Prudential Life Club 2016 – Recognition of Outstanding Achievement

posted in: Reward | 4

Prudential Life Club 2016

Sejak oktober 2016, saya menjalani usaha gigih mengadakan kempen hibah secara konsisten. Alhamdulillah, hasilnya saya telah diberi Pengiktirafan sebagai qualifier Prudential Life Club 2016. Ini semua tercapai dengan membantu orang ramai memiliki hibah yang berjumlah lebih daripada RM 100,000 setiap orang.

Prudential Life Club 2016
Prudential Life Club 2016 – Qualification & Recognition of Outstanding Achievement

 

Sehingga hari ini, saya masih giat menjalankan kempen hibah. Antara pendekatan yang saya gunakan adalah dengan memberi kesedaran betapa pentingnya hibah dalam sebuah keluarga. Ini kerana pengurusan harta sewaktu ketiadaan kita adalah amat penting agar keluarga tidak merempat dan mendapat hak yang sepatutnya.

Saya berasa sangat teruja dengan PruBSN Takaful bila mengeluarkan produk yang sangat baik iaitu PruBSN Warisan, specially design for Hibah. Dengan bayaran bulanan yang murah dan menyediakan cash value yang agak tinggi membuatkan klien memilih PruBSN Warisan. Disebabkan cash value yang ditawarkan amat luar biasa membuatkan klien rasa berbaloi dan ini akan memberi suatu kelebihan iaitu win-win situation sekiranya mereka diizinkan umur yang panjang.

Saya berharap anda semua dapat mendoakan saya agar dapat membantu lebih ramai lagi bagi memiliki hibah RM 1 juta pada tahun ini. Ia juga bertujuan supaya dapat menaikkan taraf hidup keluarga para pelanggan saya.

Mungkin kini anda tak ada RM 1 juta semasa hidup. Akan tetapi jangan pula wariskan hutang yang beratus ribu pada waris. Secara tak langsung, waris anda juga sampai tak mampu nak menanggung kesemuanya..

Terima kasih yang tak terhingga pada semua klien saya yang telah memberi kepercayaan kepada saya. Tidak lupa juga kepada introducer saya, Farid Nazmi dan mentor saya dalam takaful ini Hj Hafizul Hamdi. ‘Without them I am just an ordinary agent’. Syukran ya Allah dan terima kasih kepada anda yang membaca. Ada yang rasa teruja tak nak jadi ejen takaful lepas baca post ini? Sekiranya anda berminat, sila ke laman kerjaya ejen takaful untuk maklumat lanjut.

4 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *