PruBSN HealthEnrich+ – Kad Perubatan Terbaik

PruBSN HealthEnrich+

Jika dilihat dengan teliti, setiap pelan takaful yang saya terangkan mempunyai pilihan kad perubatan. Tidak kiralah sama ada PruBSN Link Series atau PruBSN UmmahLink, kad perubatan sering diperkatakan sebagai komponen utama dalam pelan tersebut. Kad perubatan yang dimaksudkan itu adalah PruBSN HealthEnrich+. Kad perubatan terbaru dan terkini daripada PruBSN Takaful.

PruBSN HealthEnrich+ telah dilancarkan pada bulan April 2016. Ia adalah bagi menggantikan kad perubatan yang sedia ada sebelum ini iaitu PruBSN HealthEnrich. Walaupun begitu, pemilik kad perubatan yang lama masih boleh terus menggunakan manfaat tersebut. Cuma manfaat kad perubatan baru ini lebih hebat dan komprehensif.

Evolusi Kad Perubatan PruBSN

Semenjak PruBSN Takaful diasaskan pada tahun 2006, manfaat kad perubatan telah diperkenalkan. Fungsinya adalah bagi membantu pemilik polisi menyelesaikan bil rawatan sekiranya dimasukkan ke hospital. Selain HealthEnrich, terdapat beberapa lagi kad perubatan yang pernah ditawarkan kepada orang ramai. Senarai kad perubatan adalah seperti dibawah:

a. Takaful Health
b. Takaful Health 2
c. Health Enrich

Mungkin anda merupakan salah seorang daripada yang memiliki kad perubatan seperti saya senaraikan di atas. Jangan risau, kerana manfaat tersebut masih boleh digunakan sehingga tamat polisi. Namun, sekiranya anda inginkan manfaat yang lebih hebat yang ada dalam PruBSN HealthEnrich+, anda perlulah ‘upgrade’ kepada kad perubatan yang baru. Hubungi Saya untuk bantu anda upgrade.

Kenapa perlu tukar kepada PruBSN HealthEnrich+?

Bukanlah suatu kemestian bagi anda untuk bertukar kepada kad perubatan yang baru. Tapi saya yakin selepas membaca sebab-sebab dibawah, mungkin anda akan mempertimbangkan untuk melakukan pertukaran. Saya akan memberikan analogi yang menggambarkan keadaan yang sama dengan situasi diatas.

Bayangkan anda ada duit RM 50 pada sepuluh tahun lepas. Kalau pergi ke mall agaknya banyak tak barang yang boleh dibeli? Memang banyak kan. Saya rasa mungkin boleh penuh satu troli. Akan tetapi bagaimana pula kalau RM 50 pada hari ini? Situasi yang sama, pergi ke mall untuk beli barang. Banyak mana boleh kita beli? Tak perlu saya huraikan, anda boleh bayankan sendiri.

Begitu jugalah keadaan bagi perbelanjaan untuk rawatan hospital. Ianya meningkat seiring dengan peningkatan harga barangan yang lain. Atau dengan bahasa yang lebih mudah, kos perubatan meningkat kerana nilai duit semakin menurun. Keadaan ini akan terus berlaku dari tahun ke tahun. Jadi sekiranya tiada persediaan, mungkin anda akan mengalami kesan daripada fenomena ini.

Jadi apa yang ‘meningkat’ dalam PruBSN HealthEnrich+?

Keprihatinan PruBSN terhadap rakyat Malaysia menyebabkan kad perubatan ini wujud. Didalam kad perubatan ini terdapat beberapa aspek yang telah dinaik taraf. Antaranya adalah:

1. Had Tahunan Kad Perubatan yang lebih tinggi.
2. Penambahan Jumlah Had Seumur Hidup Kad Perubatan.
3. Had Tahunan yang fleksibel sekiranya menghidap Kanser, Sakit Jantung atau Sakit Buah Pinggang.
4. Nilai Bilik dan Penginapan Hospital harian yang lebih tinggi (Room & Board).
5. Pilihan untuk Perlindungan Full Coverage ataupun SmartSaver300.

Kesemua aspek yang dinaik taraf adalah bagi memberikan manfaat yang terbaik untuk pemegang kad perubatan PruBSN HealthEnrich+.

Berapa bajet yang diperlukan untuk dapat kad perubatan ini?

Sudah pasti bajet akan menjadi topik hangat jika bercakap mengenai kad perubatan. Jadi dengan itu PruBSN telah menawarkan pilihan bagi kad perubatan mengikut bajet serta kemampuan anda. Senarai pilihan tersebut adalah HE+ Vital, HE+ Select, HE+ Advanced & HE+ Premier.

Untuk mengetahui ‘coverage’ yang ditawarkan, sila klik pada pilihan kad perubatan di atas. Setiap pilihan mempunyai manfaat yang berlainan. Sekiranya anda masih lagi musykil dan buntu untuk pilih kad perubatan yang mana satu, hubungi saya untuk maklumat lanjut. Saya akan memberikan khidmat yang terbaik untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *