PruBSN Platinum – Pelan Perlindungan & Perlaburan Anda

PruBSN Platinum – Pelan Perlindungan & Perlaburan Anda

Adakah anda tercari-cari satu pelan dimana boleh memberikan perlindungan dan menggandakan wang anda dalam masa yang sama? Sekiranya itu yang anda hajatkan, PruBSN Platinum adalah jawapan kepada persoalan anda selama ini.

PruBSN Platinum telah dilancarkan pada tahun 2015 oleh PruBSN Takaful. Ianya merupakan pelan takaful yang pertama seumpama itu. Dimana ia menumpukan pada perlaburan wang anda dan dalam masa yang sama memberikan perlidungan yang komprehensif untuk anda.

Apa itu PruBSN Platinum?

Satu pelan Takaful dengan bayaran sumbangan berkala terhad yang menggabungkan takaful keluarga biasa dengan takaful berkaitan pelaburan untuk memberikan perlindungan takaful, simpanan dan pelaburan.

Sebahagian besar daripada sumbangan anda akan dimasukkan ke dalam dana bukan pelaburan dinamakan Akaun MaxiShield (MSA) sementara selebihnya akan dilaburkan di dalam dana berkaitan pelaburan pilihan anda melalui Akaun Unit Pelaburan (IUA).

Kelebihan PruBSN Platinum

Selain daripada dapat memiliki perlindungan takaful serta perlaburan, PruBSN Platinum juga mempunyai kelebihan tersendiri yang menjadikan ianya adalah pelan takaful yang terbaik pada masa kini. Antara kelebihannya adalah:

a) Bayaran Tunai Tahunan

Bagi pemegang polisi, anda akan mendapat bayaran tunai secara tetap walaupun sijil anda masih belum matang. Bayaran tunai tersebut akan bermula dari penghujung tahun sijil ke-2. Begitu juga bagi setiap tahun yang berikutnya. Bermula dari tahun sijil ke-11 sehingga sijil matang, nilai bayaran tunai akan meningkat menjadi dua kali ganda.

Anda juga mempunyai pilihan untuk Pelan Bayaran Tunai. Pilih salah satu daripada 3 pelan yang ditawarkan iaitu Classic, Vantage & Prime. Beza antara 3 pelan ini adalah perolehan bayaran tahunan untuk anda. Lihat gambar untuk memahami perbezaan 3 pelan tersebut.

PtuBSN Platinum

Tempoh Sumbangan & umur tamat tempoh bagi pelan anda juga boleh dipilih mengikut kesesuaian serta bajet anda. Bagi tempoh sumbangan anda boleh memilih di antara 5, 10, 15 atau 20 tahun manakala umur tamat tempoh pula di antara 55, 60, 70 atau 80 tahun.

b) Manfaat Perlindungan Kehidupan

Perlindungan Asas yang ditawarkan adalah jika berlaku kehilangan nyawa atau Hilang Upaya Kekal, anda atau waris akan mendapat sejumlah wang pampasan. Manakala jika berlaku kehilangan nyawa atau TPD akibat kemalangan sebelum umur 70 tahun, jumlah wang pampasan tersebut akan menjadi dua kali ganda.

Anda juga diberi pilihan untuk meningkatkan perlindungan kehidupan dengan seleksi rider yang disediakan. Ianya akan menjadi nilai tambah kepada sijil polisi anda. Sila rujuk bahagian rider tambahan bagi melihat apakah rider yang ditawarkan untuk pelan PruBSN Platinum.

c) Potensi Pertumbuhan Pelaburan

Anda dapat meningkatkan pulangan pelaburan dengan rangkaian dana-dana Takafulink yang terulung dan pasaran sukuk. Kemudahan untuk memilih dan menukar dana pelaburan mengikut tahap toleransi anda terhadap risiko dan tingkatkan peluang pertumbuhan dana anda.

Berapakah sumbangan yang perlu dibuat?

Jumlah sumbangan bulanan minimum ialah RM500. Namun ia masih bergantung kepada pilihan anda untuk amaun perlindungan asas, pelan bayaran tunai, tempoh bayaran dan frekuensi bayaran (bulanan, suku tahun, separuh tahun atau tahunan).

Siapakah yang layak menyertai pelan ini?

Pelan ini terbuka kepada semua yang berumur 19 tahun sehingga 65 tahun. Macam mana? Dah bersedia untuk memilih pelan takaful serta menggandakan wang anda? Hubungi saya untuk penerangan yang lebih jelas mengenai pelan PruBSN Platinum ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *