PruBSN Anugerah – Pelan Yang Mantap & Mampu Milik

TERKINI… Terdapat satu produk baru daripada PruBSN Takaful telah dilancarkan iaitu PruBSN Anugerah. Suatu pelan yang menawarkan perlindungan takaful yang mantap kepada para pencarum disamping ianya juga mampu dimiliki orang ramai.

 

Objektif PruBSN Anugerah adalah untuk membantu orang ramai mendapatkan pelan perlindungan pertama dengan komitmen yang mampu milik. Terdapat perlbagai keistimewaan yang khusus pada PruBSN Anugerah menjadikan ianya adalah antara pelan terbaik yang penah ditawarkan.

 

Sudah pasti anda tertanya-tanya apa yang istimewa sangat pasal pelan takaful ni. Apa yang menarik sangat dan apa bezanya dengan yang lain? Kita lihat dahulu struktur asas bagi pelan ini sebelum pergi lebih lanjut mengenai perlindungan yang ditawarkan.

 

Struktur Asas PruBSN Anugerah

 

PruBSN Anugerah

 

Pelan takaful ini terbahagi kepada 3 komponen utama yang menjadi tunjang utama. Ianya adalah perlindungan hayat, sakit kritikal dan kad perubatan. Mari kita lihat satu persatu komponen tersebut.

 

Komponen 1 : Perlindungan Hayat

 

Secara am nya perlindungan ini sama seperti yang ditawarkan pada pelan prubsn link series. Yakni coverage sekiranya berlaku kematian atau cacat kekal kepada pemilik polisi, maka waris akan mendapat sejumlah wang pampasan yang telah ditetapkan.

 

Cuma perlu saya highlightkan disini, perbezaan yang ketara antara pelan lain dengan PruBSN Anugerah adalah nilai coverage minimum yang ditawarkan adalah serendah RM 10,000. Selain dari itu, tiada perbezaan.

 

Komponen 2 : Perlindungan Sakit Kritikal

 

Perlindungan ini juga sama dengan pelan-pelan yang lain. Yakni sekiranya pemilik polisi menghidap penyakit kritikal, sejumlah wang pampasan yang telah ditetapkan akan diberi kepada waris mereka. Bagi yang kurang jelas mengenai sakit kritikal boleh rujuk sini.

 

Komponen 3 : Kad Perubatan

 

Medic Protector

 

Jika pada pelan lain, kad perbatan yang ditawarkan adalah PruBSN HealthEnrich+. Namun bagi PruBSN Anugerah, ianya ada kad perubatan yang tersendiri iaitu Medic Protector. Fungsi yang sama tapi pilihan coverage sedikit berbeza. Kita akan ‘go through’ apa coverage dan keistimewaan lain bagi medic protector ini dekat bawah. So teruskan membaca untuk ketahuinya.

 

Kelebihan PruBSN Anugerah

 

Kalau tadi kita lihat pada struktur asas pelan ni kelihatan macam lebih kurang sama dengan pelan lain. Namun pada pelan perubatan hospital kali ini memberikan perbezaannya manfaat yang amat memberansangkan bagi peserta takaful. Jadi ‘tang mana yang hebat sangat’ pelan takaful baru ni? Terdapat 5 point utama yang menjadikan PruBSN Anugerah lebih menonjol.

 

Point 1 : Affordable

 

Saya letakan point ini adalah yang pertama dan paling penting kerana selalunya bila saya berbual dengan prospek semasa appointment, bajet bayaran bulanan adalah topik yang hangat diperkatakan. Maklumlah ekonomi sekarang ni tak menentu.

 

Dengan pertambahan kos perbelanjaan harian, kenaikkan harga barang dan lain-lain lagi. Ini membuatkan orang lebih berhati-hati untuk berbelanja. Termasuk lah nak pilih perlindungan takaful pun kena tengok bajet jugak.

 

 

Tapi tidak lagi dengan wujudnya PruBSN Anugerah. Suatu pelan takaful yang menawarkan perlindungan yang mantap pada bayaran yang rendah. Yakni anda boleh mula mendapatkan perlindungan asas dengan hanya serendah RM 50 sebulan.

 

Jadi lepas ni selesai masalah untuk alasan ketiadaan budget. Hanya RM 50 sebulan sahaja amat mustahil dan tak logik masih tidak mampu.

 

Point 2 : Flexibility

 

Salah satu kelebihan PruBSN Anugerah adalah suatu pelan yang fleksibel. Dimana anda bebas untuk memilih apa perlindungan yang diingini. Mengikut kehendak, kesesuaian dan bajet yang ditetapkan. Ianya macam mix and match. Pilih yang anda mahu.

 

 

Tapi seperti biasa, jika lebih tinggi nilai coverage maka lagi tinggilah bayaran bulanan. Sebab tu kena tengok bajet anda juga. Kalau ada bajet lebih, bolehlah combine kan kesemua komponen yang saya terangkan didalam bahagian struktur asas diatas.

 

Anda boleh memilih untuk ambil perlindungan hayat, perlindungan sakit kritikal dan kad perubatan sekali gus. Boleh juga ambil perlindungan hayat serta sakit kritikal. Perlindungan hayat boleh juga diambil bersama kad perubatan. Tapi perlindungan hayat adalah wajib. Kerana ianya perlindungan asas.

 

Point 3 : No Lifetime Limit

 

Bagi yang sudah memiliki mana-mana kad perubatan prubsn, anda pasti kagum pada kad perubatan medic protector ni. Sebagai contoh Medical Card PruBSN HealthEnrich+ Premium limit seumur hidup adalah RM 4 juta. Manakala limit tahunan adalah RM 400,000.

 

 

Tapi bagi kad perubatan medic protector, tiada limit untuk seumur hidup. Malah limit tahunan yang ditawarkan juga amat tinggi. Contohnya limit kad perubatan tahunan adalah RM 100,000 dan pada tahun ini anda telah menggunakan kesemuanya untuk rawatan.

 

Pada tahun hadapan, limit tersebut akan di ‘reset’ semula dan boleh digunakan semula. Jadi tiada lagi limit bagi jumlah penggunaan seumur hidup. Ini memberikan lebih nilai bagi setiap yang dibayar. Yang pasti kelebihan PruBSN Anugerah ini tiada pada pelan yang lain.

 

Point 4 : High Outpatient Cancer & Dialysis Treatment Limit

 

 

Sememangnya pesakit kanser dan buah pinggang akan terpaksa menjalani rawatan secara outpatient. Iaitu rawatan kimoterapi dan dialysis. Seperti yang sedia maklum, kebiasaannya kad perubatan hanya untuk mereka yang masuk wad.

 

Dengan manfaat yang ditawarkan pada pesakit yang menjalani rawatan yang saya nyatakan diatas, limit seumur hidup mencecah hampir RM 2 juta (tertakluk kepada plan yang diambil). Bagi kos rawatan ini tiada limit tahunan. Cuma ada satu jumlah limit seumur hidup.

 

Tapi semua manfaat ni hanya entitled pada yang apply masa belum ada penyakit tersebut. Kalau dah ada penyakit baru nak mohon, saya rasa kemungkinan besar permohanan anda akan ditolak. Jadi ambil langkah segera dengan ‘apply’ sekarang.

 

Point 5 : Special Benefit for Muslims

 

Ini suatu kelebihan PruBSN Anugerah yang khusus pada yang beragama islam sahaja. Sebab ianya berkaitan dengan ibadah haji dan umrah. Bagi para Jemaah yang berhajat untuk menunaikan haji atau umrah akan ambil imunisasi bagi mencegah penyakit sepanjang melakukan ibadah disana.

 

 

Imunisasi yang biasa diperlukan adalah menigococcal, influenza dan pneumococcal. Kesemua perbelanjaan untuk imunisasi ini adalah termasuk dalam manfaat pelan ini. Tapi tertakluk kepada terma dan syarat. Ilustrasi manfaat ini adalah seperti gambar dibawah.

 

Kos imunisasi tersebut adalah menggunakan konsep “pay and claim”. Bermaksud anda bayar dahulu dan ambil resit. Kemudian berikan pada ejen takaful untuk membuat tuntutan.

 

Ciri-ciri Lain Pada PruBSN Anugerah

 

Selain daripada apa yang saya nyatakan diatas, terdapat beberapa ciri lain yang menjadi tarikan untuk anda memiliki pelan takaful ini. Ianya menjadikan PruBSN Anugerah adalah antara yang terbaik daripada PruBSN.

 

Terdapat 3 ciri-ciri yang saya perlu highlight pada kali ini. Saya terangkan kesemua perkara tersebut dibawah:

 

Government Hospital Benefit

 

 

Manfaat ini khusus bagi yang mengambil pelan ini bersama dengan kad perubatan Medic Protector. Seperti yang diketahui, kad perubatan tujuannya adalah untuk cover perbelanjaan dan kos rawatan apabila anda dimasukkan ke hospital dan wad.

 

Manakala bagi manfaat hospital kerajaan ini pula dalam bentuk elaun harian. Berbeza mengikut pelan medic protector yang dipilih, manfaat ini hanya akan diberikan jika anda dimasukkan ke wad bagi menerima rawatan di mana-mana hospital kerajaan.

 

Manfaat ini hampir sama dengan hospital benefit yang pernah ditawarkan pada kad perubatan HealthEnrich suatu masa dulu. Cara untuk membuat tuntutan adalah kemukakan discaj report daripada hospital kepada ejen. Mereka akan bantu untuk menghantar tuntutan.

 

Maternity Complication

 

Ini juga khas untuk para ibu yang ambil pelan sekali dengan Medic Protector. Manfaat pada kad perubatan ini juga cover komplikasi kehamilan. Mengikut definasi, komplikasi kehamilan adalah masalah kesihatan akibat daripada kehamilan. Terdapat banyak jenis komplikasi.

 

 

Namun jenis komplikasi yang cover dalam manfaat kad perubatan ini hanya ada 8 jenis. Nak tahu apa komplikasi kehamilan tersebut? Boleh tengok dekat list dibawah:

 

• Kehamilan luar Rahim
• Kehamilan anggur / molar
• Penggunaan pembeku darah yang berlebihan menyebabkan pendarahan teruk
• Pendarahan teruk selepas bersalin yang memerlukan pembuangan Rahim
• Sawan ketika mengandung
• Air ketuban terperangkap di dalam salur darah
• Darah beku tersumbat di dalam saluran darah di peparu
• Tekanan darah tinggi serta kehadiran protein di dalam urine semasa mengandung

 

Sekiranya anda mengalami salah satu daripada komplikasi ini, anda boleh melakukan tuntutan dengan mengemukakan pengesahan daripada doktor kepada ejen. Kemudian submit borang claim untuk membuat tuntutan.

 

Waiting Period

 

Seperti juga mana-mana pelan prubsn yang lain, kesemuanya ada waiting period. Jadi tidak terkecuali, PruBSN Anugerah juga ada waiting period. Masih tak tahu apa itu waiting period? Ianya adalah jangka masa bagi manfaat dalam polisi untuk mula boleh digunakan.

 

Secara ringkasnya, waiting period terbahagi kepada empat elemen utama. Bagi memudahkan untuk anda fahami apakah elemen tersebut dan berapa lama waiting period setiap daripadanya, sila lihat gambar dibawah:

 

 

Kesemua waiting period tersebut adalah efektif daripada tarikh polisi anda mula berkuat kuasa. Jadi kena lah tunggu. Sebab tu orang selalu cakap suruh ambil polisi semasa sihat dan tak boleh ambil untuk terus guna. Sebab ada waitng period. Kecuali anda kemalangan. Boleh terus guna manfaat tersebut.

 

Best tak PruBSN Anugerah?

 

Setelah membaca keseluruhan artikel ini, saya ingin bertanya pada anda. Apa pendapat anda mengenai PruBSN Anugerah? Terbaek ke sangat baik? Bak kata orang ‘tepuk dada, tanya selera’. Lain orang, lain citarasa, lain juga perlindungan yang diperlukan.

 

Pendapat peribadi saya, pelan takaful ini adalah yang terbaik buat masa sekarang ini. Sebab apa saya cakap macam tu? Ini adalah berdasarkan faktor ekonomi yang tidak menentu. Kenaikkan harga minyak dan barang-barang. Secara tidak langsung menambahkan stress pada diri kita.

 

Apabila stress memuncak, maka pelbagai penyakit mula datang. Kita tak jemput pun dia datang juga. Jadi mahu atau tidak, kita perlu ada perlindungan takaful untuk diri kita. Dengan bajet yang serendah RM 50 sebulan, tiada alasan lagi untuk anda tidak memilikinya.

 

PruBSN Anugerah adalah suatu pelan takaful yang menawarkan perlindungan yang mantap pada harga yang mampu milik. Dapatkan segera bukan sebab stok nak abis. Tapi dapatkan sekarang untuk lindungi diri anda sebelum anda tidak layak untuk mendapatkannya. Takaful hanya boleh dimiliki semasa anda masih sihat sahaja. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

8 Responses

  1. hafiz

    cth kalu ambil yg minmum rm50 tu berapa perlindungan asas?

    • Khairil Hazri

      Perlindungan tersebut bergantung beberapa faktor, boleh hubungi sy 0193232404 atau email sy untuk maklumat perlindungan yg lengkap

    • Khairil Hazri

      Mohon berikan sedikit maklumat tarikh lahir , merokok dan pekerjaan untuk dptkan quotn lengkap di khairilhazri.com/whatsapp

  2. Noraini abd ghani

    Asalam…saya nak minta pendapat
    Saya umur 56 tahun…pesara kerajaan
    Saya tak tau nak pilih prubsn takaful link atau prubsn anugerah.
    Harap dapat bantu saya segera

  3. Adila

    Menarik. Havent known the benefits/pros of prubsn anugerah before. Terima kasih Tuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *