Polisi Privasi

Sekiranya anda yang ragu-ragu untuk memberikan maklumat peribadi anda kepada saya, anda boleh baca polisi privasi dibawah bagi mendapatkan kepastian.

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) telah berkuatkuasa pada 15 November 2013. Akta ini mengetengahkan perihal memproses data peribadi dalam transaksi komersial. Untuk tujuan Polisi Privasi ini, terma “memproses” “Data Peribadi” dan “Data Peribadi Sensitif” adalah seperti maksud yang tertakluk di dalam Akta.

Bagaimanakah Akta ini Melibatkan Anda?

Saya akan berusaha untuk melindungi privasi Data Peribadi anda yang merangkumi Data Peribadi Sentitif (kolektif, “Data Peribadi”). Polisi Privasi ini mengutarakan bagaimana kami mengumpul, menggunakan dan mendedahkan Data Peribadi anda selaras dengan undang-undang dan peraturan yang digunakan untuk perlindungan data.

Anda tidak diwajibkan untuk memberi Data Peribadi yang diminta, namun jika anda tidak memberikannya, kami tidak boleh memproses permintaan anda sama ada untuk tujuan pertanyaan, quotation, temujanji dan pengambilan ejen. Semua data peribadi tersebut saya perlukan untuk tujuan diatas.

Pengumpulan Data Peribadi

Saya mengumpul data peribadi melalui laman ini. Tertakluk kepada borang online yang anda isi bagi tujuan diatas. Selain dari itu, data peribadi saya perolehi adalah mereka yang merupakan client saya (ambil polisi takaful dengan saya sebagai ejen mereka).

Penggunaan Data Peribadi

Sekiranya anda mengisi dan ‘submit’ borang online yang terdapat pada laman ini, maka anda telah bersetuju supaya saya menggunakan Data Peribadi anda untuk tujuan yang tertentu. Tertakluk kepada jenis borang online yang diisi.

Saya juga akan menggunakan data peribadi anda bagi tujuan lain yang dianggap perlu atau sesuai. Sebagai contoh, promosi produk terbaru yang dilancarkan oleh PruBSN Takaful, peluang kerjaya dengan takaful serta lain-lain yang berkaitan.

Pendedahan Data Peribadi kepada Pihak Ketiga

Saya tidak akan mendedahkan Data Peribadi anda dengan sengaja kepada pihak ketiga yang tidak berkaitan tanpa mendapatkan izin anda terlebih dulu, melainkan anda melanggar syarat yang tertakluk dalam terma & syarat serta polisi privasi ini.

Hak Penyimpanan

Saya berhak untuk mempelbagaikan atau meminda Polisi Privasi ini pada bila-bila masa dan atas budi bicara semata-mata dan sepenuhnya bagi memastikan Polisi Privasi ini konsisten dengan perkembangan semasa, trend industri dan/atau sebarang perubahan dalam keperluan perundangan atau peraturan.

Apabila anda mengakses halaman ini, maklumat teknikal tanpa nama mungkin dikumpulkan mengenai aktiviti anda pada halaman itu (contohnya, alamat IP anda, waktu dan tarikh anda mengakses laman tersebut, maklumat berkaitan dengan pelayar dan sistem pengendalian, laman-laman dilawati, dll).

Laman web ini mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga. Saya tidak mempunyai kawalan terhadap kandungan laman web pihak ketiga berkenaan atau cara laman web berkenaan mengendalikan Data Peribadi anda. Anda wajar menyemak semula polisi privasi yang digunakan untuk laman web pihak ketiga berkenaan bagi memahami cara pihak ketiga terbabit mungkin menggunakan Data Peribadi anda.

Saya akan menyimpan Data Peribadi anda selama mana dirasakan perlu untuk mencapai tujuan ia dikumpulkan dan mematuhi keperluan perundangan. Jika saya tidak lagi memerlukan Data Peribadi anda untuk apa-apa tujuan, saya akan mengambil langkah sewajarnya untuk memadamkan atau melupuskan Data Peribadi anda secara selamat.