Rebut Harta Pusaka Sampai Terburai Usus

posted in: Hibah, Info Takaful | 0

Ngeri rasanya bila baca tajuk artikel kali ni. Rasa macam tak lalu nak makan kalau bayangkan. Semua ni terjadi hanya sebab rebut harta pusaka. Sampai bertikam-tikam. Macam-macam boleh jadi. Hanya sebab duit dan harta.

 

Baru-baru ini, saya terbaca di harian metro pasal cerita ni. Ianya berlaku di Langkawi dan melibatkan dua orang lelaki mempunyai hubungan adik beradik. Bermula dengan perbalahan mengenai pembahagian harta pusaka. Berakhir dengan kecederaan yang parah.

 

rebut harta pusaka

 

Nak tahu cerita penuh? Boleh baca dekat bawah ni:

 

‘Sampai terburai usus..’

 

HANYA kerana berbalah mengenai harta pusaka, seorang lelaki tergamak menikam abangnya di perut hingga terburai di Kampung Perana, di Langkawi, Rabu lalu.

 

Bagaimanapun, mangsa kini stabil selepas dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan. Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, sebaik menerima laporan, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian.

 

Beliau berkata, suspek berusia 40-an kemudian ditahan pada 11.55 malam.

 

“Polis turut merampas parang panjang yang dipercayai digunakan untuk suspek untuk menikam mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

 

Beliau berkata, berdasarkan siasatan, mangsa mengalami luka di perut sepanjang 25 sentimeter akibat tikaman itu hingga menyebabkan ususnya terkeluar.

 

“Mangsa juga turut mengalami luka di pergelangan tangan dalam kejadian itu dipercayai cuba menepis tikaman yang dilakukan adiknya,” katanya.

 

Menurutnya, kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara dua beradik terbabit berkaitan harta pusaka.

 

“Suspek kini ditahan reman selama empat hari yang berakhir Ahad ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

Cara Elak Rebut Harta Pusaka

 

Sebelum ini, saya juga pernah berkongsi mengenai beberapa kisah rebut harta pusaka. Malahan ada yang sampai berbunuhan. Disebabkan harta dan duit, manusia boleh hilang pertimbangan sekelip mata. Keluarga sendiri pun sanggup bunuh. Demi mencapai apa yang dikehendaki.

 

Anda tahu tak, sebenarnya perkara ini boleh dielakkan. Jika sediakan hibah terlebih dahulu sebelum berlaku sesuatu yang tak dijangka pada diri kita. Rasanya keadaan seperti berita di atas mungkin tidak akan berlaku.

Ini kerana hibah:

a. Dibuat semasa masih lagi hidup.
b. Perlu persetujuan semua penama.
c. Boleh dibahagikan sama ada harta atau duit simpanan.
d. Akan dilaksanakan selepas kematian berlaku.

 

Alangkah sedih jika ibu bapa mereka tahu akan kejadian seperti ini. Berebut sesame adik beradik yang suatu masa dulu mesra bersama. Jadi ambillah langkah segera dengan lakukan hibah. Jika payah nak buat dengan harta dan duit simpanan, ada cara yang lebih mudah untuk buat hibah.

 

Yakni dengan menggunakan platform takaful. Dengan menghibahkan sejumlah wang pampasan kepada penama atau waris sekiranya berlaku perkara yang diluar jangkaan terhadap diri anda. Cara ini dapat mengelakkan perebutan berlaku. Sebab dah tulis siap-siap siapa dan berapa dapat.

 

Jadi kita boleh memilih option yang mana satu. Sebaiknya kita buat lah hibah. Agar selepas ketiadaan anda nanti, ada lah sesuatu yang di tinggalkan kepada waris untuk di manfaatkan. Ada yang berminat nak buat hibah dengan takaful? Hubungi saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *