Menghidap Penyakit Kritikal Penyebab Kontrak Kerja Tidak Disambungkan

Saya yakin tiada seorang pun dalam dunia ni yang mintak untuk menghidap penyakit kritikal. Tak kira lah bangsa, agama, umur atau apa sekalipun. Sebab dengan hanya lihat orang terlantar di hospital menderita sakit kritikal pun dah buat kita insaf.

 

Inikan pula nak “mintak” supaya dapat sakit. Memang “tak la” kan. Seboleh-bolehnya memang nak elak. Namun, sakit tetap datang walaupun tak diundang. Kalau sakit biasa tak pe lah lagi. Tapi kalau dah sakit kritikal, harapan nak sembuh pun dah tipis.

 

Baru-baru ini ada seorang client saya telah disahkan menghidap salah satu penyakit kritikal. Yakni sakit buah pinggang. Hanya allah sahaja yang tahu betapa sedihnya saya apabila diberitahu yang beliau disahkan sakit buah pinggang.

 

Siapa sangka, lelaki yang baru berusia 24 tahun ini telah ditakdirkan menghidap sakit buah pinggang. Lebih memilukan hati saya lagi apabila beliau di diagnos ketika baru sahaja 2 bulan mendirikan rumah tangga.

 

Dengan usia yang muda, masih aktif dan ceria ini, tiada siapa sangka termasuklah pada kalangan ahli keluarga bahawa yang sebenarnya beliau telah berada di end stage.

 

Hanya Mahu Ambil MC, Tapi Disahkan Menghidap Penyakit Kritikal

 

Mula-mula hanya sekadar nak dapatkan MC sahaja dekat HKL. Tapi tiba-tiba beliau terus ditahan wad. Pada awal pemeriksaan, mereka suspek tekanan darah tinggi sahaja kerana pening kepala dan muntah-muntah. Tapi segalanya berubah selepas ujian darah dilakukan.

 

Hasil daripada keputusan ujian darah, doktor mengesahkan bahawa beliau di diagnose menghidap penyakit kritikal iaitu sakit buah pinggang. Rawatan dialisis perlu dilakukan dengan segera kerana bacaan creatine dalam darahnya hampir mencecah 1500.

 

 

Waktu itu hanya Allah sahaja yang tahu macam mana perasaannya bila dapat berita macam tu. Dari hidup ceria dan sihat segalanya berubah sekelip mata. Kini beliau terpaksa menjalani rawatan dialisis sepanjang hayat sehinggalah menerima organ.

 

Permulaan & Perubahan Gaya Hidup

 

Menghidap Penyakit Kritikal

 

Saat yang paling ketara dari komitmen kepada kerja, kini bertukar komitmen dengan hospital. Cuti demi cuti di ambil untuk menjalani rawatan. Namun setelah sebulan menjalani rawatan di HKL, satu lagi berita sedih diterima beliau. Iaitu:

 

“Syarikat Tidak Menawarkan Kontrak Baru.”

 

Jawatan sebagai pegawai khidmat pelanggan cumalah kontrak sahaja. Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Allah akan menguji seseorang mengikut kemampuannya. Alhamdulillah, ujian kesihatan beliau juga banyak dipermudahkan.

 

Kos dialisis buah pinggang di HKL sebulan hampir RM2,000.00. Namun sudah menjadi rezeki beliau sewaktu itu masih ada slot kosong untuk subsidi dialisis tersebut. Maka kos RM2,000.00 sebulan ditanggung oleh HKL. Jika tiada tempat di slot itu, mungkin amat sukar baginya untuk menyediakan RM2,000.00 sebulan untuk rawatan tersebut.

 

Selain itu, di usia muda ini beliau tiada komitmen yang besar. Oleh itu, dengan pendapatan membawa UBER mampu untuk beliau menguruskan rumah tangga. Malahan isterinya juga sangat memahami ujian suaminya.

 

Mujur pada Nov 2015 lalu sewaktu usia 22 tahun, beliau sendiri yang datang kepada saya untuk apply takaful. Katanya dia mahu apply takaful bersama tunangnya sempena hadiah anniversary mereka. Siapa sangka yang akhirnya takaful bertukar menjadi hadiah paling bermakna.

 

Bila bunga, teddy bear dan coklat terlalu mainstream. Beliau hadiahkan Takaful sempena ulang tahun mereka. Pasti ramai lelaki yang tidak terfikir langsung idea romantis ini. Memang benarlah ‘Cinta Sejati’ tu wujud.

 

Cek Pampasan RM 50,900.00 Di Tangan

 

 

Alhamdulillah hari yg ditunggu dah tiba. Sebagai seorang ejen takaful, saya berasa amatlah gembira apabila dapat membantu klien yang memerlukan. Mungkin bagi yang menghidap penyakit kritikal, wang bukanlah segalanya. Tapi bolehlah digunakan untuk mudahkan urusan harian.

 

Tak dapat saya bayangkan, kalau beliau tak ambil takaful tempoh hari. Tiba-tiba menghidap penyakit kritikal pula. Macam mana saya nak bantu beliau? Nak bagi duit berapa sangat lah yang saya mampu? Tak tahu lagi cara apa yang boleh saya bantu.

 

Namun dengan adanya sumbangan takaful beliau, saya mampu untuk bantu beliau menyelesaikan pampasan sakit kritikal beliau. Tak sabar nak bagitau beliau khabar gembira ini.

 

Hari ini…

 

Pampasan sakit kritikal RM50,900.00 sampai ke tangan, dalam hari ini juga saya terus bagi ke tangan dia. Sebab saya faham. Kini beliau memerlukan duit untuk menguruskan hal peribadi dan rumah tangga. Dengan duit pampasan ini dapatlah menggantikan selama 24 bulan gaji beliau.

 

 

Perancangan Duit Pampasan

 

Saya bertanya beliau apakah perancangan dia dengan duit pampasan ini. Dia nyatakan :

 

  1. Mahu dijadikan modal berniaga kek lapis serawak.
  2. Mahu menghadiahkan percutian honeymoon kepada isteri.
  3. Menjalani transplant buah pinggang.
  4. Merancang untuk melakukan umrah.
  5. Membayar segala hutang piutang.
  6. Bagi duit belanja untuk ibunya.

 

Saya doakan semoga perancangan dan pengurusan beliau dipermudahkan dan dimewahkan rezeki. Saya juga berharap kepada semua para pembaca entri ini dapat mendoakan kesihatan, kesejahteraan serta terus tabah mengharungi cabaran.

 

Takaful Menjadi Percuma…

 

Kini beliau tidak perlu membayar lagi sumbangan bulanan di takaful. Ini kerana telah di ambil alih oleh takaful yang membayarkan sumbangan. Malah beliau masih lagi boleh menggunakan manfaat takaful seperti medikal kad untuk menjalani rawatan.

 

Diri Kita Tanggungjawab Kita…

Memiliki takaful tidak boleh mengubah nasib hidup kita.

Namun mampu menyelamatkan kewangan keluarga kita.

Diri kita tanggungjawab kita.

Usah lagi membebani keluarga kita.

 

Percayalah, kos perubatan apabila menghidap penyakit kritikal mampu melicinkan seluruh simpanan keluarga kita yang telah disimpan berpuluh tahun lamanya. Waktu menanam yang terbaik adalah 10 tahun lepas, waktu kedua terbaik adalah sekarang.

 

Jadi segerakan perlindungan peribadi anda ketika muda kerana ianya murah dan kita masih sihat. Sebab kalau dah menghidap penyakit kritikal baru nak apply, risiko untuk permohonan reject adalah sangat tinggi. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *