Rider Tambahan – Menjadikan Pelan Anda Lengkap Dengan Perlindungan Ekstra

Rider Tambahan – Menjadikan Pelan Anda Lengkap Dengan Perlindungan Ekstra

Jika anda perasan setiap produk PruBSN Takaful yang saya kongsikan dalam laman ini mesti ada bercakap mengenai rider tambahan. Namun saya tak ceritakan ‘detail’ tentangnya pun. Oleh itu, pada perkongsian kali ini saya akan dedahkan tentang kelebihan rider tambahan kepada anda kerana anda sememangnya akan terkejut dengan kelebihan yang bakal anda perolehi jika anda memilikinya.

Analogi Pelan Takaful

Anda bayangkan pelan takaful ini macam ‘nasi lemak’. Secara asasnya nasi lemak punya package adalah nasi, timun, ikan bilis, kacang dan sambal. Namun kini nasi lemak telah berevolusi menjadi lebih ‘urban’. Macam-macam lauk ada. Tapi harus diingat, kalau tambah lauk lain, harganya pun jadi berbeza-beza.

Begitu juga dengan pelan takaful. Anda boleh menambah perlindungan ekstra bagi memenuhi keperluan anda. Selain itu, anda juga perlu menimbang tara bajet yang diperuntukkan bagi pelindungan tersebut.  Anda tak perlu risau. Jika anda memerlukan khidmat konsultasi, saya sedia membantu.

Apa itu Rider Tambahan?

Seperti yang saya katakan diatas, rider ini adalah satu bentuk perlindungan tambahan. Kebiasaannya sesuatu pelan hanya menawarkan perlindungan asas. Jadi dengan menambah rider, ianya akan menjadikan suatu pelan takaful memberikan perlindungan yang lengkap.

Dengan seleksi rider yang tertentu serta perlindungan yang berbeza mengikut kesesuaian anda menjadikan pelan takaful PruBSN adalah fleksibel. Anda boleh memilih untuk mengambil perlindungan asas dan disertai dengan rider yang anda rasakan perlu.

Kenapa perlu Rider Tambahan?

Jika anda nak beli nasi lemak, adakah anda hanya akan membeli nasi lemak biasa sahaja atau ada tambahan lauk lain? Jawapannya mudah. Tepuk dada, tanya selera. Ikut sahaja apa yang anda rasa nak beli pada masa tu. Lagi banyak pilihan, lagi rambang mata la jawabnya.
Rider tambahan ni kira macam lauk yang saya nyatakan dalam contoh diatas. Anda boleh tambah rider mengikut keperluan anda. Jika anda inginkan perlindungan yang lebih mantap, kena lah tambah rider. Setiap rider menawarkan perlindungan atau manfaat tersendiri.

Senarai Rider Tambahan

Setiap rider akan memberikan satu perlindungan dan ianya berbeza dengan rider yang lain. Dengan kata lain, ianya adalah ‘unik’. Untuk memudahkan anda faham, saya pecahkan kepada beberapa kategori.
Senarai Rider Tambahan
Senarai Rider Tambahan
Jika dilihat pada senarai diatas, memang banyak rider tambahan yang ada untuk pilihan anda. Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai setiap rider yang ada dalam senarai diatas, sila ke laman rider tambahan. Namun cara yang lebih mudah dan cepat adalah dengan hubungi saya. Saya boleh menerangkan pada anda serta mencadangkan rider yang mana sesuai untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *