PruBSN HealthEnrich Vital – Kad Perubatan Bajet

PruBSN HealthEnrich Vital

Pada laman PruBSN HealthEnrich+ saya ada menyatakan terdapat empat pilihan bagi kad perubatan yang mengikut kesesuaian anda. PruBSN HealthEnrich Vital adalah salah satu daripada pilihan tersebut.

PruBSN HealthEnrich Vital atau singkatannya HE+ Vital adalah merupakan salah satu daripada pelan kad perubatan PruBSN HealthEnrich+.  Secara keseluruhannya, pelan ini menawarkan perlindungan yang komprehensif dengan budget yang sesuai.

Pelan ini sesui untuk pasangan yang baru membina kehidupan berkeluarga dan juga individu yang baru bekerja. Dengan bayaran sumbangan yang bersesuaian dengan budget anda, perlindungan yang ditawarkan oleh PruBSN HealthEnrich Vital agak menarik. Mari kita lihat apa yang menarik:

1. Had Tahunan

Sekiranya anda dimasukkan ke hospital, bil anda akan dibayar dengan menggunakan kad perubatan. Jumlah had tahunan adalah sebanyak RM 100,000 setahun. Ianya termasuk kos rawatan, wad, ubat, pembedahan dan ICU.

2. Had Tahunan Tambahan

Had tahunan akan meningkat sehingga RM 100,000 sekiranya anda telah didiagnos menghidap kanser, sakit jantung atau sakit buah pinggang. Seperti yang kita ketahui, penyakit-penyakit ini memerlukan rawatan susulan yang menyebabkan anda kerap berulang alik ke hospital. Kos untuk rawatan juga tinggi. Jadi jumlah had tahunan akan menjadi RM 200,000 bagi memenuhi keperluan bagi pesakit yang menghidap penyakit seperti di atas.

3. Hospital Panel

Kemudahan mendapatkan rawatan di rangkaian hospital bereputasi tinggi di seluruh negara dengan caj bilik/wad di hospital (room & board) RM 200 sehari.

4. Fleksibiliti

Pilihan untuk perlindungan penuh ataupun SmartSaver300. Pilihan ini berdasarkan keperluan serta mengikut kesesuaian budget anda. Tak tahu mana nak pilih? Perlindungan penuh atau SmartSaver300? Klik sini untuk maklumat lanjut.

5. Elaun Rawatan

Anda akan diberikan elaun rawatan sekiranya anda perlu menjalani rawatan kemoterapi, radioterapi, dialisis buah pinggang dan penjagaan susulan sakit jantung sebanyak RM 100 sehari.

6. Had Seumur Hidup

Jumlah keseluruhan perlindungan daripada PruBSN HealthEnrich Vital adalah bernilai RM 1,000,000 bagi setiap polisi.

7. Khas bagi pesakit Kanser dan Buah Pinggang

Perlindungan penuh bagi rawatan kanser dan buah pinggang. Jika diatas ada dinyatakan pilihan perlindungan penuh dan SmartSaver300. Akan tetapi anda akan tetap mendapat perlindungan penuh bagi rawatan kanser dan buah pinggang contohnya seperti kemoterapi dan dialisis.

Menarik tak perlindungan yang ditawarkan oleh PruBSN HealthEnrich Vital (HE+ Vital)? Sememangnya kad perubatan dari PruBSN Takaful ini sangat menarik. Sekiranya anda masih kurang jelas ataupun ingin tahu lebih lanjut, sila hubungi saya. Insyaallah saya akan membantu anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *