PruBSN SmartLink – Pelan Simpanan Pendidikan Untuk Anak Anda

Sebelum saya bercerita lebih lanjut mengenai PruBSN SmartLink, saya ingin bertanya satu soalan kepada anda. Sekiranya anda ada anak, adakah anda akan buka akaun bank untuk mereka? Saya pasti sudah tentu anda akan berbuat demikian. Ibu bapa yang mana tak sayang anak kan. Betul tak? Haiwan pun sayangkan anak, inikan pula manusia. Sudah tentu lah sayang kepada anak mereka.

 

Kebiasaannya akaun tersebut digunakan untuk simpanan masa hadapan bagi anak tersebut. Sebahagian duit anda akan diasingkan ke akaun tersebut. Dengan harapan agar duit tersebut akan dapat digunakan bagi tujuan perbelanjaan anak-anak untuk menyambung pelajaran nanti.

 

Pernah tak anda terfikir jika ada suatu pelan yang memberikan anda lebih daripada sekadar simpanan untuk pendidikan anak anda? Sekiranya itulah yang anda cari selama ini, maka PruBSN SmartLink lah jawapan kepada penantian anda selama ini. Ini kerana PruBSN SmartLink akan memberikan perlindungan takaful dan didalam masa yang sama akan menjadi simpanan bagi tujuan pendidikan anak anda.

 

Apa ada dengan PruBSN SmartLink?

 

Untuk makluman anda, PruBSN SmartLink adalah salah satu pelan yang ada dalam PruBSN Link series. Iaitu suatu pelan yang fleksibel dan memenuhi kriteria anda sebagai pemegang polisi. Seperti yang saya ulas diatas, pelan ini menawarkan perlindungan takaful berserta dengan simpanan pendidikan. Mari kita lihat lebih lanjut tentang pelan ini:

 

a) Manfaat Perlindungan Hayat – Memberikan perlindungan dalam bentuk pampasan sekiranya berlaku kematian atau cacat kekal menyeluruh.

 

b) Manfaat Perlindungan Sakit Kritikal – Manfaat ini juga dalam bentuk pampasan. Pemegang polisi layak membuat tuntutan sekiranya menghidap penyakit kritikal. Sila layari laman Penyakit Kritikal bagi mengetahui jenis penyakit yang tergolong dalam kategori ini.

 

c) Manfaat Perlindungan Kemalangan – Sekiranya berlaku kematian atau cacat kekal akibat daripada kemalangan, sejumlah pampasan akan diberi kepada pemegang polisi. Tidak kira sama ada kemalangan jalan raya mahupun dirumah, semua kemalangan tertakluk didalam manfaat ini.

 

d) Manfaat Kad Perubatan – Apabila pemegang polisi dimasukkan ke hospital akibat penyakit atau kemalangan, perbelanjaan rawatan akan ditanggung menggunakan manfaat kad perubatan ini.

 

e) Simpanan – Sebahagian daripada bayaran sumbangan bulanan anda secara automatik akan menjadi simpanan kepada pemilik polisi. Duit ini boleh dikeluarkan apabila tiba masa yang anda perlu untuk menggunakan simpanan tersebut.

 

*manfaat (b), (c) dan (d) adalah pilihan(optional).

Apa lagi yang menarik dengan PruBSN SmartLink?

Jika dilihat daripada yang saya senaraikan di atas, kesemua ini adalah manfaat biasa yang ditawarkan bagi semua pemilik polisi. Sekiranya anda inginkan perlindungan yang lebih komprehensif dan mantap untuk anak anda, rider tambahan khusus untuk pelan PruBSN SmartLink akan membuat impian anda jadi kenyataan. Berikut adalah senarai rider tambahan khusus tersebut:

 

a. Parent Term.
b. Vital Care.
c. Takaful Saver.
d. Contributor.
e. Parent Contributor.

 

Sekiranya anda menambah rider diatas kedalam pelan perlindungan asas PruBSN SmartLink, ianya akan bertambah mantap. Perlindungan akan menjadi lebih baik dan menyeluruh. Pilihan berada di tangan anda. Ini kerana rider yang saya nyatakan di atas adalah pilihan (optional). Bergantung kepada keputusan anda sama ada untuk tambah ataupun tidak.

 

Bonus EduSmart

 

Satu lagi perkara yang paling penting dalam PruBSN SmartLink adalah bonus ini. Bonus EduSmart ini membezakan pelan ini dengan yang lain. Ianya termasuk dalam pelan asas. Bukanlah suatu yang perlukan penambahan kepada sumbangan bulanan anda. Berikut adalah senarai bonus yang bakal diperolehi:

 

Jadi bagaimana sekarang? Rasa pelan ini bagus tak? Sememangnya pelan ini adalah suatu pelan yang hebat dan mantap. Jika anda ingin mendapatkan PruBSN SmartLink ini, anda boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *