Penjelasan Insurans Paling PELAQ – Dato Mengamuk Tuntutan Ditolak

posted in: Info Takaful, Viral | 1

Lagi sekali industri takaful digegarkan. Kali ini viral dikatakan seorang Dato mengamuk tuntutan heart attack di tolak walaupun tidak pernah miss bayar selama 4 tahun. Dah lah bayar tak pernah miss. Tetiba nak pakai tak boleh plak. Malahan Dato tersebut menggelar syarikat takaful sebagai “insurans paling pelaq”.

 

insurans paling pelaq

 

Memang marah sangat la tu agaknya. Betul ke tuntutan ditolak, kenapa pulak ditolak? amat mustahil syarikat takaful menolak tuntutan sewenang-wenangnya. Sepatutnya kena la siasat dulu , dapatkan penjelasan baru viralkan. Kalau tak, boleh disabitkan sebar berita palsu. Tambahan pula tuduhan sebagai insurans paling pelaq tu sangat serius.

 

Setiap perkara yang berlaku pasti ada penjelasannya. Untuk pengetahuan, syarikat takaful di Malaysia ini mustahil menolak tuntutan peserta takaful sewenang-wenangnya kerana mereka ada satu department underwriter yang amat berpengalaman menguruskan tuntutan.

 

Penjelasan Isu Viral – Insurans Paling Pelaq

 

 

 

Saya harap masyarakat jangan terus jatuhkan hukuman “insurans paling pelaq” terlalu cepat dengan hanya mendengar sebelah pihak sahaja. Meh baca penjelasan pertama (sumber : FB Firdaus Ahmad) :

 

Salam sejahtera Dato Zuldz,

 

Izinkan saya memberi penjelasan dan menjawab persoalan persoalan berkaitan masalah insurance “Tak cover” yang Dato sedang lalui.

 

Sebagai manusia, saya faham amarah dan perasaan kecewa yang Dato cuba luahkan. Ya, siapa yang tak berang kalau bayar caruman setiap bulan (selepas 4 tahun) tiba tiba masa nak pakai kemudahan syarikat nafikan ye tak.

 

Saya telah meneliti live video Dato, dari situ saya dapat fahami isu isu yang Dato alami.

Sebelum saya menulis panjang, saya berikan Dato sedikit berita;

 

Stan Jantung Dato tu InsyaAllah syarikat Prudential akan bayar semua kos dengan syarat;

1) Siasatan rekod dan report batu karang awal tahun hari tu dokumen dokumennya sudah wakil/ejen Dato hantar ke ibu pejabat.

 

2) Dato clean tiada rekod sakit jantung sebelum ambil medikel kad.

 

3) Setelah menerima report batu karang (sakit berkaitan) syarikat akan keluarkan semula surat penyisihan (exclude) sakit batu karang itu.

 

4) Hantar semua bill jantung tu, dengan izinNya semua yang Dato bayar ke hospital akan dibayar semula oleh syarikat.

 

Dato mungkin tidak percaya dengan kata kata saya, sebab Dato sekarang sedang marah. Saya faham situasi itu. Apa yang dapat saya simpulkan begini;

 

Ejen Dato tidak declare sakit batu karang Dato. Samada dia terlupa, atau dia sengaja lupa untuk declare, Wallaahualam.

 

Saya mengambil approach yang sekiranya Dato memang bgtau pernah sakit batu karang, dan penyakit itu dideclare, maka sudah pasti pada tanun 2014 dulu syarikat arahkan Dato memberi report/rekod penyakit berkenaan untuk diteliti.

 

Dan saya yakin 100%, penyakit batu karang tu akan disisihkan lebih awal sebelum polisi lulus. Dengan kata lain, penyakit batu karang Dato tu tetap tidak akan dicover kerana ia merupakan risiko yang telah tersedia. Surat akan dikeluarkan memberitahu Dato tentang penyisihan ini.

 

Mengikut undang undang insurance apa jenama sekalipun, selagi isu deklarasi penyakit tidak diselesaikan, maka apa jenis sakit yang datang pun akan put on hold.

 

Saya nasihatkan Dato supaya tidak membawa kes ini ke mana mana sebab nanti akan menyusahkan Dato kembali. Semua yang Dato bahaskan sudah terkandung dalam buku polisi. Tinggal dibaca atau tidak sahaja.

 

Saya cadangkan, Dato fokus untuk selesaikan submission report/rekod yang berkait batu karang. Minta ejen folo up dan pastikan syarikat keluarkan surat decision atas isu batu karang itu.

 

Percayalah cakap saya, kalau syarikat sudah review hal batu karang, dan Dato memang sohih tiada sakit jantung sebelum ambil polisi maka dengan izinNya, peluang Dato dapat semula duit Dato (Stan Jantung) adalah sangat tinggi.

 

Dato, Jarang sekali amarah dapat selesaikan masalah.

 

Saya faham Dato kecewa, cuma kecewa yang disalurkan ke jalan rasional melalui penyelesaian professional lebih mudah bertemu penyelesaian berbanding kecewa yang diluah ke jalan maki hamun dan viral.

 

Dato juga meminta pada semua yang memiliki insurance Prudential supaya berhenti bayar, ini sangat lah berbahaya Dato.

 

Sebabnya kalau mereka semua ikut nasihat Dato kemudian di hujung hujung mereka nak pakai insurance masuk hospital dah tak ada, siapa yang akan tanggung masalah mereka?

 

Akhir kata, Minta lah ejen/wakil selesaikan segera submission report batu karang awal tahun dahulu. Simpan semua bill/invoice rawatan jantung. Tunggu surat syarikat tentang status batu karang (ejen folo up percepatkan). Submit klem stan jantung.

 

Setakat ini sahaja tulisan saya. Semoga Dato lekas sembuh.

 

So macam mana? Faham tak konsep sebenar takaful? Maklumat ini di ambil dari video yang beliau sendiri buat. Masih kurang yakin atau tak jelas? Apa kata kita lihat penjelasan kedua (Sumber : FB Afyan Mat Rawi) :

 

Fahami Konsep Takaful

 

Jika anda betul dalami konsep takaful pasti anda akan faham teknikal apa yang terjadi. Kita kena tahu bahawa beratus ribu pelanggan takaful yang menyumbang dalam tabung tabaruk @ tabung orang ramai adalah daripada orang yang sihat.

 

 

Syarikat takaful ini memegang amanah orang ramai. Jadi mereka harus berlaku adil dan amanah untuk memberi manfaat takaful pada peserta yang sihat dan jujur semasa permohonan mereka.

 

Kalau boleh fahami dulu apa konsep takaful sebelum nak gelar syarikat takaful sebagai “insurans paling pelaq” atau lain-lain gelaran yang kurang enak di dengar. Jika tuduhan tidak benar boleh dituduh fitnah. Lebih berat lagi beliau menghasut orang ramai berhentikan polisi takaful mereka sedia ada. Ini adalah perbuatan yang sangat tidak bermoral dan merugikan mereka yang pernah membuat tuntutan atau sudah menyumbang lama di takaful.

 

Ayuh kita jadikan viral kali ini sebagai “alarm” untuk semua orang tahu mengenai kepentingan takaful ini. Saya juga lihat masing-masing mula ambil tahu, mahukan penjelasan dan celik mata betapa pentingnya ambil takaful sewaktu sihat.

 

Nasihat saya, jangan bertangguh ambil takaful kerana masih sihat, dan jangan ambil masa bertahun-tahun survey. Ingat, biar awal seminit daripada lewat sesaat. Nak dapatkan takaful protection, boleh hubungi saya.

  1. Inn

    Kadang-kala ejen pun tak tahu produk sendiri. Apa yang diajar oleh HQ, itulah yang diterangkan pada pelanggan. Terutamanya yang link dengan bank. Nak buka akaun bank ja, mesti kena duduk depan staf macam ni dengar taklimat dia. Sedar-sedar polisi sampai kat rumah. Tak pun yang jenis call dan offer plan. Bila timbul isu, pelanggan disalahkan sebab tak baca polisi atau tak cari info kat internet. Dah tu apa gunanya ejen ni?

    Saya tak kata Dato tu betul. Bayaran bulanan RM400 dan pernah timbul isu sekali. Takkan dia tak siasat kenapa timbul isu tu. Tapi mungkin Dato tu sama macam pelanggan lain. Meletakkan 100% kepercayaan kepada ejen. Makanya yang terpalit noda, syarikat yang upah ejen tu.

    Baru-baru ni seorang ejen offer Medicard yang kononnya cover 36 penyakit kritikal sehingga RM500k. Tapi bila saya siasat kembali, hanya RM100k setahun dan nak guna lagi, kena tunggu tahun berikutnya pula. Macam mana kalau dapat kanser yang sah-sah kos rawatan lebih RM100k setahun? Apa tugas ejen kalau dia sendiri tak boleh terangkan dengan jelas tentang produk sendiri?

    Setiap penyakit adalah berbeza dan kos juga berbeza. Sepatutnya ejen perlu terangkan setiap satu kepada pelanggan. Kalau dia kata ada 36 jenis penyakit kritikal, maka kena ada 36 penerangan berserta kos. Dan akhir sekali maklumkan berapa kos rawatan tahunan yang ditanggung pihak takaful.

    Dari tahun 2008 sehingga hujung tahun 2018 saya bayar polisi insuran. Tapi Alhamdulillah saya sihat walafiat. Dan ejen saya tu pun dah tak jadi ejen dah. Tak pula dia perkenalkan ejen lain kepada saya. Dengan erti kata lain, saya sendiri juga kena call HQ dan berurusan. Alang-alang saya call dan kena tanggung kos panggilan tu, saya tamatkan terus ja polisi. HQ pun tak ambil inisiatif nak jaga pelanggan. Gamaknya mahal sangat kot kos nak Whatsapp pelanggan dan tanya khabar. Dan mula tahun 2019, saya ambil polisi dengan syarikat lain pula. Tapi saya tak terkilan. Saya tak bayar RM400/bulan macam Dato tu. Kalau banyak tu saya bayar setiap bulan, mau bergegar pagar rumah bekas ejen tu.

    Sekian. Wassalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *