Pembayaran PruBSN Takaful dengan Maybank2u

posted in: Perkhidmatan | 1

Pembayaran PruBSN Takaful dengan Maybank2u

Saya yakin anda pasti tahu serta sering menggunakan Maybank2u. Maklumlah sekarang ni banyak transaksi dilakukan secara online. Termasuklah bayaran sumbangan bulanan anda. Kali ini saya akan kongsikan ‘step by step’ untuk melakukan pembayaran PruBSN Takaful dengan Maybank2u. Walaupun ianya mudah, tapi saya perlu cerita juga. Mungkin ada dikalangan anda yang tidak biasa menggunakan perbankan internet.

Bagi yang sudah biasa melakukan transaksi perbankan internet, ianya tidak menjadi masalah. Sebab caranya sama sahaja dengan pembayaran yang lain. Akan tetapi saya nasihatkan anda supaya teruskan meneliti langkah yang saya akan kongsikan nanti. Manalah tahu kalau anda tersilap. Boleh rujuk dibawah cara membuat pembayaran PruBSN Takaful dengan maybank2u.

a. Login di laman maybank2u (klik sini untuk pautan). Kemudian klik pada ‘quick link’ dan pilih Bill Payment. Kemudian tekan butang ‘GO”.

b. Kemudian pilih ‘Make a one-off payment’ bagi melakukan pembayaran PruBSN Takaful menggunakan maybank2u.

pembayaran prubsn takaful dengan maybank2u

c. Pilih pada ruangan ‘view all payees by category’. Cari pilihan Insurance & Takaful. Kemudian ,tekan butang continue bagi meneruskan pembayaran.

c. Pilih dalam senarai ‘Insurance & Takaful’. Cari PruBSN Takaful Bhd. Tekan butang continue. Pastikan pilihan anda betul sebelum tekan ‘continue’. Kalau salah pilih, bayaran anda akan tidak berjaya.

e. Masukkan jumlah amount dan policy number anda. Kemudian, tekan butang continue. Jumlah amaun adalah tertakluk kepada yang tertulis pada polisi anda. Bagi polisi number pula, anda boleh semak daripada polisi untuk isikan maklumat tersebut. Pastikan jumlah dimasukkan adalah betul. Tapi kalau nak bayar lebih pun apa salahnya .

f. Tekan request for TAC dan tunggu sms. Kemudian masukkan TAC no seperti yang anda dapat melalui sms. Kemudian tekan butang confirm. Pastikan pembayaran anda berjaya. Semak status pada account details. Sila simpan resit pembayaran atau transaksi untuk tujuan rekod anda.

Saya cuba sedaya upaya untuk menyediakan panduan yang mudah difahami bagi semua pembaca. Diharap perkongsian diatas dapat memberi manfaat pada anda. Jika terdapat sebarang masalah ataupun masih tidak faham cara melakukan pembayaran prubsn takaful dengan maybank2u, anda boleh hubungi saya. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk membantu anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *