PruBSN Link Series – Pelan Takaful Fleksibel

PruBSN Link Series – Pelan Takaful Fleksibel

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kini terlalu banyak pelan takaful yang ditawarkan di pasaran. PruBSN Link Series adalah salah satu daripadanya. Pelan ini menawarkan perlindungan takaful yang fleksibel dan menyeluruh. Perlindungan yang merangkumi setiap aspek keperluan dalam kehidupan anda.

PruBSN Link Series adalah salah satu produk yang diasaskan oleh PruBSN Takaful. Ianya dikategorikan dalam pelan takaful berasaskan pelaburan ataupun disebut sebagai ‘investment linked’. Ada juga yang mengenali pelan ini sebagai pelan takaful 5 dalam 1. Nama berlainan tapi pelan nya adalah yang sama.

Apa yang ‘best’ tentang PruBSN Link Series?

Bila kita bercakap mengenai pelan takaful, sudah pasti semua pelan akan mengatakan ia adalah yang terbaik. Namun begitu, PruBSN Link Series mempunyai kekuatan yang tersendiri berbanding pelan lain yang berada dipasaran. Pelan ini adalah pelan takaful yang fleksibel. Dimana perlindungan yang ditawarkan adalah sesuai untuk semua. Boleh juga dikategorikan sebagai pelan yang universal. Bak kata orang, satu pelan untuk semua.

Kenapa PruBSN Link Series sesuai untuk semua?

Jika saya nak buat analogi, pelan ini lebih sesuai saya gambarkan seperti nasi lemak. Dimana ianya sesuai untuk semua. Nasi lemak sudah menjadi makanan yang biasa bagi seluruh rakyat Malaysia. Tidak kiralah bangsa melayu, cina ataupun india. Semua pun boleh memakannya. Begitu juda dengan pelan takaful ini. Kesesuaian pelan ini adalah dari segi:

I. Umur – Sesuai untuk semua peringkat umur. Terdapat 3 pilihan pelan yang berbeza mengikut peringkat umur. Secara umumnya pelan ini sesuai untuk semua yang berumur seawal 14 hari sehingga berumur 70 tahun.

II. Jantina – Sesuai untuk lelaki dan perempuan.

III. Bajet kewangan – Perlindungan tertakluk kepada bajet anda.

IV. Pilihan perlindungan – Anda bebas memilih perlindungan yang sesuai untuk anda.

Secara amnya Pelan ini boleh dibahagikan kepada 3 pilihan utama. Pilihan tersebut adalah seperti berikut :

A. PruBSN SmartLink.

Pelan ini adalah untuk bayi seawal 14 hari sehingga berumur 18 tahun. Ia lebih dikenali sebagai Pelan Simpanan Pendidikan ataupun ‘Education Plan”. Sila ke laman PruBSN SmartLink bagi mendapatkan penerangan lebih jelas bagi pilihan pelan ini.

B. PruBSN FirstLink.

Pelan ini pula adalah untuk belia yang berumur 19 tahun sehingga 25 tahun. Terdapat beberapa kelebihan bagi pemegang polisi pelan ini. Boleh semak di laman PruBSN FirstLink untuk ketahui kelebihan tersebut.

C. PruBSN TakafulLink.

Yang terakhir ini adalah bagi meraka yang berumur diantara 26 tahun sehingga 70 tahun. Sila rujuk laman PruBSN TakafulLink bagi mendapatkan maklumat yang terperinci untuk pelan ini.

Dah jelas kan tentang PruBSN Link Series. Jadi anda ketegori yang mana? Untuk lebih detail mengenai setiap pilihan, anda boleh rujuk pada laman-laman yang saya nyatakan diatas. Ataupun jika anda masih terdapat sebarang kemusykilan, boleh hubungi saya untuk mendapatkan khidmat ‘consultation’ percuma.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *