PruBSN FirstLink – Pelan Untuk Remaja & Belia

PruBSN FirstLink – Pelan Untuk Remaja & Belia

Setiap pelan yang PruBSN Takaful wujudkan, sudah pasti mempunyai keistimewaan tersendiri. Begitu juga dengan pelan PruBSN FirstLink. Ia merupakan salah satu daripada pelan PruBSN Link Series dan pelan ini direka khusus bagi para remaja dan belia di luar sana. Semua aspek perlindungan yang diperlukan oleh golongan ini ada terkandung didalamnya.

Zaman remaja sering dikaitkan dengan gaya hidup yang ‘enjoy’ dan meriah. Kata orang, kehidupan baru nak bermula dan baru nak mengenal dunia. Sudah pasti macam-macam benda nak buat. Jadi mereka ini terdedah kepada risiko tersendiri. Dimana memerlukan perlindungan takaful yang bersesuaian dengan jiwa mereka.

Apakah perlindungan yang diperlukan oleh golongan remaja dan belia ni?

PruBSN FirstLink adalah pelan bagi mereka yang berumur dari 19 tahun sehingga 25 tahun. Pelan ini dikenali sebagai pelan takaful 5 dalam 1. Iaitu mempunyai 5 kompenan asas yang boleh dipilih sebagai perlindungan utama. Berikut adalah 5 kompenan asas tersebut:

a. Perlindungan Hayat – Memberikan perlindungan dalam bentuk pampasan yang akan diterima pemegang polisi atau waris sekiranya berlaku kematian atau cacat kekal.

b. Perlindungan Sakit Kritikal – Jika disahkan oleh doktor pakar bagi pemegang polisi yang menghidap penyakit kritikal, tuntutan boleh dibuat dibawah manfaat perlindungan ini. Maklumat lebih lanjut mengenai manfaat ini, sila ke laman penyakit kritikal.

c. Perlindungan Kemalangan – Sekiranya pemegang polisi ditimpa kemalangan yang menyebabkan kematian atau cacat kekal, manfaat ini boleh digunakan bagi menuntut wang pampasan.

d. Kad Perubatan – Manfaat ini boleh digunakan andai kata pemegang polisi sakit atau kemalangan dan terpaksa dimasukkan ke hospital bagi tujuan rawatan.

e. Simpanan – Sebahagian kecil daripada jumlah sumbangan bulanan akan dimasukkan ke dalam bahagian ini. Dimana bahagian ini akan menjadi simpanan secara tidak langsung kepada pemegang polisi.

*komponen b, c dan d adalah pilihan (optional)

Kalau nak dibandingkan dengan PruBSN SmartLink dan PruBSN TakafulLink, tidak lah jauh beza. Ketiga-tiga pelan ini pun menawarkan 5 komponen asas yang dinyatakan diatas sebagai perlindungan utama. Jadi apa yang istimewa pada pelan ini berbanding yang lain?

Keistimewaan PruBSN FirstLink:

1. Rider tambahan

Bagi melengkapkan perlindungan asas yang ditawarkan didalam pelan ini, anda boleh menambah rider bagi menjadikan perlindungan anda lebih komprehensif. Saya akan menerangkan lebih jelas mengenai rider ini pada laman Rider Tambahan. Setiap rider akan menambahkan perlindungan yang berbeza. Jadi ianya bebas kepada anda bagi memilih rider yang mana bagi melengkapkan pelan anda.

2. Bonus AchieveFirst.

Bonus ini adalah khusus untuk pemegang polisi PruBSN FirstLink. Special untuk pelan ini sahaja. Bonus ini dalam bentuk wang tunai yang akan diberikan bagi meraikan pencapaian anda sebagai pemegang polisi. Bagi yang nak tahu lebih lanjut tentang apakah pencapaian yang saya nyatakan diatas, sila ke laman Bonus AchieveFirst.

Adakah anda rasakan yang PruBSN FirstLink ini menepati citarasa dan bakal memenuhi keperluan anda? Sekiranya jawapan anda adalah ‘YA”, jadi jangan berlengah lagi. Ambil langkah pertama dengan menghubungi saya. Saya menjanjikan khidmat yang terbaik untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *