Rawatan Denggi di Sunway Medical Centre

Rawatan Demam Denggi di Sunway Medical Centre

Pada kali ini saya ingin kongsikan pengalaman isteri saya sendiri menerima rawatan demam denggi di Sunway Medical Centre.

Hari ini masuk hari ke 3 demam panas. Semalam memang dah nak hantar dah pergi klinik terdekat, so dari event Prudential Quantum Leap laju-laju saya balik rumah nak hantar ke klinik. Tapi bila dia dah pekena panadol 2 biji demam pun kebah. So tak jadi la pergi klinik dan aku sambung balik semula pergi event Prudential Quantum Leap Dinner.

Keesokkan harinya saya dikejutkan bila tangan isteri saya terkena lengan saya. Panas betul! Saya terus bersiap dan hantar ke klinik. Pada mulanya hanya suspek denggi sahaja. So doktor suggest untuk buat test. So doktor buat rapid test sebab ianya hanya ambil masa 10 minit sahaja untuk tahu result. Sekiranya nak buat blood test kemungkinan besar kena tunggu 4 jam untuk result. So saya tak mahu buang masa dan setuju untuk buat rapid test.

Rapid test ini di buat untuk 3 jenis dan 1 daripada test tersebut yang paling peka pada denggi adalah positif. Oleh itu, doktor terus nasihatkan kami pergi ke hospital terdekat untuk terima rawatan lanjut. Doktor menyediakan Refer Letter kepada kami untuk memudahkan urusan kemasukkan wad.

Kemudian kami membuat keputusan terus ke Sunway Medical Centre. Kenapa Sunway? Saya memilih untuk refer ke Sunway kerana hospital itu besar dan kemudahan Medikal Kad Premier ada di situ.

Kami terus ke emergency berjumpa doktor. Sewaktu di emergency demam isteri setinggi 40 degree. Dia punya panas ya rabbi… muka merah2. Memang mencemaskan waktu itu. Tanpa berlengah lagi doktor terus memberi rawatan sebelum masuk ke wad.

Di Sunway Medical Centre, kami hanya memberikan Kad Pengenalan dengan Medikal Kad sahaja untuk process GL.

Isteri saya di berikan bilik VIP semalam RM700 kerana beliau entitle untuk bilik RM1000. Saya amat syukur diberikan keselesaan bilik yang sebegitu kerana sedikit sebanyak dapat menjaga aurat isteri saya sewaktu sakit. Malah kami juga ada personal toilet yang selesa.

Kenapa toilet sangat penting?

Setakat hari ini, tiada lagi ubat yang khusus yang mampu merawat demam denggi. Oleh itu yang mampu menyembuhkan denggi ini hanya banyakkan minum air sahaja. Maka bila air banyak masuk, kita akan banyak kali ke tandas. Saya tak mampu nak bayangkan jika kami memiliki bilik berkongsi tandas. Malah untuk demam denggi, pihak hospital menyediakan takungan urine untuk menyukat berapa liter urine kita. Saya juga baru tahu hal ini kerana saya juga susah nak menggunakan tandas kerana ada takungan tersebut.

Peneman juga dapat makan

Bermula dari masuk wad sampailah ke keluar wad saya yang meneman dapat juga makanan. Hospital sediakan makan 4 kali sehari. Yang syoknya makanan tersebut boleh dipilih dan berlainan menu setiap hari. Apa lagi… bedal la..

Parking Valet.

Saya juga memilih Sunway Medical Centre kerana saya disediakan parking valet secara percuma oleh PruBSN Takaful kerana menyumbang pada medikal kad HE Premier. Berapa kali saya keluar atau parking pun masih tidak dikenakan bayaran.

Ada ruang tamu dan tv personal.

Sejujurnya duduk di hospital amat membosankan. Namun kami sangat seronok apabila menerima kunjungan daripada keluarga dan sahabat kerana ada ruang tamu yang luas dan selesa untuk mereka berbual dan rehat2. Tv juga disediakan yang boleh cucuk USB membolehkan kaki marathon movie selama di hospital. Rupanya dah lama betul kami tak duduk bersama melayan tv😂.

Doktor melawat 2 kali sehari.

Disebabkan platlet isteri saya tidak bawah daripada 200. Maka hospital hanya mengambil sample darah pada waktu pagi sahaja sekali. Kemudian pada Jam 10 pagi doktor akan melawat dan memberitahu result darah. Platlet walaupun menurun tapi masih belum melepasi 200. Alhamdulillah.. cuma demam masih tak turun-turun lagi. Konsisten 37-39 degree.

Discharge.

Alhamdulillah pada sabtu pagi iaitu hari ke 5 kami mendapat berita baik platlet sudah meningkat dan demam sudah tiada. Maka doktor terus memberitahu kami boleh balik. Syukur..

Selama 4 malam total bill = RM 7,823.14
Tapi kami hanya bayar = RM 70.00 SAHAJA

Kalau dilihat kemudahan dan keselesaan yang kami dapat amat berbaloi dengan hanya membayar RM70 SAHAJA. Selepas selesai bill, kami terus ke farmasi untuk mengambil ubat yang juga dibayar oleh PruBSN Takaful dan kami pulang dengan tenang. Jika anda inginkan previllage yang sama seperti ini, hubungi saya. Insyaallah saya akan bantu anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *