PruBSN Protect Plus – Perlindungan Takaful Menarik Untuk Anda

PruBSN Protect Plus

Jika sebelum ini, saya ada menerangkan tentang PruBSN Protect. Pada kali ini saya akan bercerita mengenai PruBSN Protect Plus. Jika dilihat dari mata kasar, ianya hampir sama. Tapi beza nya ada ‘plus’ sahaja.

Kalau nak bandingkan dari segi perlindungan juga tidak jauh beza. Perlindungan yang ditawarkan merupakan perlindungan asas yang berupa manfaat kematian atau cacat kekal menyeluruh. Sekiranya berlaku salah satu daripada perkara tersebut, pemilik polisi atau waris akan menerima sejumlah wang pampasan.

Jadi apa yang istimewanya PruBSN Protect Plus?

Kelebihan yang ada pada PruBSN Protect Plus adalah jumlah sum insured bagi polisi akan meningkat sebanyak 5% daripada jumlah asal. Peningkatan ini akan terus berlaku setiap 3 tahun sehinggalah anda berumur 80 tahun. Lihat gambar dibawah bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

PruBSN Protect Plus
PruBSN Protect Plus

Kenapa perlu penambahan pada jumlah sum insured?

Seperti yang kita tahu, perbelanjaan harian kita akan sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Sebagai analogi, kita bandingkan nilai RM 50 pada sepuluh tahun yang lalu dengan hari ini. Ya dari segi jumlah duit, ianya masih sama. Tapi apa yang berbeza adalah nilainya. Apa yang kita mampu beli dengan RM 50 pada sepuluh tahun yang lalu jauh lebih banyak jika dibandingkan dengan sekarang.

Begitu juga dengan perbelanjaan perubatan. Dunia kini mengalami inflasi, yang mana nilai duit semakin menurun saban tahun. Jadi dengan peningkatan jumlah sum insured setiap 3 tahun, ianya akan memastikan pelan takaful yang anda miliki kekal relevan. Tanpa perlu mengambil pelan yang lain yang sudah pasti menambah jumlah bayaran sumbangan bulanan anda.

Apa ciri-ciri lain yang ada pada PruBSN Protect Plus?

Perlindungan asas yang ditawarkan adalah manfaat kematian atau cacat kekal menyeluruh. Akan dibayar didalam bentuk wang pampasan dimana jumlah wang pampasan tersebut akan meningkat setiap 3 tahun. Bayaran sumbangan bermula dengan serendah RM 20 sebulan dan akan terus melindungi anda sehingga berumur 80 tahun.

Permohonan polisi ini terbuka pada anda yang berumur 19 tahun hingga 65 tahun. Polisi ini juga ditawarkan untuk anak-anak yang berumur seawall 14 hari. Tiada alasan untuk anda mengatakan tidak bagi PruBSN Protect Plus. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *