PruBSN Takaful

PruBSN Takaful merupakan salah satu daripada syarikat pengeluar produk takaful di Malaysia. Dimana saya adalah salah seorang wakil yang berdaftar dengan syarikat ini. Saya yakin ada yang masih belum tahu tentang syarikat ini. Malahan ada juga yang langsung tak pernah dengar nama PruBSN Takaful. Jadi pada laman ini saya akan menceritakan serba sedikit mengenai syarikat yang saya wakili.

Pada mereka yang belum tahu, syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 2006. PruBSN adalah gabungan nama antara Prudential dan BSN. Prudential merupakan sebuah syarikat insurans yang telah lama bertapak di Malaysia. Manakala BSN pula adalah Bank Simpanan Nasional. Usahasama ini dilakukan untuk mewujudkan satu syarikat yang menawarkan produk yang 100% berasaskan takaful.

Apa yang istimewanya PruBSN Takaful?

Izinkan saya bertanya pada anda, tahukah anda syarikat takaful yang mana merupakan yang pertama diwujudkan di Malaysia? Kalau nak tahu, PruBSN Takaful lah syarikat tersebut. Memang sebelum itu banyak syarikat insurans yang ada. Tapi bagi produk takaful, PruBSN lah yang pertama menawarkan produk seumpama itu.

Bermula dengan kad perubatan takaful serta pelan yang berasaskan pelaburan (investment-linked) yang pertama diperkenalan pada tahun 2006 setelah PruBSN mendapat lesen sebagai Operator Takaful daripada Bank Negara. Kemudiannya PruBSN Takaful berkembang pesat dengan melancarkan pelbagai lagi produk yang menjadikan syarikat ini sentiasa yang pertama.

Kenapa PruBSN Takaful sentiasa menjadi yang pertama?

Sememangnya menjadi visi PruBSN iaitu untuk menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. Jadi produk yang diwujudkan adalah sentiasa berdasarkan keperluan dan memberi lebih nilai kepada orang ramai. Sesuai dengan statusnya sebagai Takaful Operator yang pertama, PruBSN telah menjadi pilihan kepada 751,329 rakyat Malaysia. Di bantu oleh 15,180 orang ejen bertauliah seluruh negara, menguatkan lagi ‘statement’ PruBSN Takaful adalah yang terbaik.

Selain dari rakyat Malaysia, PruBSN Takaful juga telah diiktiraf oleh pelbagai badan takaful di dalam dan diluar negara. Dibawah ini adalah merupakan senarai anugerah yang telah diterima oleh PruBSN:

  1. “The Rising Star Takaful Institution (2011)” – The Asset Magazine
  2. “Best Newcomer Contact Centre (2012)” – CCAM (Malaysia)
  3. “Best Takaful Operator In Asia (2012)” – CPI Financial (Dubai)
  4. “Takaful CEO Of The Year (2013)” – The Asset (Hong Kong)
  5. “Award of Excellence in Training (2013)” – Employer Branding Institute (India)
  6. “Best Takaful Provider (2013)” – International Finance Magazine (UK)
  7. “Most Outstanding Takaful Company (2013)” – KL Islamic Finance Forum
  8. “Best Takaful Operator – Agency Family Takaful Business (2014)” – Malaysian Takaful Association
  9. “Best Takaful Institution (2014)” – The Asset (Hong Kong)
  10. “Best Takaful Operator In Asia (2014)” – CPI Financial (Dubai)
  11. “Best Takaful Provider (2015)” – International Finance Magazine (UK)
  12. “Best Takaful Institution (2015)” – The Asset (Hong Kong)
  13. “Best Takaful Institution (2015)” – Malaysian Takaful Association
  14. “Best Takaful Institution (2016)” – Malaysian Takaful Association

 

Macam mana nak tahu lebih lanjut mengenai PruBSN Takaful?

Bagi yang belum yakin pada PruBSN walaupun setelah apa yang saya ceritakan diatas, anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai PruBSN Takaful dengan pelbagai cara. Anda boleh berkunjung ke cawangan yang berdekatan dan bertanya pada staff PruBSN yang bertugas. Terdapat 9 cawangan utama di seluruh Malaysia termasuk Ibu Pejabat yang berada di Kuala Lumpur.

Anda juga boleh mencari agensi – agensi yang mewakili PruBSN Takaful. Selain itu anda juga boleh bertanyakan pada ejen-ejen yang berdekatan dengan anda. Seperti yang saya nyatakan diatas, saya juga merupakan salah seorang ejen PruBSN Takaful. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, boleh Hubungi Saya untuk maklumat lanjut.

Bagi yang malu nak bertanya atau jumpa para ejen, anda boleh lah melayari laman web rasmi PruBSN Takaful iaitu https://www.prubsn.com.my. Pelbagai maklumat boleh anda perolehi di laman web tersebut.