Pembayaran PruBSN Takaful dengan PruBSN Touch

posted in: Perkhidmatan | 0

Pembayaran PruBSN Takaful dengan PruBSN Touch

Anda boleh melakukan pembayaran PruBSN Takaful dengan PruBSN Touch. Ini adalah kerana platform yang disediakan khusus untuk para klien. Platform ini sangat mudah digunakan. Ianya juga ‘compatible’ sama ada pada komputer dan juga pada telefon pintar anda. Di bawah saya kongsikan ‘step by step’ untuk anda membuat pembayaran:

1. Sila ke laman pembayaran prubsn takaful dengan PruBSN Touch. KLIK SINI.

Pembayaran PruBSN Takaful dengan PruBSN Touch

2. Lengkapkan borang pada paparan utama dengan butiran anda iaitu : 

a. Proposal / Certificate number. Proposal Number hanya bagi yang baru membuat permohonan polisi takaful. Bagi yang sudah sedia ada polisi, masukkan Certificate Number anda pada ruangan tersebut.

b. No Kad Pengenalan. Sekiranya bayaran polisi untuk anak, sila isikan nombor kad pengenalan ibu / bapa yang ada dalam polisi sebagai pembayar.

c. Payment frequency pilihan (terdapat pilihan iaitu monthly, quarterly, half yearly atau annually). Pilihan ini mesti sama dengan frequency yang ada dalam polisi anda.

Setelah mengisi semua ruangan di atas, sila tekan butang ‘validate’ untuk melakukan pembayaran prubsn takaful dengan PruBSN Touch.

3. Seterusnya, anda akan dapat lihat paparan seperti didalam gambar. Sila isikan bahagian:

i. Card Holder relationship to person covered (terdapat pilihan spouse, children, parent / parent in law, brother / sister, grandparent, self). Jika anda membuat bayaran untuk polisi yang anda miliki, sila pilih ‘self’.

ii. Purpose of payment (New proposal contribution atau renewal contribution). Ini sama seperti yang saya jelaskan di atas iaitu new proposal contribution adalah untuk pembayaran kali pertama semasa memohon polisi. Jika anda sudah ada polisi, sila pilih renewal contribution.

iii. Amount to be paid. Jumlah sumbangan anda seperti dalam polisi. Kemudian tekan Proceed to make payment.

4. Pilih sama ada pembayaran melalui kredit kad atau online banking. Bagi online banking, anda bebas memilih bank yang ada dalam senarai dibawah seperti dalam gambar. Kemudian anda akan dibawa ke laman bank tersebut. Proceed dengan login dan lakukan proses pembayaran dalam talian melalui laman bank pilihan anda.

Tunggu sehingga selesai proses pembayaran dan anda akan di ‘redirect’ semula kepada laman prubsn touch. Sila semak baki baki akaun anda dan pastikan anda menyimpan rekod transaksi. Jika masih ada yang kurang jelas cara pembayaran prubsn takaful dengan PruBSN Touch, sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *