Perebutan Harta Pusaka – Berakhir dengan Tragedi

posted in: Hibah, Info Takaful, Viral | 0

Terlalu banyak cerita tentang perebutan harta pusaka berlaku. Dah jadi macam perkara biasa pula. Ingatkan ianya hanya di tayang kan dekat TV dalam drama-drama sahaja. Rupa-rupanya memang banyak kes ‘real’ berlaku diluar sana. Harap tak berlaku pada saya dan anda yang membaca nauzubillah min zalik.

Memang dah jadi tanggungjawab ibu bapa mencari rezeki untuk anak mereka. Dengan bertujuan untuk memastikan anak mereka hidup senang suatu hari nanti. Namun tak semua impian mampu jadi kenyataan. Tambahan pula zaman sekarang ni. Semua perlukan duit untuk hidup.

Apabila ibu bapa tinggalkan harta, lalu terjadilah perebutan harta pusaka antara adik-beradik. Kadang-kadang ianya melibatkan saudara-mara terdekat juga. Secara logiknya harta atau duit, siapa yang tak nak kan? Sebab tu boleh jadi perebutan harta pusaka.

Perebutan Harta Pusaka Membawa Maut

Baru-baru ni ada dalam berita cerita tentang perebutan harta pusaka. Pengakhiran kepada perebutan tersebut mengakibatkan salah seorang daripadanya maut. Saya yakin, ibu bapa mereka pasti sedih sekiranya melihat anak-anak mereka berbunuhan sesame sendiri akibat berebut harta. Detail berita adalah seperti dibawah:

Perebutan Harta Pusaka - Berita
Perebutan Harta Pusaka – Berita

 

*kredit kepada : http://www.mynewshub.cc

Pengajaran yang boleh diambil daripada kejadian ini adalah semua urusan harta pusaka perlu di selesaikan dengan diplomatik dan professional. Jika tidak, sudah pasti perebutan harta pusaka ini akan berlaku. Cakap mungkin mudah. Tapi ianya tidak semudah yang dibayangkan apabila berdepan dengan situasi sebenar.

Jika dalam islam, harta pusaka akan dibahagikan mengikut hukum faraid. Setiap ahli keluarga dan saudara ada bahagian masing-masing. Sememangnya pembahagian tersebut adalah yang paling ideal. Namun proses untuk pembahagian ini sangat rumit dan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan.

Terdapat opsyen yang lebih sesuai dan mungkin menjadi penyelesaian kepada masalah perebutan harta pusaka ini. Caranya dengan Hibah. Sekiranya ibu bapa telah menghibahkan harta mereka, sudah pasti perkara seperti ini tidak akan berlaku. Tapi semua ini haruslah dilakukan semasa mereka masih hidup.

Anda dah ‘hibah’ kan harta anda? Nak tahu cara yang lebih mudah nak buat hibah dengan takaful? Hubungi saya untuk penerangan lebih lanjut. Saya akan sedaya upaya membantu anda lakukan yang terbaik bagi insan yang tersayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *