PruBSN HealthEnrich Select – Kad Perubatan Pilihan Anda

PruBSN HealthEnrich Select

Jika sebelum ini saya ada kongsikan mengenai PruBSN HealthEnrich Vital iaitu salah satu daripada Kad Perubatan yang ada dalam PruBSN HealthEnrich+. Jadi kali ini saya akan menerangkan tentang PruBSN HealthEnrich Select. Satu lagi kad perubatan yang menawarkan manfaat yang lebih menarik serta komprehensif.

Sekiranya nak dibandingkan dengan HE+ Vital, manfaat yang ada pada PruBSN HealthEnrich Select memang lebih menarik. Terdapat beberapa manfaat tambahan yang tiada pada HE+ Vital. Seperti yang saya sering katakana sebelum ini bahawa setiap pelan yang ditawarkan oleh PruBSN Takaful, sudah pasti mempunyai keistimewaannya tersendiri.

Pendapat peribadi saya, kad perubatan PruBSN HealthEnrich Select ini sesuai untuk mereka yang inginkan lebih manfaat dan didalam masa yang sama perlu menimbangkan bajet untuk bayaran sumbangan bulanan. Pelan ini sesuai bagi mereka yang baru berkeluarga  dan juga individu yang inginkan perlindungan yang lebih komprehensif. Mari kita lihat apa yang menarik pada kad perubatan ini:

a. Manfaat Had Tahunan

Had tahunan ini adalah jumlah yang diperuntukkan bagi menampung kos rawatan, ubat, bayaran wad sekiranya anda dimasukkan ke hospital. Jadi bil hospital anda akan diselesaikan dengan manfaat had tahunan ini iaitu sebanyak RM 150,000 setahun. Lebih daripada apa yang ditawarkan pada kad perubatan HE+ Vital.

b. Had Tahunan Tambahan

Manfaat ini khusus bagi yang telah disahkan menghidap kanser, sakit jantung atau sakit buah pinggang. Secara automatik had tahunan akan meningkat daripada RM 150,000 kepada RM 300,000 setahun. Atau dengan bahasa yang lebih mudah, nilai had tahunan akan menjadi dua kali ganda daripada yang asal. Kenapa PruBSN Takaful nak bagi keistimewaan pada orang yang menghidap penyakit yang saya senaraikan diatas?

Saya yakin dan percaya, tiada seorang pun yang nak sakit-sakit tersebut. Kalau boleh undur masa, orang yang dah kritikal sanggup buat apa saja asalkan tak terkena sakit tu. Umum dah tahu, penyakit ini memerlukan rawatan susulan yang menyebabkan anda kerap berulang alik ke hospital. Kos untuk rawatan juga tinggi. Dengan penambahan had tahunan ini sudah pasti memberikan anda lebih nilai dengan tiada peningkatan bayaran sumbangan bulanan.

c. Hospital Panel

Anda mempunyai pelbagai pilihan sekiranya anda dimasukkan ke hospital. Seleksi hospital panel PruBSN Takaful memang banyak. Di setiap negeri ada hospital yang boleh menjadi pilihan anda. Limit bagi caj wad di hospital adalah RM300 sehari.

d. Fleksibiliti

Pilihan untuk perlindungan penuh ataupun SmartSaver300. Pilihan ini berdasarkan keperluan serta mengikut kesesuaian budget anda. Saya ada menerangkan lebih lanjut mengenai pilihan SmartSaver300 pada satu artikel yang lain. Sila klik pada SmartSaver300 untuk memahami apa yang istimewa dengannya.

e. Elaun Rawatan

Masih lagi berkaitan dengan yang menghidap penyakit yang saya senaraikan pada had tahunan, manfaat elaun rawatan ini juga akan diberikan kepada pesakit yang perlu menjalani rawatan kemoterapi, radioterapi, dialisis buah pinggang dan penjagaan susulan sakit jantung sebanyak RM 100 sehari.

f. Had Seumur Hidup

Jumlah keseluruhan perlindungan daripada PruBSN HealthEnrich Select adalah bernilai RM 1,500,000 bagi setiap polisi.

g. Khas bagi pesakit Kanser dan Buah Pinggang

Saya  ada nyatakan diatas tentang pilihan perlindungan penuh dan SmartSaver300. Akan tetapi anda akan tetap mendapat perlindungan penuh bagi rawatan kanser dan buah pinggang contohnya seperti kemoterapi dan dialisis.

h. Perlindungan Khas Wanita

Memberikan perlindungan khas buat para wanita yang mengandung. Dimana sekiranya terdapat komplikasi kehamilan berlaku, pampasan khas akan dibayar iaitu sebanyak RM 6000 setahun. Ianya tertakluk kepada 8 jenis komplikasi yang disenaraikan dalam polisi sahaja. Sila ke laman Komplikasi Kehamilan untuk maklumat lanjut.

Jadi selepas membaca artikel ini, apakah pandangan anda? Manfaat yang ditawarkan pada PruBSN HealthEnrich Select ini lebih bagus daripada HE+ Vital tak? Adakah manfaat yang disenaraikan menepati citarasa anda? Saya yakin anda ada pandangan anda tersendiri. Mungkin anda boleh kongsikan pandangan anda itu dengan saya. Hubungi saya untuk berkongsi pandangan tersebut.

Jika anda nak tahu berapakah bajet untuk mendapatkan kesemua manfaat yang ada dalam PruBSN HealthEnrich Select ini, sila ke laman Quotation Takaful. Saya akan ‘feedback’ mengikut kesesuaian serta bajet yang anda tetapkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *