Pelepasan Cukai Melalui Takaful – Tips Elak Cukai

posted in: Perkhidmatan | 0

Anda mesti rasa rugi kan bila bayar takaful tiap-tiap bulan secara konsisten. Tapi anda tidak pernah claim apa-apa pun. Jadi kali ni saya nak kongsikan tips untuk anda ‘elak’ cukai. Caranya adalah dengan buat pelepasan cukai melalui takaful.

 

Jangan salah faham pulak ya. Saya bukan nak ajar anda supaya tidak bayar cukai. Tapi untuk kurangkan cukai yang perlu dibayar. Anda masih perlu bayar kerana ianya adalah tanggungjawab rakyat kepada Negara.

 

Pelepasan cukai melalui takaful ini adalah salah satu kelebihan bagi orang yang memiliki perlindungan takaful. Jadi bagi yang dah ada pelan takaful dan anda bayar setiap bulan, inilah masanya untuk anda ‘claim’. Walaupun bukan secara terus.

 

Jenis Pelepasan Cukai

 

Terdapat 21 item yang dibenarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk anda membuat pengecualian atau pelepasan terhadap cukai pendapatan anda. List penuh untuk item tersebut adalah seperti gambar dibawah (Sumber : LHDN)

 

Pelepasan Cukai Melalui Takaful
Senarai Pelepasan Cukai LHDN – Page 1

 

List Pelepasan Cukai LHDN – Page 2

 

Senarai Pelepasan Cukai LHDN – Page 3

 

Banyak juga yang boleh dibuat sebagai pelepasan cukai. Jadi jangan lah cakap LHDN asik nak ambik duit orang je. Mungkin orang yang cakap macam tu sebab tak tahu adanya pelepasan cukai ni. Jadi kalau dah tahu, lepas ni boleh la buat.

 

Pelepasan Cukai Melalui Takaful

 

Fokus saya pada perkongsian kali ini adalah pelepasan cukai melalui takaful. Seperti yang anda ketahui, takaful adalah bertujuan untuk perlindungan serta perubatan. LHDN memberi ‘privileged’ untuk claim kerana perlindugan dan perubatan adalah suatu perkara yang sangat penting.

 

Jadi item mana yang boleh dibuat pelepasan cukai? Kalau anda lihat dalam list diatas, no. 19 &  21 adalah item yang anda boleh ‘claim’ dengan LHDN untuk pelepasan cukai dengan Takaful. Tetapi terdapat limit untuk anda letak. Iaitu sebanyak RM 6,000 untuk insurans nyawa dan RM 3,000 untuk perubatan.

 

 

Perhatian, untuk item no.19 tu combine sekali dengan jumlah caruman KWSP tahunan anda. Tak tau yang mana satu portion insurans nyawa dan perubatan. Dibawah adalah statement tahunan untuk client PruBSN Takaful. Tak tahu macam mana nak ambil statement? Sila layari laman kelebihan PruBSN Touch. Saya ada tunjukkan cara nak download statement bagi polisi anda.

 

 

Bagi sumbangan asas takaful keluarga, jumlah tersebut anda boleh masukkan di dalam bahagian insurans nyawa. Jumlah tersebut ditambah dengan jumlah caruman KWSP anda. Manakala sumbangan asas takaful perubatan pula untuk bahagian insurans pendidikan dan perubatan.

 

Macam mana? Jelas tak sekarang? Rasanya mudah saja nak buat. Jadi lepas ni harap anda boleh buat pelepasan cukai melalui takaful lepas baca perkongsian saya ni. Simpan rekod statement anda tersebut. Kalau-kalau LHDN minta, takde la menggelabah. Boleh terus hantar sahaja kepada mereka untuk tujuan semakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *