atau anda buat sumbangan di takaful hanya 5-10% daripada gaji anda untuk miliki perlindungan lebih dari rm 1 juta ?

 

Itu kalau kita ada buat simpanan. Bagaimana pula kalau yang dalam akaun rm5,000 pun belum tentu ada ? Tahukah anda di Malaysia peratusan hutang tertinggi adalah disebabkan membayar kos rawatan hospital ? Malah cukup tak duit yang tadi konon nya boleh buat simpanan dan perlaburan untuk bayar bil hospital tersebut? Itu kalau sekali. Kalau sakit yang berulang kali kena pergi hospital ?

 

Takaful bukanlah suatu pembaziran, ianya suatu perancangan kewangan yang sangat baik dikala kita memerlukan.

 

Salah Anggap #3 : Saya Masih Muda Dan Sihat Lagi…

 

Secara logik akal, memanglah kalau ikut umur masih muda. Risiko untuk menghidap penyakit pun rendah. Macam enjin kereta baru. Biasanya takkan rosak sebab enjin baru jalan. Jadi memang tak perlu la takaful ni kan sebenarnya?

 

Namun hakikatnya, umur tidak menentukan sama ada kita akan sakit atau tidak. Ibarat pepatah cina ,

 

“ Keranda bukan untuk orang tua atau orang muda. Itu keranda untuk orang mati.”

 

Maknanya kematian itu tidak mengikut umur. Ada juga orang muda yang mati awal. Kena betulkan salah anggap tentang takaful yang ini.

 

Kalau kita lihat statistik terkini kanser hanya 15% daripada pesakit kanser adalah daripada warga emas. Selebihnya itu semestinya datang dari golongan muda dan kanak-kanak. Anda kena sedar angka itu sangat menakutkan. Apakah persediakan kewangan kita untuk menangani musibah ini ?

 

Selain dari sakit, peratusan remaja dalam kemalangan maut juga amat tinggi. Kemalangan adalah event yang tidak boleh dijangka yang tak kira tempat dan masa. Boleh jadi sekelip mata.

 

Jadi kalau nak tunggu dah tua atau berumur baru nak ambil takaful, tak jadi masalah. Cuma anda hadapi 2 risiko;

 

• Tahap kesihatan yang membuatkan takaful tidak mahu melindungi anda.
• Makin tidak mampu kerana bayar bulanan 3 atau 4 kali ganda berbanding kalau ambil takaful semasa muda.

 

Kalau dilihat peluang anda untuk memiliki takaful pada waktu tua semakin tipis dan Kebiasaan yang saya jumpa akhirnya mereka memilih untuk tidak dilindungi.

 

Oleh disebabkan itu ramai yang tidak kecukupan duit persaraan KWSP kerana mereka banyak menghabiskan duit persaraan untuk menampung kos rawatan hospital yang mahal kerana beliau sudah tidak lagi dilindungi oleh syarikat perkejaan mereka sebelum ini.

 

 

Salah Anggap #4 : Tak Mampu La….

 

Tahukan anda perlindungan takaful boleh disumbangkan serendah RM 20 ringgit? Anda kena faham kewangan harus dirancang, jika ditanya semua orang hal duit semestinya memang tidak cukup. Jadi apa yang ejen takaful diluar sana lakukan adalah merancang kewangan mengikut budget yang patut anda lakukan.

 

Sebenarnya dengan hanya 5-10% daripada income anda sudah cukup untuk melindungi anda. Janganlah gaji RM1,500 di bantainya sumbang takaful RM250 sebulan. Memang makan pasir dan daun-daun anda dibuatnya. Dan harus diingatkan hidup ini bukan hanya membayar takaful sahaja semata-mata.

 

Anda harus lengkapkan perbelanjaan keluarga dan membayar komitmen bank anda. Jadi apa yang dirisaukan oleh ejen takaful anda apabila anda sudah tiada income untuk menanggung perbelanjaan keluarga dan komitmen bank akibat ujian berat. Keluarga sedih memang sedih namun komitmen bank masih berjalan.

 

Hari ini kita katakan RM 50 pun tidak mampu untuk sumbangkan takaful, namun bagaimana pula kita mahu mampu bayar kos-kos sakit kritikal atau lumpuh sepenuhnya yang berpuluh ribu nilainya? Kenapa orang tidak mampu menyimpan? Kerana gajinya RM 2,000 tapi belanjanya RM 5,000 sebulan.

 

Dengan alasan banyak tanggungan, duit gaji tak cukup, dan bermacam-macam lagi. Memang selalu saya jumpa orang yang cakap macam ni. Tapi saya rasa sangat pelik. Sebab bila saya tanya pakai kereta apa, banyak yang jawab kereta yang mahal-mahal. Harga kereta sahaja sudah menyamai sebuah rumah.

 

Sudah pasti pasti installment kereta tu dah komfem la tinggi. Tapi saya tak mampu berbuat apa-apa. Saya hanya boleh advise. Dimana selalunya nasihat jika ketidakcukupan income, cepat-cepatlah cari kerja partime. Cari income lebih untuk improve kualiti keluarga anda.

 

Salah Anggap #5 : Bukan Dapat Pun Duit Pampasan Tu…

 

Sebelum saya huraikan lebih lanjut mengenai salah anggap tentang takaful ini, anda perlu faham konsep sebenar takaful tersebut.

 

“TAKAFUL ADALAH UNTUK MELINDUNGI”

 

Jadi jika anda ingin membuat duit bukan di takaful. Anda boleh cari instrument lain seperti ASB, Unitrust, PRS dan sebagainya.

 

Ramai yang meletakkan high expectation dengan menyamakan bayaran takaful ni sama macam perlaburan. Bila kita bayar bulan-bulan, suatu masa nanti kita boleh ambil semula duit tersebut dengan jumlah yang lebih banyak daripada kita bayar. Ini adalah salah.

 

Akad Takaful adalah derma/saling membantu…

 

Sekiranya anda mendermakan duit anda, bolehlah anda minta semula? Tahukah anda dengan sumbangan bulanan yang anda buat sebenarnya banyak membantu orang ramai yang memerlukan. Secara tak langsung anda konsisten menderma kepada tabung tuntutan orang ramai.

 

Makin ramai pelanggan sesuatu operator syarikat itu, semakin besar dana yang disediakan untuk anda membuat tuntutan. Saya selalu menekankan yang takaful ini bukanlah suatu perlaburan.

 

Perkara kedua yang selalu orang salah anggap berkenaan takaful adalah mengenai duit pampasan kerana duit pampasan ini hanya akan diberikan sekiranya sesuatu perkara berlaku kepada pemilik polisi.

 

Saya pernah direject oleh seorang lelaki dengan alasan, “ ah kalau aku mati bukan aku yang dapat duit pon.” Kritikal salah anggap tentang takaful kalau dah sampai fikir macam tu.

 

Begitulah besarnya cabaran kami menyebarkan kesedaran berkaitan takaful. Anda kena faham hampir tiada seorang pun didunia ini mampu hidup tanpa hutang. Dan jika kita tiada harta yang mampu ditinggalkan untuk anak isteri kita, janganlah pula meninggalkan hutang-hutang kita pada mereka.

 

Ada juga pula fikirkan buat apa hibah apa isteri? Nanti dia kawin lain. Tahukah anda lazimnya ibu tunggal yang kawin lain terpaksa berkahwin kerana untuk menyara anak-anak anda dan dirinya ? Saya fikir kalau tuan sediakan RM 1 Juta untuk mereka, mustahil isteri nak cari lain.

 

Jika anda mahukan duit pampasan itu boleh sebenarnya dengan syarat kita ditakdirkan sakit kritikal ataupun lumpuh sepenuhnya. cuba bayangkan jika anda sakit kritikal dan memerlukan rawatan susulan yang kerap ke hospital. Agak-agak kalau takde takaful, macam mana nak bayar semua tu?

 

Bila dah sakit, nak pergi kerja pun tak boleh. Macam mana nak ada income. Tambahan pula pernahkah anda dengar isteri lari rumah kerana tidak sanggup lagi menyara suami yang tenat?

 

Salah Anggap #6 : Syarikat Takaful ni Semua Tipu…

 

Tuduhan ini adalah sangat berat. Setiap kali saya dapat rejection ini saya akan tanyakan soalan lanjut seperti tuntutan apakah yang anda tak dapat sampai berikan tuduhan takaful adalah menipu? Jawapannya bukan dia tapi saudara la, kawan la, jiran la, kawan punya kawan punya makcik punya in law la.

 

Tidak pernah saya dengar pun kes tak dapat tuntutan dari pengalaman diri sendiri. Hanya sekadar dengar-dengar tanpa hitam putih pun. Saya tak pasti apa yang sebenarnya difikirkan oleh orang yang menyangka syarikat takaful adalah penipu. Tuduhan tersebut adalah sesuatu yang sangat berat.

 

Tanpa bukti yang kukuh, sa;ah anggap tentang takaful ini boleh diklasifikasikan sebagai fitnah. Hanya kerana claim tak approved terus label syarikat takaful penipu. Malahan yang lebih teruk adalah menghasut orang ramai supaya jangan ambil perlindungan takaful sebab semuanya penipu. Nyata sekali dakwaan ini berunsur fitnah dan selalunya lebih kepada emosi.

 

Tahukah anda takaful membayar tuntutan setahun lebih 50 billion ? lihatlah berapa banyak kes / pesakit yang syarikat takaful telah bantu selesaikan bil hospital mereka. Lebih banyak cerita success story tuntutan berbanding yang tidak berjaya. Jadi jangan hanya lihat bilangan claim yang tak approve. Satu lagi, pernah tak tanya pada penyebar fitnah tersebut, kenapa claim beliau tak approve?

 

Mesti ada sebab kenapa tak approve. Takaful tidak akan semudah itu menolak tuntutan, dan sekiranya anda tidak berpuashati, anda boleh terus membawa kes anda ke mahkamah. Jika tuntutan anda ditolak, pihak takaful akan membuat siasatan terhadap seluruh hospital dan klinik untuk menyemak rekod anda.

 

Sekiranya genuine kes, takaful terus membayar tuntutan anda. Dan sekiranya anda kantoi terdapat rekod sakit di hospital, pihak takaful akan membayar seluruh sumbangan anda sebelum ini tanpa mengambil sesen pun duit anda. Jadi mana datangnya takaful itu menipu?

 

Salah Anggap #7 : Syirik percaya takaful penyelamat segalanya…

 

Salah anggap tentang takaful yang melibatkan agama ini selalu dijadikan modal oleh para-para alimin iaitu mengatakan hampir murtad kalau percaya yang takaful boleh selesaikan masalah. Malah Syirik khofi percaya pada takaful yang jamin masa depan.

 

Bagaimana nak jauhi dari syirik yang sebegini? Tiada siapa yang boleh menjamin masa hadapan. Tetapi Ingat tiada siapa juga boleh beri jaminan hutang anda akan dilunaskan bila anda hilang nafas kelak.

 

Mungkin takaful ini dapat membantu melunaskan hutang-hutang kita. Hutang yang tidak dijelaskan membuatkan kita terhalang daripada masuk ke syurga. Takaful mampu membantu, namun bukan menjamin masa hadapan yang gemilang. Dapat tak?

 

Contohnya:
Kenapa ambil panadol untuk bagi sihat? Adakah anda percaya panadol boleh menyembuhkan penyakit? Syirik menyatakan ubat itu yang menyembuhkan penyakit. Ini kerana yang menyembuhkan penyakit itu adalah Allah SWT. Ubat itu hanya membantu. Boleh faham maksud ini?

 

Pilihan ditangan kita. Setiap orang ada tahap ilmunya. Niat kami, para ejen hanya nak menyedarkan prospek. Cuma mungkin konteks ayat yang mungkin ramai yang salah guna. Yang paling utama matlamat dalam bertakaful ini, sekiranya anda meninggal:

 

1) Waris boleh guna aset kita. Tapi seberapa pantas aset kita dpt dicairkan diamanah raya? Tahukah Akta probet 1959 iaitu jika seseorang itu meninggal harta terus dibekukan dan harta itu akan melalui process faraid.

 

2) Adakah kita sebagai suami menyeru ayat surah al baqarah ayat 240 yg menyatakan jika kita merasakan diri ini hampir pergi, mesti meninggalkan nafkah utk mereka utk setahun lamanya .

 

3) Hibahlah pada yg tersayang. Fast money yg tuan boleh dapat dalam tempoh 1-2 bulan sebelum waris tuan nak cairkan aset di pejabat pusaka kecil mahupun mahkamah civil (jika aset melebihi 2 Juta ) contoh harga rumah sekarang.

 

4) Fi Pengurusan Harta boleh guna duit takaful. Belum tentu waris dah standby duit nak urus harta yang terbeku.

 

5) Kos Pengurusan Jenazah at least RM 2K. Standby je lah.

 

Dan banyak sudut kita boleh fikirkan bersama. Ini saya share serba sedikit. HARTA ITU PENUTUP AMAL kita. Harta boleh jadi dua perkara. Boleh buat family berantakan atau rapat semula. Yang penting, kita urus kan dengan betul.

 

Jangan Biar Salah Anggap Ini Menghantui….

 

Salah anggap tentang takaful menyebabkan ramai yang takut untuk memilikinya. Jadi mohon sebarkan kepada seramai yang mungkin. Agar kesemua salah anggap ini dapat di hindarkan daripada kalangan masyarakat kita di Malaysia ini.

 

Mohon share artikel salah anggap tentang takaful ini sehingga menjadi tular di laman sosial agar tiada lagi salah anggap tentang takaful dikalangan masyarakat kita. Hubungi saya jika anda masih lagi tersalah anggap pada takaful. Insyaallah saya akan terangkan lebih lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *