Syarikat Takaful Terbaik Asia- PruBSN Takaful Terima Anugerah Lagi

Tahniah kepada wakil Syarikat Takaful di Malaysia iaitu PruBSN kerana menerima 6 anugerah. PruBSN sudah tidak asing lagi dalam industri takaful di Malaysia. Kita lihat di tv, dengari di radio dan banyak iklannya di Facebook. Lazimnya kebanyakkan orang dah tau tentangnya sebab performance yang tip-top dan produk perlindungan yang luarbiasa seiring dengan gaya hidup orang Malaysia. Baru-baru ini PruBSN Takaful terima anugerah lagi.

 

Bukan satu, bukan dua. Malahan 6 anugerah sekaligus. Anugerah yang diterima bukan calang-calang. Dari dalam negara & Luar negara. Jadi bukan lah apa yang saya ‘sembang’ dekat atas tadi pasal performance sekadar omong kosong. Sudah terbukti PruBSN Takaful diiktiraf antara operator takaful yang “top”. Boleh baca dekat bawah ni lebih detail tentang PruBSN takaful terima anugerah lagi.

 

prubsn takaful terima anugerah lagi

 

PruBSN Terima Enam Anugerah Industri Takaful

 

Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) menerima enam anugerah industri yang mengiktiraf inovasi produk dan sumbangan syarikat itu kepada industri takaful.

 

NOR AZMAN ZAINAL (CEO PruBSN) menunjukkan sebahagian daripada anugerah yang dimenangi oleh PruBSN di peringkat tempatan dan antarabangsa di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

 

Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Nor Azman Zainal berkata, PruBSN telah dianugerahkan Syarikat Takaful Terbaik di Asia pada majlis Anugerah Takaful Antarabangsa di London baru-baru ini.

 

Menurut beliau, pihaknya turut memenangi anugerah Editor’s Triple Star, Syarikat Insurans Terbaik 2018 dan Institusi Takaful Terbaik pada majlis The Asset’s Triple A Institutional Investor & Insurance Awards di Hong Kong serta Triple A Islamic Finance Awards di Malaysia.

 

“Kunci utama kejayaan ini adalah strategi PruBSN yang memberi fokus kepada pelanggan serta kualiti pelaksanaan dan inovasi terhadap produk. Usaha syarikat dalam memastikan setiap produk dapat diakses dengan mudah oleh pelanggan dilihat sebagai penyumbang kepada penembusan pasaran takaful dan insurans.

 

“Kami berbesar hati kerana usaha kami diiktiraf oleh rakan serta badan industri tempatan dan antarabangsa. Kami kekal komited untuk memperbaharui produk serta perkhidmatan melalui kaedah-kaedah baharu dan menarik bagi meningkatkan pengalaman pelanggan bersama PruBSN,” katanya dalam kenyata­an di sini hari ini.

 

Tambah Nor Azman, PruBSN merupakan antara pengendali takaful pertama di Malaysia yang memulakan transformasi teknologi bagi menyediakan penyelesaian digital kepada para pelanggannya.

 

Jelasnya, antara inisiatif utama yang mendapat perhatian juri adalah kaedah pemprosesan langsung yang mana pengeluaran sijil dan perkhidmatan dijalankan sepenuhnya secara automatik dan membolehkan pelan takaful dikuatkuasakan dalam beberapa minit sahaja.

 

Katanya lagi, syarikat juga memperkenalkan PruBSN touch iaitu platform digital yang membantu pemegang sijil mengakses keperluan perkhidmatan mereka dengan pantas.

 

“Dunia digital telah banyak merubah jangkaan pengguna dan pengendali takaful dan insurans perlu lebih pantas melakukan pembaharuan dalam teknologi. Kami percaya PruBSN berada di landasan yang tepat untuk memenuhi keperluan ini agar para pelanggan dan pihak berkepen­tingan terus memperoleh manfaat daripada perkhidmatan yang disediakan,” ujarnya.

 

On Ke Tak On?

 

Dah baca berita dari Utusan dekat atas ni kan. Prubsn is a trusted takaful brand in Malaysia. Kalau kita nak cari rumah pun mesti nak cari rumah yang kukuh. Supaya kita tinggal takde la roboh kan.

 

Camtu juga orang nak cari kerja. Mesti nak cari pekerjaan dekat syarikat yang kukuh dan stabil. Baru lah kurang risiko dibuang kerja akibat prestasi syarikat yang merudum. Jadi sama lah juga konsep nya kalau nak pilih pelan takaful peribadi.

 

Tak ada alasan untuk anda tak percayakan “track record’ PruBSN Takaful yang telah bertapak Malaysia semenjak 2006 lagi. Selain itu, ia juga merupakan salah satu peneraju dalam industri takaful di Malaysia.

 

Sebelum ni dah banyak award dapat. Kini PruBSN Takaful terima anugerah lagi. So sudah terang lagi bersuluh. Jangan berlengah lagi. Bagi yang belum dapatkan pelan takaful peribadi, anda perlu dapatkan segera. Tak tahu yang mana satu? PruBSN Takaful kan ada. Hubungi saya untuk khidmat konsultasi terbaik dan percuma.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *