Prudential Guangzhou Trip 2017

Pada bulan Ogos 2017, Saya telah berpeluang untuk mengikuti satu lagi bisnes trip bersama dengan Prudential. Ianya adalah Prudential Guangzhou Trip 2017. Trip ini diadakan sempena contest yang dijalankan pada akhir tahun 2016 hingga awal tahun 2017. Trip kali ini dihadiri lebih kurang 250 orang ejen qualifier atau memuatkan 5 buah bas.

 

Prudential Guangzhou Trip 2017

 

Terima kasih saya ucapkan pada isteri, klien, sahabat, keluarga, rakan associates, barisan leader, introducer saya Farid Nazmi, dan AM Hj. Hafizul Hamdi Hassan yang saya lihat sampai nak berangkat ke Guangzhou pun masih bagi sokongan padu pada saya di dalam industri ini. Terima kasih yang teramat!

 

 

Welcome to Guangzhou!

 

Untuk Prudential Guangzhou Trip 2017 kali ini kami diterbangkan seawal 9.00 pagi menaiki MAS Airline. Alhamdulillah, kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Guangzhou Baiyun International Airport sekitar 2.00 tengahari. Kami sepatutnya tiba lebih awal, tetapi disebabkan trafik kawalan udara, flight kami delay hampir 1 jam.

 

Tapi takpelah, yang penting kami selamat sampai. Sempat juga la layan 2 movie sepanjang perjalanan. Setibanya kami di airport, kami dijemput oleh Tourist Guide rasmi Prudential iaitu Holiday Tours untuk naik ke bas dan terus ke lokasi makan tengahari di tengah bandar.

 

 

Saya yakin jika trip dengan Prudential layanan mereka mesti ‘A’ punya. Disebabkan perjalanan yang panjang dan perut kosong, kami terus dihantar ke Restoran Huimin iaitu restoran halal di Guangzhou yang terletak di tengah bandar. Dengan perut yang lapar, memang amat kenalah dengan selera apabila kami di hidangkan dengan dimsum, mee, roti, kambing, dan daging.

 

 

Dikhabarkan restoran yang kami pergi ini adalah paling terkenal dengan dimsum sehinggakan customer dari Hong Kong pun turut datang ke sini. Malah anda juga jangan terperanjat sekiranya yang bukan muslim. Alhamdulillah setelah kenyang dengan santapan tengahari tadi, kami diberikan kunci hotel dan berangkat terus ke Hotel Crowne Plaza untuk check in.

Hotel Crowne Plaza

 

 

Wow, very nice hotel. Kami dipelawa dengan welcoming drinks dan terus masuk ke bilik. Saya rasa kalau pergi sendiri memang takkan book hotel macam ni. Lobby yang sangat cantik, bilik dia punya la luas dan yang paling terbaik sekali tandas dia. Hmm.. boleh tiru idea tandas dia ni buat dekat rumah.

 

 

Kami diberi masa untuk rehat, kemas barang, solat dan siap-siap mandi untuk sesi dinner pula malam ini. Trip Prudential bab makan memang terbaik. Rasanya baru je makan tadi, ni dah kena siap-siap nak pergi makan balik. Malam kami dijamukan di sebuah Restoran Halal di dalam Shopping Complex, Restoran Xinyue.

 

Restoran Xinyue

 

 

 

Menu kali ni lebih kurang macam Arabic style sebab ada Roti nan, makanan spicy skit dan yang terbaik adalah Roasted Mutton Chop. Ini kali pertama rasanya orang ramai makan tak habis kambing. Terlalu banyak sampai ada meja yang tak mampu nak habiskan.

 

 

So sambil menikmati makanan, di meja makan inilah kami bersuai kenal antara ejen lain. Banyak juga saya dapat belajar idea-idea mereka untuk dapatkan sales. Sememangnya mereka sangat licik. Respect them!

 

 

Then after enjoy our dinner, kami semua pulang ke Hotel semula seawal jam 10 malam. Disebabkan rasa agak awal balik Hotel, kami ambil peluang untuk melihat sekitar kawasan dengan berjalan kaki. Tapi sayangnya di Guangzhou, semua kedai akan tutup operasi sewaktu jam 10 malam.

Oleh itu, kami cuma dapat melihat kawasan sekitar dengan semua kedai tertutup sahaja. Akhirnya kami pulang ke hotel untuk tidur dan charge energy untuk aktiviti esok pula iaitu Free and Easy.

 

Day 2

 

Baik! Semalam kita dah puas makan, puas rehat. So iternary hari ini adalah Free and Easy! Memang Prudential saja bagi slot ni untuk ejen-ejen yang mana ada hajat tersendiri nak ke mana-mana di Guangzhou ni bolehlah gunakan masa ini untuk explore more. Nasib baik ada jugak ejen yang pernah datang ke sini. Selain itu ada juga yang buat research tempat-tempat yang patut dilawat oleh pelancong sekitar kawasan sini. So mudahlah perjalanan kami. Its seems like everything in plan.

 

So after breakfast, we all gather at lobby sharp at 10 am. Kali ni kami berenam sepakat untuk travel sekitar Guangzhou dengan menaiki Public Transport. Saya sangat puji dengan Public Transport di sini kerana sangat mudah untuk access kemana-mana tempat yang anda mahu lawati. Selain itu, train mereka juga efficient dan tidak lewat.

 

Alang-alang dah plan untuk jalan kaki dan naik public transport, so kami dah set awal-awal pergerakan kami dengan FitBit 2 hadiah daripada Prudential. Memang bagus company ni asyik bagi hadiah saja kat ejen.

 

Masjid dan Makam Saad bin Abi Waqqas

 

Tempat pertama yang kami hendak sangat tuju adalah Masjid Saad bin Abi Waqqas. Saad bin Abi Waqqas dikenal sebagai penyebar Islam di Cina. Lahir dan besar di kota Makkah dan beliau adalah sahabat nabi yang terawal masuk islam.

 

 

Dikhabarkan Islam pertama kali datang ke China dibawa panglima Islam, Saad bin Abi Waqqas, bersama sahabat lainnya pada tahun 616 M. Catatan tersebut menyebutkan, Saad bin Abi Waqqas dan tiga sahabat lainnya datang ke China dari Abyssinia atau yang sekarang dikenal dengan Etiopia.

 

Saad bin Abi Waqqas kemudian menetap di Guangzhou dan ia mendirikan Masjid Huaisheng yang menjadi salah satu tonggak sejarah Islam paling berharga di China. Masjid ini menjadi masjid tertua yang ada di daratan Cina dan usianya sudah melebihi 1300 tahun. Ianya teletak di jalan Guang Ta Lu.

 

 

Sebagian orang percaya Saad bin Abi Waqqas menghabiskan sisa hidupnya dan meninggal di Guangzhou, China. Sebuah pusara diyakini sebagai makamnya. Oleh itu, Orang yang datang di Guangzhou merasa tidak lengkap jika tidak menjejakkan kaki ke makam Saad. Namun, sebagian lagi menyatakan, Saad meninggal di Baqi’, Madinah, dan dimakamkan dikawasan makam para sahabat.

 

Meskipun tidak diketahui secara pasti di mana Saad bin Abi Waqqas meninggal dan dimakamkan, namun yang pasti ia memiliki peranan penting terhadap perkembangan Islam di China.

 

Lokasi Shopping Di Guangzhou

 

Kami teruskan perjalanan kami menaiki Metro ke kawasan shopping pula, antaranya adalah ;

 

• Shang Xia Jiu
• Onelink City
• Beijing Lu.

 

Kesemua tempat ini adalah tempat shopping yang famous dan murah di Guangzhou. Ada juga tempat shopping lain seperti Baiyun Leather, Haiyin, Zhan Xi Lu dan banyak lagi. Tapi untuk hari ini kami hanya sempat untuk shopping di tiga tempat ini sahaja.

 

 

Shang Xia Jiu

 

 

Onelink Plaza

 

Kebanyakkan tempat shopping yang kami lawatan ini boleh tawar menawar. Walaupun sudah tulis sign “NO BARGAIN” tetapi kalau anda bersungguh dan kena dengan harga mereka pasti jual kepada anda.

 

Di ingatkan anda jangan mudah terpedaya dengan harga mereka. Mereka semestinya letak harga yang sangat tinggi dan melampau. Sebenarnya itu harga pembukaan sahaja, bak kata orang test market. Anda boleh bargain sehingga anda puas hati.

 

Jika tidak kena juga dengan harga yang anda minta, anda jangan terkejut bila mereka panggil anda semula ketika anda sudah keluar kedai. Jadi setuju saja kerana sukar untuk dapat harga tersebut di kedai lain. Kemungkinan anda kena ulang process bargain yang sama pula.

 

 

Baik! Jam dah menunjukkan pukul 5 petang. Kami harus pulang seawal 6 petang kerana malam ada Grand Dinner pula. So pengalaman berjalan kaki pusing Guangzhou amat menarik. Pelbagai ragam kami dapat lihat, dan paling boleh dipuji adalah public transport mereka memang superb. Sukar untuk kami sesat dan kami sampai tepat pada destinasinya.

 

Oriental Night Dinner

 

Oriental Night Dinner – Prudential

 

Pada malam hari Prudential menyediakan grand dinner bertemakan Oriental bagi menghargai qualifier-qualifier yang bertungkus lumus membantu orang awam menyediakan perlindungan takaful dan insurans.

 

 

Ejen-ejen yang hadir memang sporting gila. Hampir semua ejen mengenakan pakaian ala oriental bagi meriahkan lagi majlis. Antara aktiviti malam itu terdapat pertandingan pakaian tercantik lelaki dan perempuan, nyanyian, persembahan kung fu, sambutan hari lahir dan semestinya ada makan-makan.

 

 

Hidangan yang disediakan memang enak. Memang kena dengan kami yang tengah lapar dan banyak habis tenaga berjalan petang tadi. Majlis tamat tepat pada jam 10 malam. Semua ejen bersurai ke bilik masing-masing untuk berehat. So esok iternary yang lebih menarik iaitu jalan-jalan tempat menarik di sekitar Guangzhou!

 

Day 3

 

Hari ini antara iternary yang sangat menarik dalam trip ini iaitu Sightsee Tour;

• Five Ram Statue
• Huancheng Avenue (Photo Stop)
• Guangzhou Museum
• Chimelong Safari, dan
• Chimelong International Circus.

Five Ram Statue

Five Ram Statue

 

Five ram statue atau ada juga panggil Yuexie Park ini adalah tempat yang dikenali sebagai ikon atau ibu kota Guangzhou. Ianya juga merupakan bandar tertua di Guandong satu ketika dahulu. Masyarakat Guangzhou menganggap lima ekor kambing jantan ini sebagai simbol keberuntungan.

 

Huancheng Avenue (Photo Stop)

 

Kami dihentikan di tempat ini untuk mengambil gambar sahaja. Kami boleh melihat menara Canton iaitu bangunan yang menjadi kebanggan rakyat di Guangzhou. Di bahagian satu lagi pula kami boleh melihat menara-menara yang megah dengan stuktur yang unik.

Huangcheng Avenue

 

Guangzhou Museum

 

Seterusnya dari Huangcheng Avenue tu bole terus ke Museum Guangzhou hanya berjalan kaki sahaja. Kami diberikan tiket masuk dan menghabiskan masa di sini selama 2 jam. Jom lihat apa yang ada di dalam.

 

Chimelong Safari

 

 

Hari masih awal lagi untuk berehat, seterusnya jom saya bawakan anda semua merasai suasana Zoo atau Chimelong Safari. Di sini mungkin lebih kurang sama dengan mana-mana zoo yang pernah ada lawati. Tetapi yang specialnya di sini ada Panda.

 

 

Pada mulanya semua ejen harus beratur kerana menunggu giliran menaiki Buggy dan pusing sekeliling kawasan zoo. Sambil menikmati permandangan flora dan fauna. Pihak zoo juga menyediakan tourist guide yang menceritakan keadaan dan menerangkan jenis-jenis haiwan. Tapi malangnya kami tak faham apa pun kerana mereka bertutur bahasa Cina sepenuhnya.

 

Kemudian kami di berhentikan di satu tempat dan dari situ bolehlah kami berkeliaran ke tempat haiwan lain. Namun, kami memilih untuk terus ke ladang Panda kerana seumur hidup belum sekali pun pernah melihat Panda secara langsung. Panda! Mu tunggu aku datang.

 

 

Chimelong International Circus

 

 

Dan lokasi yang terakhir, yang di tunggu-tunggu dan di nanti-nanti adalah CIRCUS! Korang pernah tengok circus? Mungkin ada yang pernah tapi untuk saya dan kebanyakkan ejen ini adalah pertama kali. Tak pernah bayang dan terfikir sekali pun kami berpeluang untuk melihat aksi circus secara langsung.

 

 

Dari awal persembahan sampailah penghujung, mata kami dijamukan dengan aksi stunt dan jenaka. Mereka memang profesional dan terlatih. Saya fikir kalau ada antara mereka yang tersilap sikit mungkin boleh merosakkan keseluruhan persembahan.

 

 

Tak sangka seronok juga menonton circus. Dalam tak sedar persembahan mereka selama 2 jam itu rasa sekejap sangat pula. Ramai penonton mahukan lagi persembahan mereka termasuklah saya. Inilah keseronokannya menjadi ejen Prudential. Tak pernah mengecewakan dan sentiasa memberi pengalaman yang cukup memorable pada setiap trip. Syukur Allah, thank you Prudential.

 

Itulah sedikit sebanyak cerita iternary untuk hari ini. Kelihatan masing-masing pun dah kepenatan. So dalam perjalanan menuju ke hotel, tourist guide kami Mr. Eddie memberikan sedikit taklimat untuk check out esok dan jadual penerbangan. Ejen semua diberitahu untuk kemas barang malam ini dan berkumpul menaiki untuk pulang ke airport seawal 10 pagi.

 

Manakala ejen yang extend seperti saya dan sahabat saya Haris Hassan diberi tiket balik pada malam tersebut. Saya extend selama 4 hari di sini. Walaupun jadual trip hari ini agak padat, kami semua amat berpuashati dan seronok dengan pengalaman baru yang ditempuhi. Memang tidak sia-sia usaha ejen yang bersungguh-sungguh fight untuk layak ke trip ini.

 

Bukan sahaja pengalaman di Guangzhou sahaja kami dapat, malah ilmu dan ukhwah sesama ejen juga semakin akrab dan membuatkan kami mahu grab setiap contest trip yang akan datang.

 

Day 4

 

Bas bertolak dari hotel jam 10 pagi. Dari sini kita boleh lihat kebanyakkan ejen ada extra luggage. Semestinya shopping di Guangzhou amat berbaloi kerana harga yang ditawarkan amat murah dengan kualiti yang sama seperti original. Tetapi itu tidak menjadi kerisauan kami kerana Prudential begitu memahami dengan memberikan setiap ejen boleh memuatkan 30kg luggage.

 

 

Alhamdulillah kami semua selamat sampai jam 7 petang dan masing-masing pulang ke halaman masing-masing.

 

Secara keseluruhannya trip kali ini begitu seronok dan well organise. Dari permulaan sampailah kami mendarat semula di Malaysia segala urusan dipermudahkan. Hotel yang disediakan juga bukan calang-calang hotel. Makanan juga banyak sampai ada yang tak habis. Kami juga lihat Prudential menitik beratkan juga soal makanan halal walaupun di negara orang.

So thank you for reading,
Thank you Prudential, and
Syukur Allah give this great oppurtunity to meet great people at great place.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *