Pembayaran PruBSN Takaful – Pelbagai Kaedah yang Ditawarkan

posted in: Perkhidmatan | 0

Kali saya ingin berkongsi tentang suatu perkara yang amat penting dalam takaful. Perkara ini sangat penting kerana ianya menentukan kelangsungan polisi anda. Yang saya maksudkan adalah kaedah pembayaran PruBSN Takaful. Terdapat banyak sebab menjadikan kaedah pembayaran adalah sangat penting. Bukan sahaja kepada PruBSN Takaful, malahan ianya juga sangat penting bagi anda.

Dizaman yang serba canggih ini, kebanyakkan orang lebih suka menggunakan cara yang mudah dan cepat. DIdalam masa yang sama ianya ‘secure’ dan kurang risiko berlaku seperti bayaran tidak diterima dan lain-lain lagi. Akan tetapi tidak adil rasanya sekiranya saya hanya kongsikan cara yang saya rasa paling mudah. Mungkin anda tidak mahu gunakan cara tersebut. Jadi saya kongsikan kesemua pilihan kaedah pembayaran PruBSN Takaful tawarkan.

Kemudahan Pembayaran PruBSN Takaful

PruBSN Touch

Kaedah pembayaran ini adalah dengan cara anda membuat bayaran terus kepada PruBSN Takaful dengan melayari laman rasmi PruBSN Touch. Bagi yang nak tahu bagaimana cara pembayaran dilakukan, sila layari laman PruBSN Touch untuk maklumat lanjut.

Pembayaran melalui Akaun Bank (Online Banking).

Kaedah ini adalah pembayaran secara atas talian. Anda akan membuat pembayaran prubsn takaful menggunakan laman perbankan internet secara terus ke akaun PruBSN Takaful. Terdapat beberapa laman perbankan internet yang sering digunakan iaitu:

a. Maybank2u

b. Cimbcliks

Sila klik pada pautan di atas untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kaedah pembayaran tersebut. Setiap laman perbankan internet mempunyai cara yang berlainan.

Pembayaran melalui Pemotongan Akaun (Standing Instruction)

Definisi mudah bagi kaedah pembayaran ini adalah bayaran auto terus daripada akaun anda. Pihak PruBSN Takaful akan melakukan transaksi pembayaran melalui pemotongan baki akaun anda. Namun begitu, anda perlu aktifkan terlebih dahulu.

a. Maybank2u

b. Cimbcliks

Sila klik pada pilihan diatas bagi cara-cara untuk anda mengaktifkan kaedah pembayaran ini.

Pembayaran melalui Kaunter

Anda boleh membuat bayaran terus ke kaunter PruBSN Takaful dengan cara berkunjung ke cawangan yang terdekat dengan anda. Resit bayaran akan terus dikemukakan kepada anda selepas pembayaran dibuat. Simpan resit tersebut untuk rekod anda dan ianya juga mungkin diperlukan apabila nak buat pengecualian cukai nanti.

Pembayaran melalui Ejen

Anda juga boleh membuat pembayaran melalui ejen takaful anda. Cara ini boleh anda gunakan sama ada bertemu ejen dan bayar tunai. Ataupun dengan cara anda bank-in jumlah bayaran terus ke akaun ejen. Tapi harus di ingat, ejen hanya wakil kepada PruBSN Takaful. Ejen perlu membuat bayaran yang anda berikan kepada syarikat. Jadi sekiranya anda menggunakan kaedah ini, pastikan anda menerima resit bayaran PruBSN Takaful yang sah.

Pembayaran melalui Kad Debit / Kad Kredit.

Kaedah ini adalah membuat bayaran melalui kad debit atau kad kredit anda. Caranya lebih kurang sama dengan pilihan (d) diatas. Tapi cara mengaktifkan kaedah pembayaran ini berlainan. Anda perlu isi borang untuk mengaktifkan kaedah pembayaran ini. Sila dapatkan borang pada laman download.

Banyak juga kaedah pembayaran yang disediakan oleh PruBSN Takaful untuk para klien membayar sumbangan bulanan polisi. Dengan kepelbagaian kaedah pembayaran PruBSN Takaful ini memudahkan proses anda melakukan pembayaran. Maklumlah, tak semua yang boleh lakukan transaksi online banking. Mungkin juga ada yang lebih selesa dengan pembayaran di kaunter.

Dalam banyak-banyak kaedah pembayaran prubsn takaful yang saya senaraikan diatas, mana satu yang anda rasakan paling sesuai untuk anda? Pasti anda ada pilihan masing-masing. Tapi bagi saya, pilihan (b) dan (c) adalah yang terbaik. Dengan cara ini, pembayaran anda tidak akan terlepas . Ini kerana pembayaran dibuat secara automatik setiap bulan.

Jadi bila anda bayar setiap bulan, maka rekod ‘payment’ anda pun cantik. Rekod pembayaran juga memainkan peranan penting dalam sesuatu polisi. Jika anda nak tahu kenapa, nanti saya akan kongsikan sebabnya. Kalau anda terasa teruja nak tahu juga kenapa, hubungi saya. Saya akan kongsikan dengan anda secara ‘private’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *