PruBSN HealthEnrich Advanced – Kad Perubatan Ekslusif

PruBSN HealthEnrich Advanced

PruBSN HealthEnrich Advanced ataupun lebih dikenali dengan HE+ Advanced menawarkan perlindungan yang lebih hebat daripada PruBSN HealthEnrich+ Vital & HealthEnrich+ Select. Terdapat peningkatan nilai serta beberapa item tambahan yang menjadikan PruBSN HealthEnrich Advanced lebih menarik.

Pelan ini diwujudkan oleh PruBSN Takaful untuk individu dan keluarga yang inginkan perlindungan yang komprehensif. Sememangnya perlindungan yang ditawarkan oleh PruBSN HE+ Advanced begitu menarik. Mari kita lihat apa yang menarik:

1. Had Tahunan

Kos rawatan, wad, ubat, pembedahan dan ICU diperuntukkan sekiranya anda dimasukkan ke hospital. Bil hospital anda akan dibayar dengan menggunakan kad perubatan. Jumlah had tahunan sebanyak RM 200,000.

2. Had Tahunan Tambahan

Sekiranya anda telah didiagnos menghidap kanser, sakit jantung atau sakit buah pinggang, had tahunan akan meningkat sehingga RM 200,000 menjadikan jumlah had tahunan anda adalah RM 400,000 setahun. Seperti yang kita sedia maklum, penyakit-penyakit ini memerlukan rawatan susulan yang menyebabkan anda kerap berulang alik ke hospital. Kos untuk rawatan juga tinggi. Dengan penambahan had tahunan ini sudah pasti memberikan anda lebih nilai dengan tiada peningkatan bayaran sumbangan bulanan.

3. Hospital Panel

Kemudahan mendapatkan rawatan di rangkaian hospital bereputasi tinggi di seluruh negara dengan caj bilik/wad di hospital (room & board) RM 400 sehari.

4. Fleksibiliti

Pilihan untuk perlindungan penuh ataupun SmartSaver300. Pilihan ini berdasarkan keperluan serta mengikut kesesuaian budget anda. Tak tahu mana nak pilih? Perlindungan penuh atau SmartSaver300? Klik sini untuk maklumat lanjut.

5. Elaun Rawatan

Anda akan diberikan elaun rawatan sekiranya anda perlu menjalani rawatan kemoterapi, radioterapi, dialisis buah pinggang dan penjagaan susulan sakit jantung sebanyak RM 100 sehari.

6. Had Seumur Hidup

Jumlah keseluruhan perlindungan daripada PruBSN HE+ Advanced adalah bernilai RM 2,000,000 bagi setiap polisi.

7. Khas bagi pesakit Kanser dan Buah Pinggang

Perlindungan penuh bagi rawatan kanser dan buah pinggang. Jika diatas ada dinyatakan pilihan perlindungan penuh dan SmartSaver300. Akan tetapi anda akan tetap mendapat perlindungan penuh bagi rawatan kanser dan buah pinggang contohnya seperti kemoterapi dan dialisis.

8. Perlindungan Khas Wanita

Memberikan perlindungan khas buat para wanita yang mengandung. Dimana sekiranya terdapat komplikasi kehamilan berlaku, pampasan khas akan dibayar iaitu sebanyak RM10,000 setahun.

Rasanya menarik tak perlindungan yang ditawarkan oleh PruBSN HealthEnrich Advanced (HE+ Advanced)? Pada saya la kan, memang sangat menarik. Sekiranya anda masih kurang jelas ataupun ingin tahu lebih lanjut, sila hubungi saya. Insyaallah saya akan membantu anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *