Pengurusan Harta Pusaka – Cara dan Kaedah Pengurusan Harta

posted in: Hibah, Info Takaful | 0

Sekiranya berlaku suatu kematian, memanglah anda akan berasa sedih. Terutama apabila ianya melibatkan ibu bapa sendiri. Sebagai anak, adalah tanggungjawab anda untuk melakukan pengurusan harta pusaka tinggalan arwah dengan baik. Supaya tidak timbul perkara seperti perebutan dan tak puas hati yang akan membawa kepada pergaduhan sesama waris sendiri.

Secara amnya, harta pusaka adalah warisan daripada si mati kepada warisnya. Termasuklah kediaman, hartanah, emas, kompeni dan tunai. Lagi banyak harta, maka lagi rumitlah pembahagian tersebut. Tapi nak tak nak anda sebagai waris perlu lakukan. Salah seorang dari waris perlu buat semua ini. Jadi sangat pentng bagi anda untuk ketahui bagaimana cara nak uruskan harta ini.

Pengurusan Harta Pusaka – Step by Step.

Perlu anda fahami, sebelum harta ini boleh dibahagikan kepada semua waris, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan terlebih dahulu. Senarai perkara tersebut adalah seperti yang saya ‘list’ kan dibawah:

1. Perbelanjaan Pengurusan Jenazah

Apabila berlaku kematian, pengurusan jenazah perlulah disegerakan. Seperti yang anda sedia maklum bahawa pengurusan jenazah ini juga memerlukan kos. Jadi harta tersebut perlu digunakan untuk menampung perbelanjaan pengurusan jenazah. Tapi kalau ada waris yang bermurah hati nak bantu untuk keluarkan duit tak jadi masalah.

2. Menyelesaikan Hutang

Dalam islam, sememangnya hutang ini adalah perkara yang sangat dititik beratkan. Sebab setiap hutang perlu di lunaskan. Jadi apabila ada hutang si mati, perlulah anda selesaikan terlebih dahulu. Gunakan harta pusaka ini untuk bayar segala hutang yang ada. Sering dilihat apabila kematian berlaku, waris akan mmbuat pengumuman untuk semua untuk menuntut sekiranya ada hutang yang belum terbayar.

3. Pembahagian Harta Sepencarian

Jika ada harta sepencarian, maka perlu dibahagikan terlebih dahulu. Untuk makluman, harta sepencarian adalah harta yang diusahakan secara bersama antara suami dan isteri sama ada secara langsung atau tidak. Apabila salah seorang meninggal dunia, jadi harta ini perlu diasingkan terlebih dahulu.

4. Wasiat

Sekiranya arwah ada membuat wasiat, maka perlulah di bahagikan dulu harta mengikut wasiat yang anda. Tetapi jika tiada, boleh ‘proceed’ ke langkah seterusnya. Yang saya maksudkan wasiat ini adalah hanya 1/3 bahagian sahaja ya. Bukannya wasiat kepada waris.

5. Pembahagian Kepada Waris

Akhir sekali, barulah pembahagian harta pusaka tersebut diberi kepada waris mengikut hukum faraid atau permuafakatan antara waris. Selepas tolak semua item (1) hingga (4), baki daripada jumlah harta tersebut adalah kepunyaan waris. Kalau bahagi ikut faraid, ada bahagian tertentu. Manakala jika ikut permuafakatan antara waris, ini perlulah dibincang dengan teliti bagi mengelakkan perselisihan antara waris. Memang item (5) ini adalah yang paling kritikal dan selalu terjadi pergaduhan.

Pada perkongsian kali ini saya lebih menekankan kepada kaedah pengurusan harta pusaka sahaja. Tidak cerita tentang pembahagian kepada waris. Sebab terlalu panjang untuk saya kongsikan sekali dalam ni. Jadi di kesempatan yang lain, saya akan kongsikan mengenai cara pembahagian tersebut. Tapi sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut, boleh hubungi saya. Insyaallah saya akan bantu dan terangkan kepada anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *