Million Dollar Agency – Tahniah Hj Othman!!!

posted in: Aktiviti Takaful, Reward | 0

Bagi yang dah berkecimpung dalam bidang insurans / takaful mesti tahu apa tu Million dollar agency. Pada yang belum tahu, Million Dollar Agency adalah satu pencapaian yang boleh membanggakan bagi leader-leader kerana berjaya capai group production selama setahun sama atau lebih dari 1 juta jualan!

 

Bukan mudah nak dapatkan jualan 1 juta setahun! Tapi ini 15 juta bro! Namun ianya tidak mustahil bagi agensi Al Isra kerana agensi ini mempunyai success system oriented.

 

Saya juga bercita-cita suatu hari nanti saya dapat capai tahap Million Dollar Agency ni. Ramai yang dah sampai ke tahap ni. Antaranya adalah ‘ídola’ saya iaitu Hj Othman, founder agensi kami Al Isra. Alhamdulillah, Baru-baru ini beliau telah di anugerahkan Champion 15 Million Dollar Agency.

 

Pada saya, ianya suatu pencapaian yang sangat menakjubkan. Ini saya kongsikan sedikit kisah yang amat memotivasikan saya untuk kerja kuat dan lebih berjaya. Kisah ini dikongsi oleh salah seorang rakan saya, Zulaika Shadzli di laman Facebook nya. Berikut adalah perkongsian tersebut.

 

Champion 15 Million Dollar Agency

 

 

 

Abah, Shadzli Abd Wahab, ingat lagi tak agen insurance abah masa tahun 2002 ni..?

 

Semalam masa my sister, kak long Siti Nurbaya approach Hj othman dan wish ‘thank you’ sebab sempat guide dia selama tiga tahun dlm insurance business, saya perasan mata Hj othman berkaca-kaca menahan sebak..

 

For me, setinggi mana pun kejayaan kita, apabila kita merendahkan ego dengan mendekati orang yg pernah mendidik dan membimbing kita sewaktu kita mula2 bertapak dlm business, that’s we call it ‘TRULY STAY HUMBLE’.

 

Antara sejarah perkenalan saya dgn Hj Othman sejak 16 tahun lepas, dia adalah agen insurans yg dtg ke office saya masa awal December tahun 2002 dlm keadaan basah kuyup sbb hujan lebat utk appointmnt dgn abah. Masa tu saya dan abah tgh siap2 kunci office nak balik awal sbb ada hal urgent. (saya kerja dgn abah yg ada small-medium company masa tu).

 

Masa dia smpai basah kuyup tu, hj oth terkejut kami dah kunci office nak balik, antara dialog yg masih saya ingat lebih kurang mcm ni,

 

HJ. OTHMAN :”encik shadzli, saya ada appointment dgn en. shadzli pukul 5 ptg hari ni..”

ABAH: “Allah! yeke, saya lupa sgt..! 😧 minta maaf en othman (masa tu belum ‘Haji’ lagi) saya kena balik skrg sbb ada hal urgent, kita set semula appointment hari lain..”

HJ OTHMAN: “yeke en shadzli..”(dah nmpak riak muka frust) “ok tak pe, nt saya call balik utk set appointment.”

Abah berkali-kali mintak maaf sbb mmg terlupa. masa hj oth dah pergi, saya ckp kat abah, “kesian kat org tu, dtg susah2 dgn basah kuyup, pastu abah lupa pulak appointmnt dgn dia..”😞 (sebab masa tu ingat ke client/supplier company abah) Abah balas, “takpe, dia yang nak sgt jumpa abah.”

 

Tak lama lepas tu, lepas 2 minggu, saya nmpak hj othman dtg office dan jumpa dgn abah. saya nmpak dari jauh dia buat presentation kat abah, tapi tak tau present apa, tak ambik tau.. 😅 yg saya perasan dan terlintas di hati, saya ckp, “ohh dia ni la yg dtg office basah kuyup hari tu.. dpt jugak dia jumpa abah hari ni..” 😄

 

Lepas habis present, abah bangun dan panggil saya, “Adikk..” (panggilan manja family 😁) “mai sini, mai dengaq en othman nak cerita pasal insurance.. adik kena ambik ni, baguih ni..” (sorry la abah mmg loghat kedah)

 

Dalam hati saya masa tu.. “hai abah panggil suruh dengar apa pulak ni..” mcm berat2 juga tp konon dengar ckp abah..
Saya pun dengar hj othman present, masa tu saya nak tangguh ambil insurance dgn dia, nak tangguh bulan depan la, alasan saya mcm2, nak pakai duit la, tak bersedia la , tp hj oth pandai psycho sampai saya jadi ambik hari tu jugak.. 🤣

 

Masa hari tu, Hj Othman BERJAYA jual insurance dgn abah sebanyak RM2000/sebulan dan saya sebanyak rm150/sebulan. Total RM2,150/= Hj Othman CLOSED CASED. 😯

 

Sejak closed cased, every month Hj Othman akan dtg ke ofis kami utk collect payment. Abah bayar pakai cheque dan saya bayar pakai cash. Kalau Hj Othman nak dtg dia akan call dulu. Saya selalu bagi alasan tak dpt jumpa sbb busy dan minta dtg hari lain. 😜Tapi masa call tu sebenarnya dia dah ada kat bawah office. saja je 😆. Pastu dia terus naik, dia kata sekejap je.. 🤨

 

Honestly, minta maaf la Hj. Othman.. kalau dia dtg, saya mmg ada perasaan sedikit ‘menyampah’ 😅. sbb dia dtg nak collect duit 😅
(Haa dulu menyampah la dgn agen insurance, skrg ni diri sendiri dan adik-beradik semua jadi agen insurance, org pulak menyampah ngan kita) 🤣

 

Bulan ketiga Hj Othman dtg collect payment, masa tu dlm bulan March 2003, saya kenalkan Hj. Othman dengan my colleague, en Adie Mudzaffar (now my husband) 😉 yang baru kerja di company abah. Saya minta Hj Othman share tentang insurance kat Adie dan encourage Adie utk beli insurance.

 

Dari sebelum lunch sampai balik lunch saya tgok Hj Oth masih berbual dgn Adie. Pastu bila saya smpai, siap slow kan suara. konon risau saya dengar la tu.. 🙄. Masa tu mmg dah agak mesti Hj Oth share peluang kerjaya business dgn Prudential. ☺
Dalam bulan April or May 2003, my husband hantar Surat Perletakan Jawatan di syarikat abah saya utk mulakan kerjaya Perunding Insurance sepenuh masa di Prudential.

 

Itulah antara sejarah bagaimana segalanya bermula.. Hj Othman membina dan melebarkan legasi melahirkan leader2 berjaya dan my husband, Adie Mudzaffar adalah org pertama yg menjadi agen bimbingannya..

 

Kalau ikutkan cerita Hj Othman, dia kenal abah kat Restoran di area office kami di Bandar Baru Bangi. Masa tu abah tgh minum petang dgn kawan dia yg kebetulan dah buat appointment dgn Hj Oth. Sebelum abah beredar, Hj Oth. sempat bertukar namecard dgn abah dan sempat ambil no. phone abah…

 

Hj Othman. kata, smpai sekarang dia tak dpt CLOSED CASE dgn kawan yg minum petang dgn abah dulu, tapi rupanya rezeki Hj Oth dpt CLOSED BESAR dgn abah, org yg kebetulan minum petang dgn kawan dia. (nampak tak moral of the story kat situ..)😃

 

Hj Othman yg saya kenali dulu, agen insurance biasa yg kurang bergaya bila bertemu client, drive proton waja, meninggalkan anak isteri tercinta di Johor Bahru dan berulang-alik ke KL utk mencuba business insurance. Bila business insurance nya membuahkan hasil, Hj. Othman membawa seluruh ahli keluarga berhijrah ke Kuala Lumpur.

 

Sejak tu pelbagai kejayaan yg Hj Othman capai, mmg takkan habis kalau nak cerita kat sini..

 

Hj Othman, Sumber Inspirasi….

Million Dollar Agency

 

Saya amat teruja apabila baca perkongsian ni. Ini membuatkan saya rasa nak kerja lebih kuat lagi untuk sampai ke tahap tu. Tahniah diucapkan kepada Hj Othman atas kejayaan mencapai 15 Million Dollar Agency. Semoga akan terus success dan menjadi sumber inspirasi kepada para ejen.

 

Ada tak yang berminat nak berjaya macam Hj Othman? Jom sertai team takaful saya. Hubungi saya untuk maklumat lanjut. Tak tahu takpe. Jangan risau. Saya akan guide untuk buat sampai jadi 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *