Pembayaran PruBSN Takaful Cara Standing Instruction Guna Cimbclicks

posted in: Perkhidmatan | 0

Jika sebelum ini saya ada kongsikan pembayaran PruBSN Takaful dengan Cimbclicks. Jadi perkongsian kali ini lebih tertumpu kepada cara macam mana nak buat pembayaran prubsn takaful cara standing instruction guna cimbclicks. Cara ini lebih mudah kerana anda tidak perlu lakukan proses ini setiap bulan. Sekali anda setkan, pembayaran akan dilakukan secara automatik.

Standing instruction adalah pembayaran dengan menggunakan kaedah pemotongan terus daripada akaun anda. Pada tarikh yang anda set setiap bulan, bil akan dipotong mengikut jadual. Dengan cara ini juga, anda akan lebih yakin bahawa polisi anda terjamin akan bayar pada setiap bulan. Kecuali duit pada akaun anda tidak mencukupi, bil tersebut tidak dapat dipotong.

 

Cara-cara untuk buat pembayaran PruBSN Takaful cara standing instruction guna cimbclicks adalah seperti berikut:

 

1. Login akaun anda pada laman CIMBclicks (klik sini untuk pautan) untuk membuat pembayaran prubsn takaful dengan cimbclicks. Pilih bahagian Pay > Bills.

 

2. Pada scroll down menu, sila pilih ‘schedule payment’.

 

3. Kemudian pilih akaun anda yang tersenarai. Tekan pada pilihan CIMB Clicks dan taip ‘Prudential BSN Takaful Berhad”. Kemudian tekan pilihan tersebut dan tekan butang proceed. Sila pastikan nama dan ejaan adalah betul. Kalau tidak, takut pembayaran anda tidak berjaya.

 

4. Lengkapkan butiran seperti Certificate number, Certificate holder name, contact no dan amount bayaran. Pilih frequency bayaran (recurring). Kemudian masukkan tarikh mula pembayaran dan selama berapa bulan anda ingin lakukan pemotongan. Kemudian tekan update. Pastikan certificate number yang anda masukkan adalah yang betul. Sila semak pada polisi anda untuk kepastian.

 

5. Pilih bulan dan tahun bayaran sumbangan bulanan anda. Kemudian, tekan butang submit untuk meneruskan pembayaran prubsn takaful cara standing instruction guna cimbclicks.

 

6. Request TAC number dan masukkan pada ruangan seperti dibawah. Kemudian tekan butang confirm. Pastikan TAC number yang anda masukkan adalah betul. Kemudian sila pastikan pembayaran prubsn takaful cara standing instruction guna cimbcliks anda berjaya. Semak akaun anda setiap bulan bagi memastikan ada pemotongan dilakukan mengikut apa yang anda set kan.

Pembayaran PruBSN Takaful Cara Standing Instruction Guna Cimbclicks

 

Bagaimana? Mudah bukan. Semestinya PruBSN Takaful menyediakan pelbagai kemudahan untuk anda terutamanya klien mereka untuk membuat pembayaran. Saya harap anda memperolehi manfaat daripada pengkongsian saya mengenai pembayaran prubsn takaful cara standing instruction guna cimbclicks. Sekiranya anda masih tidak faham atau menghadapi masalah dalam pembayaran, sila hubungi saya. Insyaallah saya akan cuba membantu anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *