PruBSN Employee Benefit – Pelan Korporat untuk Pekerja Anda

PruBSN Employee Benefit

Didalam sesebuah organisasi, pekerja memainkan peranan yang sangat penting. Mereka ini adalah tunjang kepada hala tuju syarikat. Jadi oleh sebab itu PruBSN Takaful telah mewujudkan satu pelan untuk para majikan memberi perlindungan takaful bagi pekerja mereka. Pelan tersebut adalah PruBSN Employee Benefit.

Saya yakin dan percaya, semua CEO ataupun Managing Director sudah pasti mahu melihat syarikat mereka maju dan berjaya. Atas tujuan ini, pekerja yang cemerlang perlu diambil bagi menggalas tugas yang penting dalam syarikat. Tidak kiralah apa jua jawatan yang ditawarkan buat mereka. Semua pekerja akan menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Dimasa kini, gaji sahaja belum cukup bagi setiap individu dalam memilih perkerjaan. Mereka juga akan membandingkan apa lagi manfaat yang diperolehi jika berkhidmat untuk syarikat. Salah satu daripada manfaat yang diambil kira adalah perlindungan takaful. Sekiranya ada manfaat tersebut, kemungkinan mereka memilih untuk berkhidmat adalah lebih tinggi.

Kenapa Perlindungan Takaful penting bagi pekerja?

PruBSN Employee Benefit adalah perlindungan khusus untuk perkerja daripada majikan. Ini kerana kebajikan pekerja adalah sangat penting. Lumrah bagi setiap manusia jika diberi layanan yang baik, secara automatik akan dibalas dengan layanan yang baik juga. Dalam konteks pekerjaan, sekiranya majikan menjaga kebajikan pekerja dengan baik, sudah pasti pekerja akan memberikan prestasi yang terbaik untuk syarikat.

Menyediakan tempat kerja yang selamat adalah tanggungjawab majikan. Akan tetapi, kemalangan boleh berlaku dimana-mana. Bak kata orang ‘malang tak berbau’. Walaupun majikan telah sedaya upaya untuk memastikan tempat kerja adalah bebas kemalangan, ia tetap berlaku. Jadi sebagai langkah persediaan, majikan perlu melindungi pekerja dengan perlindungan takaful.

Apa yang PruBSN Employee Benefit lindungi?

a. Perlindungan hayat.

Nyawa adalah sesuatu yang sangat berharga. Tiada apa yang dapat menggantikannya. Tidak kira semaju mana pun syarikat anda ataupun sekaya mana sekali pun anda, tetap tidak mampu untuk membeli nyawa. Sama juga pada pekerja anda. Ia adalah aset paling bernilai. Perlindungan hayat sememangnya perlu bagi kesemua pekerja anda. Perlindungan ini melindungi pekerja anda dalam bentuk pampasan.

b. Perlindungan Cacat Kekal.

Sekiranya pekerja anda mengalami kemalangan dan menjadi cacat selepas trajedi tersebut. Sudah pasti pekerja tersebut tidak dapat lagi berkhidmat. Secara tidak langsung hilang punca pendapatan. Didalam pelan ini ada menyenaraikan perlindungan dalam bentuk pampasan dan elaun tahunan bagi pekerja anda yang mengalami cacat kekal.

c. Perlindungan Penyakit Kritikal

Seperti juga cacat kekal, sekiranya disahkan oleh doktor bahawa pekerja anda menghidap penyakit kritikal, sudah pasti akan menjejaskan prestasi kerja mereka. Ini kerana terpaksa kerap menjalani rawatan dan mungkin juga sudah tidak dapat bekerja lagi. Manfaat bagi perlindungan ini akan diberikan dalam bentuk pampasan.

d. Khairat Kematian

Manfaat ini adalah dalam bentuk wang saguhati kepad pekerja anda yang kehilangan orang yang tersayang dan dekat dengan mereka iaitu isteri dan anak-anak.

Komponen utama bagi Pelan PruBSN Employee Benefit:

PruBSN Employee Benefit adalah suatu pelan takaful berkelompok. Iaitu perlindungan bagi suatu kumpulan pekerja minima seramai 5 orang dengan satu jumlah bayaran tahunan yang diperbaharui setiap tahun. Didalam pelan ini terdapat 4 komponen utama yang menjadi asas kepada pelan ini. Komponen tersebut adalah seperti berikut:

1. Employee Term Takaful (ETT)
2. Employee Personal Accident (EPA)
3. Employee Crisis Protector (ECP)
4. Employee Takaful Income (ETI)

Setiap komponen ini memberi perlindungan yang berbeza. Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai apa yang dilindungi, sila klik pada komponen diatas. Untuk memudahkan para majikan untuk memilih perlindungan yang sesuai, terdapat pekej pilihan seperti dibawah:

PruBSN Employee Benefit
PruBSN Employee Benefit

Pemilihan pekej tersebut bergantung kepada bajet yang sesuai dan perlindungan yang dirasakan sesuai bagi pekerja anda. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan perlindungan bagi pekerja anda, Hubungi saya untuk khidmat konsultasi dan sebut harga secara percuma.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *