Pembayaran PruBSN Takaful dengan Cimbclicks

posted in: Perkhidmatan | 1

Pembayaran PruBSN Takaful dengan Cimbclicks

Jika sebelum ini saya ada kongsikan pembayaran PruBSN Takaful dengan Maybank2u. Adalah tidak lengkap jika saya tidak kongsikan bagaimana cara untuk buat pembayaran PruBSN Takaful dengan Cimbclicks. Sebab saya yakin, ramai klien PruBSN Takaful yang menggunakan Cimbclicks.

Selain maybank2u, cimbclicks juga adalah salah satu platform untuk perbankan internet. Jadi sudah pasti anda boleh melakukan pembayaran PruBSN Takaful dengan cimbcliks. Langkah-langkah bagi membuat pembayaran adalah seperti dibawah:

a. Login akaun anda pada laman CIMBclicks (klik sini untuk pautan) untuk membuat pembayaran prubsn takaful dengan cimbclicks. Pilih bahagian Pay > Bills.

b. Kemudian pilih akaun anda yang tersenarai. Tekan pada pilihan CIMB Clicks dan taip ‘Prudential BSN Takaful Berhad”. Kemudian tekan pilihan tersebut dan tekan butang proceed. Sila pastikan nama dan ejaan adalah betul. Kalau tidak, takut pembayaran anda tidak berjaya.

pembayaran prubsn takaful dengan cimbclicks

c. Lengkapkan butiran seperti Certificate number, Certificate holder name dan amount bayaran. Sekiranya anda ingin memasukkan pembayaran ini sebagai ‘favourite’, klik pada option favourite. Kemudian tekan proceed to payment. Pastikan certificate number yang anda masukkan adalah yang betul. Sila semak pada polisi anda untuk kepastian.

d. Pilih bulan dan tahun bayaran sumbangan bulanan anda. Kemudian, tekan butang submit untuk meneruskan pembayaran prubsn takaful dengan cimbclicks.

e. Request TAC number dan masukkan pada ruangan seperti dibawah. Kemudian tekan butang confirm. Pastikan TAC number yang anda masukkan adalah betul. Kemudian sila pastikan pembayaran prubsn takaful dengan cimbcliks anda berjaya. Sila semak status pada account details. Simpan rekod transaksi dan resit sebagai bukti pembayaran.

Bagaimana? Mudah bukan. Semestinya PruBSN Takaful menyediakan pelbagai kemudahan untuk anda terutamanya klien mereka untuk membuat pembayaran. Saya harap anda memperolehi manfaat daripada pengkongsian saya mengenai pembayaran prubsn takaful dengan cimbclicks. Diharap ianya dapat membantu anda membuat bayaran pada setiap bulan. Sekiranya anda masih tidak faham atau menghadapi masalah dalam pembayaran, sila hubungi saya. Insyaallah saya akan cuba membantu anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *