PruBSN Warisan – Pelan Hibah Terbaik untuk Anda

PruBSN Warisan – Pelan Hibah Terbaik untuk Anda

Kalau kita berbicara tentang takaful, hibah sudah pasti menjadi satu topik utama. Secara ringkasnya hibah ini macam wasiat. Duit atau harta akan dibahagikan seperti yang ditetapkan. Namun kini ada cara yang lebih mudah untuk anda buat wasiat dan hibah sekaligus. Iaitu dengan PruBSN Warisan.

Pada tahun 2016, PruBSN Takaful telah melancarkan satu pelan terbaru iaitu PruBSN Warisan. Ia merupakan suatu pelan perlindungan yang berkonsepkan hibah. Dengan pelan ini, anda dapat menghibahkan manfaat daripada perlindungan yang ditawarkan kepada insan yang tersayang. Saya yakin dan pasti, anda juga ada insan yang anda sayangi kan? Jadi kalau anda sayangkan mereka, eloklah ‘hibah’ kan sesuatu untuk mereka.

 

Kenapa perlu hibah dengan PruBSN Warisan?

PruBSN Warisan
Mampukah Mereka Teruskan Hidup Tanpa Anda?

 

Tak lengkap rasanya jika hidup ini tiada matlamat. Setiap orang sudah pasti ada matlamat masing-masing. Salah satu dari matlamat hidup adalah ingin membina keluarga yang bahagia dan memastikan masa depan mereka terjamin. Akan tetapi, perjalanan hidup ini tak semudah yang disangka. Kemungkinan perjalanan terkandas ditengah jalan adalah sangat tinggi.

Sekiranya anda sedar tentang risiko ini, sudah pasti anda akan menjadikan PruBSN Warisan sebagai persediaan. PruBSN Warisan sememangnya direka khusus bagi memenuhi keperluan anda untuk meninggalkan warisan kepada orang yang anda sayangi. Jadi, sekiranya apa-apa berlaku kepada anda, ianya tidak lah menjejaskan kelangsungan hidup mereka.

 

Apa kelebihan yang ada dengan PruBSN Warisan?

Sesuai dengan namanya, PruBSN Warisan menumpukan manfaat kepada waris anda. Maklumlah, sekiranya anda tiada, mereka masih terpaksa meneruskan kehidupan. Dan yang pasti ianya lebih sukar dengan ketiadaan anda. Berikut adalah kelebihan pada PruBSN Warisan:

a. Sara Hidup Keluarga

Perlindungan yang ditawarkan adalah minimum sebanyak RM 250,000. Ianya dalam bentuk pampasan yang diberikan terus kepada waris secara hibah.

b. Hibah

Lakukan penamaan waris anda bagi membolehkan mereka mendapat manfaat diatas. Bagi mereka yang masih belum tahu, sila ke laman hibah untuk maklumat lanjut.

c. Had Tanpa Pemeriksaan Perubatan Yang Tinggi

Kebanyakkan pelan takaful akan meneliti permohonan dengan pemeriksaan perubatan. Tapi dengan PruBSN Warisan, anda boleh mendapatkan perlindungan sebanyak RM 1,500,000 tanpa pemeriksaan perubatan.

*tertakluk kepada umur dan tahap kesihatan orang yang dilindungi

 

Perlindungan yang ditawarkan oleh PruBSN Warisan

Secara jujurnya, pada saya pelan ini memang sangat menarik. Kenapa saya kata macam tu adalah sebab perlindungan yang ditawarkan adalah komprehensif. Jumlah perlindungan yang tinggi dengan bayaran sumbangan bulanan yang rendah. Itu yang saya dapat rumuskan mengenai PruBSN Warisan. Di bawah ini saya kongsikan ‘detail’ mengenai pelan ini.

1. Manfaat Kematian

Jika berlaku kehilangan nyawa, waris anda akan menerima pampasan berdasarkan nilai jumlah perlindungan asas atau nilai unit didalam akaun unit perlindungan & akaun init perlaburan (yang mana lebih tinggi).

2. Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)

Sekiranya anda ditimpa kemalangan yang menyebabkan anda mengalami TPD, anda akan menerima pampasan berdasarkan nilai jumlah perlindungan asas atau nilai unit didalam akaun unit perlindungan & akaun init perlaburan (yang mana lebih tinggi). Nilai maksimum yang tertakluk dalam manfaat ini adalah RM 4,000,000.

3. Tempoh Manfaat Fleksibel

Anda boleh memilih tempoh manfaat perlindungan sehingga umur 70 atau 80 tahun. Namun ia tertakluk kepada tempoh manfaat minimum adalah 10 tahun.

4. Tempoh Sumbangan Fleksibel

Terdapat beberapa pilihan tempoh sumbangan iaitu 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun atau tempoh perlindungan penuh.

5. Had Umur Kemasukkan

Pelan ini terbuka untuk mereka yang berumur 19 tahun sehingga 70 tahun (umur pada tarikh lahir akan datang).

6. Jumlah Perlindungan

Nilai minimum bagi perlindugan yang ditawarkan adalah RM 250,000 dan ke atas.

7. Sumbangan

Jumlah minimum sumbangan adalah RM 100. Nilai sumbangan ini adalah bergantung kepada pilihan anda bagi item 3, 4, 5 dan 6 diatas. Kadar sumbangan juga berbeza atas beberapa faktor. Sila ke laman faktor bayaran takaful bagi maklumat lanjut.

 

Pelbagai kelebihan, manfaat dan perlindungan yang ditawarkan pada PruBSN Warisan. Ini membuatkan pelan ini adalah pelan hibah yang terbaik daripada PruBSN Takaful. Jadi sekiranya anda berminat untuk mendapatkan pelan yang terbaik ini, hubungi saya. Saya akan bantu anda ‘wariskan’ sesuatu kepada insan yang anda sayangi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *