Risiko Beli Rumah Bersama Suami Isteri Yang Anda Perlu Tahu

posted in: Hibah, Info Takaful, MLTT, Viral | 1

Selalu asyik saya cerita pasal takaful sahaja. Bosan juga kadang-kadang. Sampai kering dah idea nak tulis pasal apa. Jadi pada kali ini saya kongsikan sesuatu yang lain sikit. Tapi masih ada kaitan dengan takaful iaitu risiko beli rumah bersama suami isteri. Apa kaitannya dengan takaful? Teruskan membaca sampai habis untuk ketahuinya.

 

Seperti yang anda sedia maklum, rumah adalah merupakan suatu keperluan asas. Kebiasaannya tanggungjawab untuk menyediakan tempat tinggal adalah terletak di bahu suami. Namun jika kita lihat hari ini, harga rumah melambung terlalu tinggi. Ini menyebabkan pasangan berkongsi untuk membayar pinjaman rumah.

 

Risiko Beli Rumah Bersama Suami Isteri

Tak ada salahnya untuk pasangan suami isteri untuk berkongsi dalam pembelian rumah. Akan tetapi, anda harus tahu apakah risiko beli rumah bersama suami isteri terlebih dahulu. Ini kerana ianya akan dapat membantu anda menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku di masa hadapan. Contoh permasalahan adalah seperti pada gambar dibawah:

Sekiranya perkara seperti di atas terjadi kepada anda, apakah yang anda perlu lakukan? Jika ikut pembahagian faraid, sememangnya ibu bapa kepada suami ada hak untuk menuntut rumah tersebut. Walaupun kita rasa mereka tidak akan berbuat demikian kerana anda masih tinggal disitu. Tapi harus di ingat. Disebabkan harta, manusia boleh berubah sekelip mata.

 

Pembahagian dalam harta pusaka akan menambah kan situasi ini lebih rumit. Jika ibu bapa kepada suami membuat tuntutan, isteri terpaksa membayar bahagian suami untuk mendapat pemilikan penuh terhadap rumah tersebut. Sudahlah suami dah tiada, kena cari duit untuk bayar rumah. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

 

Risiko Beli Rumah Bersama Suami Isteri
Pembahagian Harta Pusaka – Rumah Bersama

 

Apakah Perlu Dilakukan Untuk Elak Perkara Ini Berlaku?

Setiap masalah pasti ada penyelesaianya. Begitu juga dengan permasalahan diatas. Terdapat beberapa langkah untuk anda lakukan bagi mengelak risiko beli rumah suami isteri daripada berlaku. Berikut adalah senarai solusi kepada masalah diatas:

 

a. Hibah Bersyarat

Dengan menggunakan kaedah hibah bersyarat, bahagian suami secara automatik akan menjadi milik isteri. Contoh hibah bersyarat adalah seperti berikut.

1. Suami hibahkan bahagian (50%) kepada isteri

2. Isteri hibahkan bahagian (50%) kepada suami

Jadi sekiranya berlaku sesuatu kepada suami atau isteri, bahagian tersebut akan menjadi milik pasangan yang masih hidup. Cuma hibah bersyarat ini anda perlu lakukan semasa anda hidup. Caranya dengan berjumpa konsultan yang berkaitan. Syaratnya adalah sekiranya suami atau isteri meninggal, maka hutang perlulah dilangsaikan. Ini tiada masalah jika anda ada MLTT/MLTA.

 

b. Harta Sepencarian

Jika nak lakukan harta sepencarian, anda perlulah melakukan proses tersebut di mahkamah syariah. Anda juga memerlukan peguam dimana kos untuk upah peguam ni agak tinggi. Jadi kalau nak buat proses ni kena keluarkan kos. Selain dari itu, anda perlu kemukakan bukti pembayaran atau sumbangan terhadap komitmen rumah. Pada saya ianya amat rumit untuk kemukan semua itu. Biasanya akan jadi lebih kritikal dalam kes penceraian.

 

c. Tukar Nama Kepada Suami / Isteri / Anak

Anda boleh lakukan penukaran nama ini di pejabat tanah yang berdekatan. Hanya perlu isi borang yang disediakan. Nampak mudah tapi kalau berlaku penceraian atau penyelewengan, ianya menjadi lebih teruk. Sebab nama sudah ditukar. Secara atas kertas, anda sudah tiada hak lagi ke atas rumah tersebut.

 

Antara ketiga-tiga kaedah diatas, yang manakah menjadi pilihan anda? Secara jujurnya, opsyen (a) adalah yang terbaik. Memang rumit jika perkara ini melibatkan harta pusaka. Jadi sebelum ianya menjadi harta pusaka, lakukan persediaan awal dengan hibahkan harta anda bagi mengelakkan waris anda merempat tiada tempat tinggal.

 

Setakat itu dahulu perkongsian saya berkenaan risiko beli rumah bersama suami isteri. Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat serta peringatan kepada semua. Jika anda ada sebarang komen atau pertanyaan, sila tinggalkan pada ruangan dibawah atau hubungi saya untuk maklumat lanjut.

 

Kredit : Fatihin Abshar

  1. Noor hidayah john

    Salam sejahtera..NAK bertanya..hibah bersyarat ni NAK kena Minta dengan peguam ke stay mereka memang akan siap sediakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *