PruBSN UmmahLink – Pelan Takaful & Simpanan Haji

PruBSN UmmahLink – Pelan Takaful & Simpanan Haji

PruBSN UmmahLink adalah suatu pelan yang memberikan anda suatu kelainan berbanding pelan takaful lain yang berada di pasaran. Sekiranya anda sering mencari suatu kelainan dan inginkan lebih nilai bagi wang anda, inilah pelan yang anda cari-cari selama ini. Ini kerana pelan ini memberikan anda lebih daripada sekadar perlindungan takaful.

Perlindungan takaful yang ditawarkan mirip kepada pelan sedia ada iaitu pelan PruBSN Link Series atau lebih dikenali dengan pelan takaful 5 dalam 1. Bagi mereka yang belum tahu apa yang dimaksudkan dengan 5 dalam 1, saya terangkan sedikit mengenainya.

Pelan Takaful 5 dalam 1

Secara ringkasnya adalah pelan ini terdiri daripada 5 komponen perlindungan asas yang ditawarkan. Berikut saya senaraikan komponen tersebut:

a. Manfaat Perlindungan Hayat – Manfaat dalam bentuk pampasan dimana sekiranya berlaku kematian atau cacat kekal pada pemilik polisi. Tuntutan boleh dilakukan dan tertakluk pada terma dan syarat.

b. Manfaat Sakit Kritikal – Perlindungan dalam bentuk pampasan sekiranya pemilik polisi disahkan oleh doktor menghidap penyakit kritikal. Penerangan tentang apakah jenis sakit yang berada dalam senarai boleh dirujuk pada laman Penyakit Kritikal.

c. Manfaat Kemalangan – Manfaat juga dalam bentuk pampasan. Tuntutan boleh dilakukan sekiranya pemilik polisi mengalami cacat kekal atau kematian akibat daripada kemalangan.

d. Manfaat Kad Perubatan – Sekiranya pemegang polisi dimasukkan ke hospital akibat sakit ataupun kemalangan, kos rawatan dibayar menggunakan manfaat kad perubatan.

e. Simpanan – Sebahagian kecil daripada jumlah sumbangan bulanan secara automatik menjadi simpanan bagi pemilik polisi.

*komponen (b), (c) dan (d) adalah pilihan (optional)

Rider Tambahan

Ini adalah penambah perisa bagi memantapkan lagi perlindungan yang ada dalam pelan ini. Secara tidak langsung, ini menjadikan PruBSN UmmahLink adalah yang terbaik. Sila rujuk laman Rider Tambahan bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai rider yang ditawarkan bagi pelan ini.

Keistimewaan lain PruBSN UmmahLink

Kalau teliti semula, nampak macam sama je dengan pelan yang lain. Tak ada yang menarik perhatian pun. Jadi apakah yang sebenarnya menjadikan pelan ini ‘special’?

Setiap pelan dalam PruBSN Takaful mempunyai kelebihan masing-masing. PruBSN UmmahLink juga ada kelebihannya. Pelan ini digelar pelan takaful dan simpanan haji. Ianya menggabungkan pelan takaful biasa dengan simpanan haji. Dengan hanya membayar untuk satu pelan, anda mendapat 2 manfaat yang berbeza.

Berikut adalah senarai kelebihan yang tidak terdapat dalam mana-mana pelan lain:

i. Simpanan Haji

Di atas ada saya nyatakan tentang pelan takaful 5 dalam 1. Salah satu daripada kompenan utama adalah simpanan. Ingin saya tekankan disini, simpanan haji adalah berbeza dengan simpanan pada kompenan utama.

Senang cerita, dua-dua pun anda akan dapat. Bezanya simpanan haji ini akan dimasukkan terus kedalam akaun tabung haji / bank anda setiap 2 tahun sekali. Sebahagian daripada sumbangan bulanan, simpanan haji dikumpul dalam unit akaun tunai (CUA) sebelum dimasukkan ke akaun anda.

ii. Takaful berganda

Setiap jumlah pampasan yang tertakluk pada komponen utama akan menjadi dua kali ganda sekiranya kejadian tersebut berlaku semasa pemegang polisi mengerjakan haji atau umrah.

iii. Badal Haji

Mengerjakan haji adalah rukun islam yang ke 5. Adalah wajib bagi setiap muslim sekiranya berkemampuan untuk mengerjakan haji. Akan tetapi kadang kala, impian kita tak kesampaian.

Sebagai contoh, dah daftar nak pergi haji tahun depan. Tapi tiba-tiba sakit dan tak boleh pergi menunaikan haji. Terdapat cara lain bagi seseorang itu menunaikan haji iaitu dengan badal haji. Ianya bermaksud mengupah pengganti bagi mengerjakan haji untuk anda.

Anda boleh menggunakan wang tuntutan dalam manfaat ini untuk dibayar kepada yang melakukan badal haji. Terdapat pilihan sama ada pengurusan badal haji tersebut dilakukan oleh tabung haji sendiri ataupun diserahkan kepada waris.

iv. Khairat kematian

Di zaman yang serba canggih dan moden ini, semua perkara memerlukan duit. Termasuklah pengurusan jenazah dan kematian. Kebiasaan nya akan terdapat kos bagi mandi, kafan dan pengurusan jenazah sehingga pengebumian selesai. Dengan manfaat khairat kematian ini, semua kos tersebut boleh diselesaikan. Secara tak langsung melancarkan proses pengebumian dan mengurangkan beban waris.

Ternyata pelan PruBSN UmmahLink bukanlah calang-calang. Sememangnya lebih mantap dan komprehensif berbanding pelan yang lain. Masih tak percaya? Anda boleh membandingkan sendiri dengan pelan-pelan yang lain pada laman Produk Takaful. Dan daripada situ anda boleh mula membuat pilihan.

Sekiranya anda telah baca dan bandingkan kesemua pelan yang ada tapi masih terdapat masalah dan tidak faham tentang pelan yang ditawarkan, anda boleh Hubungi Saya bagi mendapatkan khidmat ‘consultation’ percuma. Saya juga ada menawarkan khidmat penyediaan ‘quotation’ percuma. Klik pada laman ‘Quotation Takaful’ dan hantarkan butiran anda kepada saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *