PruBSN TakafulLink – Pelan Takaful 5 dalam 1

PruBSN TakafulLink – Pelan Takaful 5 dalam 1

Pelan yang terakhir dalam senarai PruBSN Link series adalah PruBSN TakafulLink. Pelan ini dikhususkan bagi golongan dewasa. Iaitu bagi mereka yang berumur 26 tahun sehingga 70 tahun. Sememangnya pelan ini direka khas untuk memberi perlindungan khusus bagi golongan dewasa. Maknanya pelan ini adalah suatu pelan yang lebih ‘matang’ berbanding yang lain.

Seperti yang anda tahu, tanggungjawab orang dewasa adalah lebih besar. Sebagai contoh, menjadi penggerak kepada syarikat tempat anda berkhidmat, menjadi ibu bapa kepada anak-anak, mencari duit untuk keluarga dan mungkin juga menjadi pemimpin negara. Cuma menyenaraikan beberapa, golongan dewasa ini menggalas tugas-tugas penting dalam kehidupan.

Dalam masa yang sama, faktor umur juga menjadikan golongan dewasa ini terdedah kepada perlbagai risiko yang lebih besar. Semakin berumur, semakin tinggi risiko menghidap pelbagai penyakit. Begitu juga dengan persekitaran kerja yang mungkin menyebabkan tekanan berlebihan. Ianya juga boleh menjurus kepada pelbagai penyakit.

Apa yang PruBSN TakafulLink tawarkan pada golongan dewasa?

Perlindungan yang diperlukan oleh golongan dewasa ini adalah suatu pelan yang komprehensif kerana mereka ini adalah ‘orang penting’. Cuba anda bayangkan, apa akan terjadi sekiranya anak-anak kehilangan ibu bapa mereka? Sudah pasti sangat sukar bagi meneruskan kehidupan. Dibawah adalah senarai komponen utama dalam pelan PruBSN TakafulLink:

1. Perlindungan Hayat.

Dibawah manfaat ini, setiap pemilik polisi akan diberi perlindungan dalam bentuk wang pampasan. Dimana sekiranya berlaku kematian atau cacat kekal pada pemilik polisi, sejumlah wang akan diberi pada pemilik polisi atau waris.

2. Perlindungan Sakit Kritikal.

Manfaat yang memberi pemilik polisi perlindungan dalam bentuk wang pampasan sekiranya disahkan menghidap salah satu daripada senarai 36 penyakit kritikal. Wang pampasan tersebut akan diberi terus kepada anda atau waris.

3. Perlindungan Kemalangan.

Manfaat ini juga dalam bentuk wang pampasan sekiranya anda terlibat didalam kemalangan. Andai kata anda mati atau cacat kekal kesan daripada kemalangan tersebut, sejumlah wang pampasan akan diberi kepada anda atau waris.

4. Kad Perubatan.

Dibawah manfaat ini, pemilik polisi boleh menggunakan kad perubatan untuk menjalani rawatan di hospital. Dimana bil hospital akan dibayar menggunakan kad perubatan.

5. Simpanan.

Sebahagian daripada sumbangan bulanan anda akan jadi simpanan secara automatik.

*komponen (2), (3) dan (4) adalah pilihan (optional).

Kesemua komponen diatas adalah perlindungan asas yang ditawarkan bagi golongan dewasa. Ianya lebih dikenali dengan pelan takaful 5 dalam 1. Nampak macam sama je dengan perlindungan lain yang ditawarkan dalam PruBSN Link Series. Tapi saya kena cerita sebab komponen asas ini kena ada dalam setiap pelan perlindungan.

Rider Tambahan Khusus

Bagi yang tertanya-tanya tentang kelebihan PruBSN TakafulLink, rider tambahan ini adalah keistimewaan bagi pelan ini. Terdapat banyak rider yang khusus yang ditawarkan hanya pada pemilik polisi pelan takaful ini. Berikut adalah senarai rider yang ditawarkan:

PruBSN TakafulLink
PruBSN TakafulLink

Setiap satu rider yang berada didalam senarai tersebut menawarkan perlindungan yang eksklusif. Dimana ia akan menjadikan pelan takaful anda lebih lengkap dan memberikan perlindungan yang lebih komprehensif. Maklumat lebih lanjut mengenai rider ada pada laman Rider Tambahan.

Sekiranya anda masih lagi kurang faham tentang pelan PruBSN TakafulLink ini, anda boleh Hubungi Saya bagi penerangan yang lebih terperinci. Saya juga ada menawarkan khidmat ‘quotation’ dan ‘consultation’ secara percuma. Layari laman Quotation Takaful bagi mendapatkan pelan maklumat awal tentang pelan takaful impian anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *