Pembayaran PruBSN Takaful Cara Standing Instruction Guna Maybank2u

posted in: Perkhidmatan | 0

Sebelum ini saya ada kongsikan mengenai pembayaran PruBSN Takaful dengan Maybank2u. Pada kali ini pula saya ingin kongsikan pembayaran PruBSN Takaful cara standing instruction guna Maybank2u. Jika anda tak mahu membuat pembayaran berulang kali pada setiap bulan, maka standing instruction adalah penyelesaian kepada masalah anda.

Standing instruction adalah pembayaran dengan menggunakan kaedah pemotongan terus daripada akaun anda. Pada tarikh yang anda set setiap bulan, bil akan dipotong mengikut jadual. Dengan cara ini juga, anda akan lebih yakin bahawa polisi anda terjamin akan bayar pada setiap bulan. Kecuali duit pada akaun anda tidak mencukupi, bil tersebut tidak dapat dipotong.

 

Cara-cara buat pembayaran PruBSN Takaful cara standing instruction guna Maybank2u adalah seperti berikut:

 

1. Login di laman maybank2u (klik sini untuk pautan). Kemudian klik pada ‘quick link’ dan pilih Bill Payment. Kemudian tekan butang ‘GO”.

 

2. Kemudian pilih ‘Add Recurring Payment’ bagi melakukan pembayaran PruBSN Takaful cara standing instruction guna maybank2u.

 

3. Pilih dalam senarai ‘Cooperation Name’. Cari Prudential BSN Takaful Bhd. Tekan butang continue. Pastikan pilihan anda betul sebelum tekan ‘continue’. Kalau salah pilih, bayaran anda akan tidak berjaya.

 

4. Masukkan jumlah amount dan policy number anda. Kemudian, masukkan tarikh bagi anda lakukan pembayaran yang pertama. Dan seterusnya sampai bila anda nak lakukan pemotongan akaun. Kemudian, tekan butang continue. Jumlah amaun adalah tertakluk kepada yang tertulis pada polisi anda. Bagi polisi number pula, anda boleh semak daripada polisi untuk isikan maklumat tersebut. Pastikan jumlah dimasukkan adalah betul. Tapi kalau nak bayar lebih pun apa salahnya. 🙂

 

5. Sila semak butiran yang anda masukkan sekali lagi pada skrin. Kemudian, tekan request for TAC dan tunggu sms. Seterusnya masukkan TAC no seperti yang anda dapat melalui sms dan tekan butang confirm. Pastikan pembayaran anda berjaya. Semak status pada account details. Sila simpan resit pembayaran atau transaksi untuk tujuan rekod anda.

Pembayaran PruBSN Takaful Cara Standing Instruction Guna Maybank2u

 

Saya cuba sedaya upaya untuk menyediakan panduan yang mudah difahami bagi semua pembaca. Diharap perkongsian diatas dapat memberi manfaat pada anda. Jika terdapat sebarang masalah ataupun masih tidak faham cara melakukan pembayaran prubsn takaful cara standing instruction guna maybank2u, anda boleh hubungi saya. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk membantu anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *